Friday, April 27, 2012

Pelangi itu Naga

Arwah nenek saya cakap pelangi tu sebenarnya jelmaan naga.
Dulu masa kecik2 kalau nampak pelangi, nenek selalu sebut "Gano turun minum air"
Gano tu gelaran bagi naga tu lah.
Katanya,
Warna pelangi yg cantik memukau tu untuk menutupi diri naga yg sebenar.
Naga ada sisik dan kuku yang tajam.
Ekornya berkait dan kepalanya menakutkan.
Lidah bercabang dan mata mengintai mangsa.
Kepala naga tu sentiasa di bawah mencari air.
Naga yg dahaga lah tu.
Wahh tak sangka yer, pelangi yg cantik macam tu perangai sikit punya teruk.
Kira2 boleh geng dgn musang berbulu ayam.
Buaya bertopeng orang.
Sekapal lah tu.
Betul ke pelangi ni naga?
Sokong nek! Nenek saya tak pernah salah.



2 comments:

  1. ms kecik kawan2 suka ckp jgn tunjuk pelangi nnt mak ko mati..ada ke ckp camtu..huhu

    ReplyDelete
  2. masa kecik2 org kata jgn tunjuk pelangi dgn jari nanti jari kudung hahaha

    ReplyDelete

Thanks for the thought and for dropping by.
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan jejak.