Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, December 31, 2009

Ngalahkan murid darjah satu

Haah?
Minggu depan bukak sekolah?
Tak nak pegi sekolah.
Cikgu besar garang..
Kawan kawan suka usik..
Tak de baju baru
Tak de kasut baru
Pencil sumer patah...
Kita cakap tak nak, tak nak laaaaa
Tak nak jugak.
Hantar kita sampai depan kelas pun tak nak.
Masa rehat datang bawa KFC pun tak nak.
Kalau mak hantar dengan kereta,
Kita nak duk dalam kereta,tak nak kuar.
Tak nak
Tak nak
Tak nak laaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Mak kita cakap...
"Pergi aje lah..awak tu cikgu...."

Wednesday, December 30, 2009

Cakap siang pandang2

Sebab pulut santan binasa,sebab mulut badan merana...
Pagi ni saya ke warung ' nasi berlauk' yang terletak berdekatan dengan tempat saya mengajar.
Memang ramai pengunjung kerana dah terkenal seentaro dunia dah 'Nasi Rahim' ni. Saya tercegat di belakang beberapa orang suri rumah yang lebih dulu menunggu giliran untuk di layan.
Ini yang dapat saya rakam untuk hiburan pagi ini.

Ibu A " Dah nak bukak sekolah yer, Alia masuk tahun berapa yer?"
Ibu B "Alia dah nak masuk tahun 3 dah..Itulah Alia duk bising,cikgu kelas dia nanti cikgu yang garang tu...yang ngajar bahasa Inggeris tu"
Ibu A " Nama apa cikgu tu...Haah yer, Cikgu XXX."
Ibu B "Yer, kakak Alia dulu dah kena dgn cikgu tu..selagi tak siap keje rumah dia, tak makan minum..sanggup tak tgok tv..takut sungguh"
IbuA" Memang la, dia pernah ngajar kelas anak ambo pun..kalau tak siap keje rumah dia, sah kena lah esok nya..Apa punya cikgu lah...."
Ibu B "Ambo nak sokmo cikgu tu ngajar anak ambo, garang pun bersebab..Padan muka budak budak ni lah kalu dapat cikgu tu.."

Kwang kwang kwang...
Kena batang hidung saya yang tak berapa mancung ni....
Jadi serba salah saya ni..
Nak tinggalkan warung pun bau nasi berlauk tu merantai kaki saya.
Biarlah, dengar saja lah.....
Dalam pada saya duk focus pada perbualan mereka tu, saya tersentak bila Si penjual nasi tu menyapa saya,
"Cikgu XXX, cuti pun datang jauh2 beli nasi dekat sekolah jugak?? Cikgu nak berapa bungkus?"
Saya melemparkan senyuman pada dua orang ibu itu yang turut membalas senyuman saya dengan senyuman yang paling lawak...
Naper ni , kena tahan polis kat road block dan tak de lesen memandu ke....?
Sah, camtu lah senyuman yang mereka hadiahkan tadi...

Tuesday, December 29, 2009

Nak kemana hari ni?


Boring
Boring
Boring
Saya nak keluar hari ni.
Hari ni hari lapang saya
Esuk2 saya semakin sibuk dengan tugasan di tahun baru.
Hari ni cuaca, mood dan fisikal lebih baik dari semalam.
Kalau ada teman yang sudi
Nak ajak temankan.
Berseorangan ada kala seronok.
Tapi kalau berteman lebih meriah.
Call Ida, Ida ke Kuala Lumpur.
Ajak Syam, dia nak siapkan projek..
Pelawa KakMah, dia kata esuk baru free
SMS Cho, Cho ada appointment dgn hospital.
Orang tu pun tak nak kuar dengan kita.
Wahh..susah jugak nak kan teman nih.
Wrong timing.
Ada yang tawarkan diri jugak,
tapi wrong person.Soryyyy!
Tak apalah, saya boleh saja keluar sorang sorang.
Lebih bebas begini..
Boleh kemana saja yang saya suka
Buat apa saja yang mengembirakan hati saya.
Nak makan ke, nak shopping ke,
nak kemana saja...
Saya punya suka.

Monday, December 28, 2009

Khas buat teman yang dekat di hati ku

Tiba tiba dia di sahkan mengalami 'mild stroke'
Tanpa tanda tanda awal..tanpa amaran.
Lemah sebelah badan dan masih dalam rawatan
Hari ini dia masih lagi tidak pulih sepenuhnya.
Tapi semangat nya kuat, dia gagah dan optimistic.
Saya yakin dengan izin Allah dia akan kembali
pulih seperti sedia kala..
Cuma hati saya risau,
Berseorangan di perantauan
lebih menyakitkan.
Seharusnya dia cepat kembali
kerana di sini banyak hati yang sedang resah
banyak air mata tumpah.
Apa yang mampu saya buat?
Sekadar bertanya khabar dan berdoa
Walau dihati mau saja buat lebih dari itu.
Jarak membatasi kita
Namun begitu saya tidak pernah lupa
sesaat pun tidak lupa
Segala galanya mengenai dia.
Kerana untuk saya dia sentiasa ada
Teman ku..
Saya hadiahkan selawat buat rasul
Pohan pada Allah
agar kamu sejahtera'
semoga kamu baik baik saja
semoga sakit mu itu sementara.
Kita hanya merancang
Tuhan menentukan segalanya.

Teman, banyakkan lah bersabar dan redha dengan ujian ini..Selawat syifa ini menenangkan hati.Sentiasalah berselawat dan mengigati Tuhan yang maha mengetahui dan pemurah.Hanya pada Allah lah kita memohon doa dan keampunan.

Sunday, December 27, 2009

CheNa balik cuti.

Ada orang tu jeles tengok kita gemuk.
Dia nak kita laaaaagi gemuk dari sekarang ni.
Maka dia bagi la kita chocolate ni sebagai buah tangan dari London.
Kita tak banyak soal awakk.
Kita makan lepas satu, satu.
Pas tu satu lagi.
Satu lagi.
Kita suka makan chocolate ni.
Itu yang kita sikit tak marah kalau ada orang nak bagi lagi pun...
Ada lagi ke CikNa????
(Thank you Sista Na for the chocolates.)

Saturday, December 26, 2009

Friday, December 25, 2009

PESANAN PENAJA

TokMa datang kerumah kelmarin.
TokMa nak tengok rumah cucu.
Saya bawalah dia ke rumah Along
yang letaknya hanya berselang beberapa unit.
TokMa frust Along tak ada.
Along keluar minum dengan kawan2.
TokMa setiap kali jumpa along,
soalan cepumas mesti tak miss.
Dah Along tak ada,
Mummy yang dapat pesanan penaja tu.

Pesan TokMa, dengar ni Long,

Cucu,
keje gawa, pitih banyok.
Rumoh ado doh.
Cukuk lekap perabut.
Kereta baru,
tuan handsome..(Yer ke Ma?)
Bakpo tok nikoh2
Cari la gu,
Tokma nok suruh de ribo cicit.
.
Kalau ada isteri ada lah orang tolong kemas rumah ni..
Kurang sikit penat mummy.
(Ini ayat tokok tambah dari mummy ni..)
Sekian dulu pesanan dari penaja buat kali ini.
Ops..ada lagi, lupa lak tadi..
TokMa kata,
Kenduri nanti buat kat kampong,
TokMa sponsor...
Long, u better be quick before she changes her mind.

Thursday, December 24, 2009

Masih gagah

Kadang kadang
berdiri sendiri
jauh lebih baik
dari bersimpuh
di hati orang.
Kadang kadang senyum
lebih baik dari menjaja
duka,
mengharap simpati.
Kadang kadang
bila perlu bersandar
Ku pilih dinding yang teguh
dari hati yang rapuh.
Kadang kadang
Pernah kah awak juga
rasa begini?
Saya pernah.

Wednesday, December 23, 2009

Dah nama pun budak..

Bila Anis jumpa Alang,
Iffah jumpa Angah...
Memang sah meter 'Sabar' saya naik ketahap meletup.
Mak dia orang pun dah mendidih dah tu..
Bising dan rioh
Gaduh dan berebut
Berlari dan jatuh.
Alah, bukan tak biasa
Kalau signal dengan mata, terkehel biji mata pun dia orang buat derk jer..
Kalau buat undang2 polis traffik pun dah tak larat nak saman..
Last last...suka hati kau orang la, nak naik ke langit dan terjun turun pun.
Kau orang punya hal lah.
My sista and I dah tak kuasa dah nak larang...
Next time kita seludup kuar rumah diam2 k.
Hanya orang yang ada anak kecik atau yang pernah ada anak kecik saja tau camna susah nya nak shopping kalau mereka di bawa bersama..
Tak bawa rasa nak bawa..Tinggal pun risau gak.
Huhuhuhuhh....

Siapa gemuk mcm snowman?

MidValley dah pergi.
Suria KLCC pun
Pavilion dah.
Giant dan Jusco
Great eastern mall?
Bukan apa, nak tengok kt mana paling best decorations tu.
Hari ni kami ke sini.
Cantik.Menarik.Colourful.
Anis kata gemuk tul lah Snowman kat Times Square ni..
Yer ke Nis?Mummy tengok sama jer Anis,Alang and Mr Snowman tu
Mascot ni pun gemuk jugak, kata Anis.
Alang agreed.
Angah pun kata gitu jugak.
Habis dah semua orang gemuk,
sapa yang kurus??
Tak kan kami pun gemuk jugak??
O yer ke kami gemuk..?
Hati hati with ur words..Kita tak bawak kamu jalan2 kang... Memang meriah sungguh.Orang pun ramai. Anak2 sibuk nak naik Roller Coster..Kami yang tua ni tengok orang lain menjerit2 pun dah naik hijau...Heran jugak yer, ada orang yang sengaja bayar untuk pening kepala..'Takut' pun ada harga juga. Mahal pulak tu..Tok sah lah anak, baik kita guna duit tu untuk beli donuts atau order Pizza...( Pemikiran cam tu la yang menjadikan kami ni look like this...)

Tuesday, December 22, 2009

Come n join me..

Swimming.
This is something that I do almost everyday here.
So nice to be in the pool.
Exercise? No, not that.
I never swim for that reason.
I swim because in water I feel free.Like a fish.
Or maybe like a whale, blue whale..hikhikhihkkk..
Come swim with me.
Join me here.
Here its like surrounded by gardens.
The scenery is great.
I am wasting time posing here n there.
bye, got to jump in now.
SPLASHhhh...


Disini, disana...

Dah 22 Disember rupanya.
Pantasnya masa berlalu.
Di sini saya tidak membilang waktu.
Saya tenang begini.
Bangun pagi hadapi hari tanpa tekanan.
Malam nya saya tidur tanpa perlu membawa bersama
lelah yang bergayutan..
Sudah sebulan di daerah ini,
Saya harus segera pulang
Tugas dan tanggungjawap melambai
Rumah saya yang terbiar itu
menanti kepulangan tuan.
Pohon pohon sesekali di sapa hujan.
Ada yang kering hampa,
tidak bersiram.
Daun kering merata di laman
Surat2 penuh di peti pos
tidak terusik..
Di daerah itu saya pun begitu.
terbiar kesaorangan.
Entah kenapa kali ini, disini
tidak ada rindu yang mengekori.
dan tidak ada rindu yang menanti
saya kembali..
Perlukah saya kembali?
Alangkah indah nya kalau saya dapat terus
berada di sini..
Biarkan segala yang di belakang
tertanam di pusara kenangan.
Saya sebenarnya sedang berkira2
untuk tidak perlu pulang
menghabiskan sisa usia
di ruang ini.
dan melupakan sejarah luka
untuk selamanya.

Monday, December 21, 2009

AyhJi and Aunty Yam part2

Ini somewhere kat Ulu Langat ni..Sebenarnya di sini lah port tempat geng cyclist my uncle tu hinggap untuk melepas lelah after cycling for how many km? 40km? 60km?..Dengar cara they all cycle pun kami dah rasa penat, lom try to cycle lagi...Masa kami singgah tu ada pun yang sedang makan kat sini..Kami ni pun singgah sebab my uncle duk promote 'Nasi Ambang' yg famous kat sini..ok ok. lets try,kami ni memang kaki makan.Memang yer, best tul la nasi tu..tgok kat belah kanan nasi tu..Anak ikan tambang kering yang di gorng dgn cili api..Sedapppp..Tapi saya ni kan buat malu company betul lah, siap bungkus bawa balik lagi ikan tu.Hehehehe..Aunty Yam jangan serik bawak saya jalan2 yer..

Went there, did that...

AyhJie, Aunty Yam dan Cikin ajak kami kuar pusing2 tengok panorama area ulu langat dan kawasan yang sewaktu dengan nya..Best betul lah, menyusuri Pinggir kota yang damai dan tenang gitu..Saya seronok sungguh tengok Empangan Semenyih ni..Luas, kagum saya. Ikut hati nak saya turun ke tepian tengok orang memancing.Mesti datang lagi, nak tgok keindahan waktu senja kat sini..
Pas tu kami ke Hutan lipur Sg Tekala.Saya dan Aunty Yam mendaki berpuluh? Beratus rasanya anak tangga untuk sampai ke air terjun..Cantik. Aunnty Yam selamba jer panjat..Saya ni macam nak merangkak dah..
Kami singgah di Bukit Ampang untuk menghayati pemandangan Kuala Lumpur dari aras tinggi..Hmm..Memukau.Tapi yang lebih memukau ialah memerhatikan Ayh Jie n Aunty Yam yang tak reti penat..Betul la stamina u both beats mine.
Lepas zuhur Anis nak ke Aquaria.Dah penat sebenarnya, tapi pergi jugak..Betis saya rasa nak patah dah..Letih nya..

Di Suria KLCC ini, dalam banyak2 benda yg saya tengok, yang amat menarik perhatian saya ialah sajak Sdr Latiff Mohedin yg bertajuk 'Maya'. Sajak ini tertulis di dinding terowong yg menghubungkan Suria KLCC dan Aquaria..Berulang kali saya baca..
Maya
Bertahun tahun ku bawa nama mu
Maya
Dari desa ke desa
Ku bawa dia bak luka baru di kening ku
Maya
dari kota ke kota
Kadang kali
Ia tiba tiba menbara
Biasanya tidak apa apa
kadang kali
Bila ku sebut nama mu
Mengalir darah
ke seluruh muka

Saya tafsirkan 'Maya' sebagai gumpalan duka yang terusung di bahu selamanya.

Sunday, December 20, 2009

Thank you AyhJi and Aunty Yam

Last nite was great.
AyhJie belanja kita makan kat 'Saba' Restaurant' di Cyberjaya.
Full house malam tadi tu.
Waiters tak cukup tangan.
The food?
Superb!
Lamb Khabsah.Chicken Hanith,
Lemon Barbican for Kimi
Strawberry Barbican for me..
Last but not least,
Aunty Yam bagi 'Baklava'. my favorite arabic pastry.
Thanks Aunty Yam. Chikin pun suka jugak?
Lets join the club Chikin k...

Really had a nice time last nite.
Esuk kita kemana AyhJie?
Ada jer plan AyhJie ni.
That is my AyhJie.

Saturday, December 19, 2009

Demi Mamak Cendol

Siapa pernah mandi dengan Mamak Cendol?
Saya pernah.
Kan dah tak pasal pasal kuyup.
Hari ni dah pasang niat nak pekena cendol mamak dan pasembor yang kat sebelah Tasik Ampang Hilir tu.
Masa kami kuar tu dah nak hujan dah..Gelap nampak langit.

Tapi dah jenis kuat makan, desakan selera tu membuak2..Pergi jugak lah.
Sebaik saja kami order, hujan turun dengan lebat sekali.
Kalau dalam restaurant tak kisah lah, ini kat bawah payung/warung.

Maka lenjun la sekelian makluk Tuhan yg ada tu
Termasuk la mamak cendol tu pun, sama sama lenjun.
Dah tu tak kan nak balik, makan saja lah..buat2 tak kisah dgn hujan.

Saya punya la gelak bila tgok org kat meja belakang tu siap berpayung sambil makan.
Tak per, selera punya pasal, hujan ribut ku redah jua.
Nasib baik kat Ampang, kalau kat Kota Bharu sah saya nyorok bawah meja dah.
Yer la mana tau, kot yg mengenali diri ini melintas masa tengah makan dalam hujan tu..Teruk la saya kena kutuk nanti..
Paling paling tidak dia akan kata " May be this chicken is not fresh"
(Terjemahan dlm bahasa kelate " Aye ni tok segar bekali...")
Atau mungkin jugak dia akan ngata saya ni " Uncooked tools"
(Terjemahan dalam bahasa kelate " Kakah tok pok")
Lain perkataan..."org ni tak betul kot"
Frankly speaking kan awak, memang saya rasa camtu tadi tu...
(Bapak saya kata hari ni hari bodoh saya, Pak Encikkkkk.....)

Friday, December 18, 2009

The winner is.......

The best Christmas tree goes to this one I saw somewhere in Jusco if I am not mistaken.
Look at it carefully...see the difference?
Ok, see the white and some greenish form all around that makes this tree looks nice?
believed it or not...Those are the empty drinking bottles.
Wow!!!..smart aren't they??

Tahniah Jijie


Kat rumah Jijie malam tadi..Kira 2 in 1.JiJie sebenarnya buat Solat hajat dan sedikit makan2 bagi merasmikan office baru dia kat Shah Alam tu,berkebetulan dgn sambutan maal hijrh pulak..Tahniah Jie'.Dengar khabar dua serentak... Jijie ni murah rezeki..Alhamdullilah
Pesan Kak Long Jie, Hati hati lah dalam kehidupan yang tenang kerana di dalam tenang lah kita paling terdedah pada belbagai kemungkinan..Musuh menyerang dalam diam Jie...Kadang tu hati kita ada lah musuh yang paling bahaya..

Thursday, December 17, 2009

Pungguk yang rebah


Terima kasih bulan.
Hari ini aku sudah menemui jawapan.
Sudah aku bungkus segala rindu
Aku mau pulang.
Aku tidak perlu berlama lama lagi di sini.

Bulan jauh di langit malam
terang benderang.
Tanpa aku pun bulan tetap berseri.
Aku bukan lagi mau mengait mu
menggapai mu..
Disini hanya ada aku
dan kedukaan ku
Diamlah kau di atas sana.
Biar aku saja yang terjelepuk di bumi
membilang kesal yang tak sudah.
Selamat tinggal bulan ku,
Pungguk ini sudah terlalu lama merayu rayu.
Suara sudah tidak ada.
Sepatutnya dari dulu aku tahu
Bulan tidak harus ku tunggu.

InsyaAllah

Look at me.
I am not young any more.
Is it something wrong with being old?
I may be old but at the moment I am free from hospital bills.
Alhamdullilah.
Look at me.
I am not beautiful.
never been beautiful all my life time.
far from attractive.
But what is wrong with that?
I believed that beauty is in the eye of the beholder.
Inner beauty is what matters most.
I am not perfect but I am in one piece.
Alhamdullilah
Look at me.
I am not that successful in life.
Nothing wrong with that coz not everybody is.
I have my downhills
my failures and my regrets.
But I believed that God is listening.
He sure is....
InsyaAllah.

Wednesday, December 16, 2009

Tak Sangka.

Saya rasa nak mogok hari ni.
Adalah yang mengganggu emosi saya.
Tiba tiba Che Nie datang.
"Jom Kak Long, kita kuar makan makan."
"Okey lah, jom..."
Che Nie memancing senyum ku.
"Ada hadiah untuk Kak Long.
Dari luar negeri lagi.."
Wahhh...Cantiknyer
Liz Claiborne lagi.
Thank you sista,
Thank you so much.

Tuesday, December 15, 2009

being stupid like always


When I am lonely
I become stupid.So stupid.
First
I turned to those that I thought can help me beat the loneliness
And what I got is disappointment.
I picked the wrong person to turn to
that is why I said I am stupid.
Second
I hope I can beat loneliness by just sharing it with someone
trying to get some attention like always.
I am human,.. Second silly mistake.
I should bear in mind that loneliness is something not to be shared,
I have to face it alone
Third
I get angry when nobody wants to waste time with me.
I feel rejected
and I am being ridiculous
Brainless!
Why should I be mad at people for not being here for me?
I am a nobody and I should understand that.
Fourth
I feel sorry for myself.
This pathetic old, fat n ugly lady is so neglected
Alone n will always be.
Pity me.
As if this is my first time being alone.
Lastly...
I am stupid alright.
Stupid for believing that out there...
There are people like me,
just like me.
As stupid as me.

Monday, December 14, 2009

My elders n youngers

Along took Anis to the place where she really wanted to go.
She has been telling everybody that how she wished someone took her there.
The 'Pusat Sains Negara'.
Along made an effort to fulfill her wish.
Anis was so happy.
So so happy.






Anis was ready as early as eight.
When Along took the car keys, she was jumping with joy.
Money can't buy the smile on this little girl's face.
Thank you Along,
Mummy can count on you.












She is the curious type.
Full of questions and forever seeking answers.
She participated in this experiment.
And counldn't stop talking about it all the way home.









They bought lunch,as usual the 'MacD'
I am not feeling well today so MacD is a blessing.(Tak payah masak...)
Anis is the happiest girl around.
At least today she is.
And I am the happiest mum,
Having these kids as mine.

Saturday, December 12, 2009

hari ni hari yang indah.

Hari ni saya lebih positif.
semestinya selalu positif
cuma kadang kadang saya
terlalu ikut perasaan.
Itu lah saya, identiti saya.
Seorang yang suka buat andaian.
Seorang yang takut pada kemungkinan.
Pengalaman mengajar saya menjadi tidak percaya
tidak yakin gula itu manis
garam itu masin..
tambahan hati manusia
segalanya boleh berubah sekelip mata.
Tapi hari ini bukan hari bodoh saya
Hari ni saya nak sujud syukur..
Alhamdullilah,
Tuhan masih sayangkan saya,
kalau orang lain dah tak sayang saya pun.
Anak anak saya sayangkan saya
baik buruk saya pun saya tetap ibu mereka
tak ada pilihan..
Kawan kawan pun ada yang perlukan saya
saya rasa bangga dianggap begitu
paling paling tidak anak murid saya amat perlukan
bimbingan dari saya..
Biarlah orang lain pandang saya sebelah mata
saya peduli apa
saya suka Surah Alamnasroh...
Dalam susah ada senang
Dalam susah ada senang
dua kali di ulang ayat tu..
Betul lah..
saya yakin itu.

Friday, December 11, 2009

Maaf la saya itu dan ini.

Alahai banyak sungguh alasan yang kita boleh buat kalau kita tak nak..betul?
Betul apa?
Kalau nak kita akan buat seribu daya.
kalau tak nak memang la kita cipta seribu dalih.
Itu ini, begitu begini.
Kita boleh cakap saja yang kita ada kerja itu ini
kita terpaksa siapkan itu ini
kita harus jumpa orang itu orang ini
Paling2 kita cakap alasan yang paling mudah.
Buzy. buzy. buzy .buzy.....
Bagi orang yang suka membuat alasan,
Niatnya hanya satu..nak jaga hati orang lain.
Kira menolak dengan berhemah la tu..
Tapi tidak kah terfikir oleh mereka,
Berdolak dalih itu lebih melukakan hati orang.
Lain kali terus terang saja lah.
Habis cerita...
Saya tersenyum bila memikirkan.
Betapa dalam hidup saya ini
Saya seringkali memberi peluang untuk orang lain membuat seribu alasan.
Bukan saya tak tau, alasan itu melambangkan penolakkan..
Walau terluka setiap kali menelan alasan yang berunsur simpati.
Saya tetap terima segala alsan yang di beri..
Pura pura tidak apa apa...
Buat buat tidak luka.

Thursday, December 10, 2009

Di sini pun aku pernah bahagia.

Hari ni aku akan terbang ke Condo Boulivard lagi.
Daerah yang duka belum mengetuk di pintu.
Tenang.
Sarang.
Lubuk.
Prison?
Sudah tentu bukan prison walau kadang kadang,
sewaktu kesepian itu yang ku rasa.
Penjara bagi jiwa bukan hati.
Di sini pun ruang ini ku panggil rumah jugak.
Di ruang pusaka yang aku huni sekian lama.
Di ruang ini didindingnya bertabir kenangan
Lama dan baru
Suka dan duka
Mudah dan Payah
senyum dan tangisan
Pahit dan manis.
Segalanya di sini.
Ku pandang dinding usang ini
kenapa ada luka mengintai di balik jendela.
Menghalau cahaya bahagia
Aku menjadi takut
Dan tidak sabar untuk cepat2 ke daerah yang lebih tenang
Duhai Angin bawalah aku ke sana dengan segera.
Selamat tinggal yang sementara ,
duka2 yang berteduh di sini
aku tinggalkan dan seperti biasa,
esuk lusa bila aku di sini lagi
Kita bertemu kembali.

Wednesday, December 9, 2009

Cuba jadi saya..

Apa patut saya buat bila didepan
ada persimpangan yang mengelirukan.
Kiri kanan tidak ada petunjuk yang nyata
Pilihan mana kah dapat membawa saya pulang
dalam keadaan selamat.
Mungkin jalan yang berduri itu walau melukakan kaki saya
adalah jalan yang sebenar.
Atau mungkin kah jalan yang berliku liku itu
adalah yang terbaik untuk saya
Jalan yang lurus dan tenang itu,
belum tentu menjanjikan bahagia ke akhirnya.
Indah jalan dihadapan berkemungkinan
gelap menanti dalam diam.
Atau haruskah saya berwakaf di persimpangan ini
dan membeku seperti batu.
Tidak, saya harus melangkah
kerana saya yakin hidup perlu diteruskan.
Tapi biarkan saya melepas lelah di sini sekejap..
Memang saya terlalu letih akhir akhir ini.
Teramat buntu,
Tersangat keliru.
Jika kamu berada ditempat saya,
apa yang kamu akan buat???

Tuesday, December 8, 2009

Meeting my beloved pupils.

Going back to KB today just for the sake of having to teach the year 5/6 pupils, extra class that is.Bukan sekali, more than once.
As long as the pupils are concern, by hook or by crook we teachers have to make it.
Distance is not an excuse.
MC tak laku.
Although financially it costs me Nearly 200 bucks for the air fare(to n fro), it means nothing comparing to the work satisfaction I get when my pupils give me a 'Thank you Cicer' at the end of the lesson.
But what I hate most are those who simply don't turn out for the class...Senang2 ponteng.
Cikgu yang lebih semangat nak ngajar dari anak murid ..
Well kids, ( and parents too. please make sure your kids can make it) be there in my class tomorrow k....
Or you know what is going to be like when this teacher gets upset...
Ok, promise. There will be something for ur sweet tooth, from KL, for all of u that will be there in my class...Nak tak??
Bukan bribe lah.
Motivation.
Sapa kata jadi cikgu senang?
Susah woiiii...!!!!!!!!!!

Monday, December 7, 2009

Tergoda..


Sale sale sale
Hari ni kita ke MidValley.
Kita tolong ramaikan lagi orang kat MdVlly.
Orang pilih baju, kita pilih jugak.
Orang beli, kita tidak
Orang jamah beg tangan, kita jamah jugak.
Orang beli, kita sabarrr..Iman jangan goyah.
Orang masuk kedai kasut, kita tak nak masuk.
Takut tergoda.
Tau jer la, kita ni hantu kasut.
Last2 masuk jugak.
Yer la awak,
Kita tak beli banyak.
Satu pasang jer.
Itu pun sebab sale 70%.
Pas tu kita pergi makan.
Ni best...My favorite part.
Kita ke restoran Tepanyaki.
Beef Tepanyaki dan Cawamushi
Sedappppppppp.....
(Maaf, ralat. kita beli 3 pasang lah. Tak baik menipu..)

Secret


Shyyyyyy!!!!
It's a secret.
I must zip up my mouth.
I must not say a word about it.
But this thing called 'The secret' is making me restless.
It is jumping up n down in me.
Sometimes it is dancing in my mouth,
nearly making me throw up
n let it spill all over the place.
No! I can't do that.
Shut up n seal my mouth n brains too?
Why the hell did you tell me this secret on the first place?
See what you have done..
I am sleepless in Ampang,
Next time I prefer not to know k.
I hate secrets.

Saturday, December 5, 2009

What I did on 5th december 2009

FIRST
Went for breakfast at Pasar Muhibbah in Taman Nirwana,..Just around the corner and the food was great..Superb!










NEXT
We went swimming just to shed the extra calories we collected just now.










THEN
When to see how Angah is doing.She was discharged from the wad yesterday for having a cardiac arrest..Angah was smiling like always..again.

Alang celebrated his birthday..(Yes, sure, there is something for you, do come n get it at Aunty's place k.)









LATER
Felt like doing something for the bare boring wall. I got some stickers and this is the result. Nice? Not nice? What the heck.

Nephew ku yang resah..

Anak ku ini sangat halus jiwa nya
Kemana tumpahnya kuah,
kalau tidak ke nasi jua
Bersembunyi dibalik bayangan diri,
Keluhan resah mu anak,
ku sambut.
Lontarkan lah duka mu di bahu ku
hidangkan payah mu itu biar ku hirup.
Menelan dengan rela asal kau bahagia
Duhai anak,
Meskipun aku tidak mampu berbuat apa apa
Sekadar berada dekat di hati mu dan
sentiasa ada untuk mu..
Perjalanan mu masih panjang..
Duri yang mencucuk hati mu itu hanya
luka yang sementara.
Sejuk beku bumi orang adalah lumrah.
Kehangatan semangat mu,
mampu mencairkan salju itu
Anak jantan pantang mengalah,
Tidak ada yang mustahil
Musim dingin ini aku sentiasa terkenangkan mu anak,
Basahi dahi mu dgn wudhuk,
suburkan Doa sejahtera di bibir mu
Langkah mu langkah yg diredhai Tuhan
Hidup di perantauan ini payah anak ku,
Di mana2 pun payah...
Tapi setiap ribut petir dan hujan
akan di sudahi dengan pelangi yang cantik
Demikian lah hidup kita ni anak ku,
berselang seli suka duka pengalaman.
Asalkan kita tabah dan gagah
Kita tidak akan apa apa.

( Anak saudara ku ini tidak mau dikenali..semoga tenang kerana anak ku, kamu tidak bersaorangan..CikNi ada.)

Friday, December 4, 2009

Takziah atau tahniah..

Balu itu kematian suami,
Dia bukan hanya kehilangan suami,
dia kehilangan bahu untuk di sandarkan duka,
kehilangan tempat bermanja,
kehilangan teman kongsi ketawa,
kehilangan cinta.
Tapi sesungguhnya
Balu itu lebih baik nasib nya dari perempuan itu,
Dia.
Yang masih punya suami.
tapi tidak ada bahu untuk disandarkan kepala,
tidak hadir mesra dan tidak ada lagi cinta.
Tidak dihargai sebagai isteri..
Balu itu meratap setelah kematian suami.
Namun dia diselimuti kenangan manis,
Cinta itu tidak turut terkubur..
Hadir dihati.
Tapi perempuan disebelah nya itu
bukan sahaja kehilangan tempat di hati suami,
saban hari meratapi kehilangan harga diri.
tidak dipeduli lagi.

Jangan salahkan aku bila aku
mengucapkan tahniah pada balu itu
kerana bagi ku,
Balu itu mendapat gelaran secara terhormat,
Bangga dan tenang keakhirnya..
Sedangkan perempuan itu
sudah sekian lama mendapat pingat 'sepi'
Terhina dan mwngusung kelemahan diri,
Resah tiada penghujung.
Sendiri mengubat hati,
Sendiri.

Thursday, December 3, 2009

Jangan ada benci

Kita hanya merancang,
Tuhan yang menentukan.
Jika suatu hari nanti kita menemui jalan buntu,
Tidak perlu disalahkan kamu atau aku
kerana jauh di sudut hati,
Kita sama sama menginginkan yang terbaik
buat kita..
Apalah daya kita,
Manusia yang tidak sempurna.
Sekiranya nasib menyebelahi kita,
Syukur Alhamdullilah.
Sekiranya tidak,
Kita sentiasa ingat,
Jangan ada benci.

Wednesday, December 2, 2009

Sudah sembuhkah luka itu?

Cerita lama ni..Saja nak ulang siaran. Masa saya remaja dulu, bermaksud35 tahun dulu, kan dah cakap cerita lama ni.
Arwah ayah saya memang suka ajak saya pergi mandi laut.Dia suka berenang dan saya sebagai anak bongsu dia lah yang selalu menemani dia di pantai.
Satu hari tu sewaktu saya sedang asyik berenang dengan arwah ayah, kaki saya terasa macam di rentap dengan kuat.Saya hanya merasa sedikit sakit mulanya. Dalam masa yang sama air laut di sekeliling saya bertukar warna. Merah. Rupanya kaki saya berdarah teruk di sambar sejenis ikan agaknya.Ayah cepat menarik saya ke tepi pantai. Saya mula merasa kesakitan yang teramat sangat. Arwah ayah cuba untuk mententeramkan saya.Sebelah tumit kaki saya sudah hilang..Saya menangis dan mula tidak sedarkan diri.

Setahu saya, saya sudah berada di hospital.Berminggu saya tak ke sekolah. Nasib baik kaki saya tak apa apa, isi baru tumbuh dan saya dapat berjalan dengan sempurna.Syukur.
Bermula dari hari itu, saya tidak lagi mandi laut.Arwah ayah juga tidak. Saya tidak lagi menjejakkan kaki ke dalam air untuk berenang.Selama 35 tahun saya phobia dengan air laut yang ada seribu rahsia di dasar nya.Kalau ke pantai saya hanya lah penonton yang menyaksikan ombak datang dan pergi.
Tapi baru baru ini, entah apa yang mendorong saya untuk kembali ke laut. Awal tahun ini saya telah ke Pulau Perhentian, berenang, snorkeling dan menghabiskan masa seharian di pantai.
Sesungguhnya saya merasakan seakan ada dorongan dari dalam yang mengajak saya kembali ke laut..Ketempat yang memberikan ketenangan buat saya.Saya terasa semacam baru semalam arwah ayah berjalan seiringan dengan saya di pantai itu, berenang berlumba2...dan suaranya, gelak hilai nya membuatkan saya tiba tiba rindu...Rindu untuk merasai kehangatan kasih sayang seorang ayah.Rindu untuk disayangi, di hargai..
Rupa rupa nya, saya bukan mau bercerita pasal takut nya saya pada laut. Bukan juga bagaimana sakit nya kaki saya di sambar ikan besar...Rupa rupanya, saya rindukan orang yang pernah menyanyangi saya, manjakan saya dan memandang saya dengan pandangan sayang yang tak berbelah bagi.Arwah ayah saja lah yang pernah meletakkan saya di daerah itu..
Rupa rupanya sepi saya ini semakin menjadi jadi.
Al Fatihah buat arwah ayah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...