Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, December 4, 2012

Berani kerana benar

Kalau masuk mahkamah pun Tok hakim mesti tak letak sabit kesalahan di bahu saya.
Saya tak bersalah langsung, sikit pun tidak.

Ni dia senarai orang yang bersalah..:
1. Rahim tauke 'Nasi Belauk' di Taman Guru tu. Dia jual nasi belauk yg sedap sangat2.
2. Mak Mertua saya yang pandai masak dan calling2 bila dia masak.
3. Saudara2 saya yang selalu hantar juadah tak kira masa.
4. Kawan2 saya yg tak lupa belikan saya cokelat sebagai buah tangan kalau mereka pergi bercuti..bukan sikit sekali bagi, banyakkk.
5. Anak2 saya yang suka ajak saya makan besar kat luar
6. Suami saya yang meraikan segala kejayaan dgn pesta makan.
7. Guru Besar saya yg tugaskan saya sebagai AJK Jamuan.
8. Makcik Kantin yg pandai sungguh Goreng Mee hingga memaksa saya beli buat balik rumah lagi.
9. Jiran saya yang suka beli dessert walhal dia duk berdua saja.Saya lah jadi' Tukang Habiskan' segala kek, puding, tarts dan sebagainya..
10. Ni orang ke 10 ni kena siasat dulu siapa.Ramai saya agak..Mereka ni suka sangat sangkut makanan di pagar rumah saya tu..Siap dgn nota 'Sori kami nak cepat, selamat menjamu selera'.Macam2 bergantungan, buah, sayur, ayam kampung, kuih tok sah cakap lah, acap benar.

- Saya ni di anianya oleh mereka wahai tok hakim. Maka kalau saya gemuk macam ni pun, bukan salah saya. Saya bukan nya nak makan tapi terpaksa makan, nak ambik hati lah katakan.
-Saya tak suka membazir, dari buang gitu aje baik saya habiskan...
Sekian dulu hujjah saya...Harap Tuan Hakim yg bijaksakna hukum orang yg bersalah.
Hukum lah mereka ni.
  

16 comments:

kucingorengemok said...

ni moto orang kuat makan (termasuk saya), "tak baik membazir, dari buang baik kita makan" hehehe

wanisan said...

Macam ni tak jadi lar nok ajok make steamboat when u r in KL. Takse bersubahat dgn kesalahan yang ditudoh. When you will be in Ampang?

Ibu n Abah said...

Setuju Tuan Hakim...
saya pun duakali lima lebihkurang pesalah ini jugak Tuan Hakim...

Granny Hani said...

kucingorengemuk,
Motto kita dan org2 yg sewaktu dgnnya

Granny Hani said...

Wanisan/AyhJi,
Tengok lah tok hakim kan betul saya cakap tadi...Ni my favorite uncle ni dah mula nak ajak makan steamboat pulak....Nakkkk!

Granny Hani said...

Ibu dan Abah,
mereka memang nak buat kita rasa bersalah kan kan kan kan..?

Anonymous said...

Salam K'hanny,

u make my day.. jiwa kacau, minda celaru tapi bila baca nukilan akak senyum sendirian. ordinary issue in an extraordinary way.

akak, I like ur writings, keep writing, u r talented :)

ryaha

Ros said...

ha..ha..ha..
tuan hakim akan gelak kak hani...
dia kata "hujah anda amat men`enjoykn tugas saya..dengan ini diputuskan, anda tak bersalah..anda dibebaskan..bebas untuk menerima sebarang undangan dan hidangan..."

kak gara2 nak ramping ros sekarang makan nasi taj mahal...tapi dok timbang takde perubahan pun..!!

muhaini said...

Arwah Ayah selalu cakap, " Biar rosak perut, jgn rosak makanan! " :-)

azieazah said...

Hukum la tuan Hakim tu sekali!

Granny Hani said...

TQ anonymous..

Granny Hani said...

Ros, tu pasal lah akak malas nak diet..kurangkan makan pun tak kurang juga timbangan, rugi jer...

Granny Hani said...

Muni, muni maintain sokmo.Apa rahsia?

Granny Hani said...

Azieazah,
Kesian tuan hakim tu...

CA said...

Salam Kenal...

Thanks singgah pondok saya...
masuk sini terus tersenyum sorang baca celoteh tu...
So memang xde harapan la nak cuba talam berlauk kan...dah byk sgt kehadiran makanan lain..heheh

m.u.l.a.n said...

ya saya juga sama sahaja... pantang nampak makanan, mesti tak mau bazirkan... hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...