Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, September 30, 2012

Dah nak masuk bulan oktober ni

22 hari lagi cukuplah usia saya 52 tahun.
Duk bilang hari nak berhari lahir ni.
Macam budak budak!
52...Is that a good number?
Kalau tgok orang usia belasan tahun rasa tua sangat dah saya ni.
tapi kalau tengok orang yg bongkok beruban dan kedut beribu,
rasa muda pulak....(yer tau, perasan tak habis2)
Tahun ni tarikh tu berdekatan dgn tarikh Aidil Adha.
Birthday tanpa kek lah, ngadap lembu jer.
Ai jangan duk confident sangat.
Entah usia sampai ke tidak ke tarikh tu.
Esuk pun belum tentu.
Siapa tahu kan?
Tapi pagi ni Alhamdullilah saya masih ada.

Saturday, September 29, 2012

2 mahkluk asing yg suka ghaib bila saya nak guna.

Kenal ni?
Sikat dan Pengetip kuku.
Boleh kata sentiasa kena beli yang baru.
Nak buat macam mana, makluk asing ni bukan jinak.
Sentiasa kena buru..
Makhluk asing ada kaki agak nya,
(tapi kaki mereka tak dapat di lihat oleh mata kasar.)
Bernyawa.
Hidup.
(Nasib baik tak perlu di suap makan jer.)
Makhluk asing berdua ni,
suka merayau rayau dalam rumah saya.
Sekejap ada kat sana, sekejap ada kat sini.
Ada kala boleh jadi ghaib/invisible sampai tak dapat di cari kedudukan nya.
Hebat.
Kelmarin 'pengetip kuku' tu saya letak dalam handbag.
Entah bila masa dia melompat keluar.
Tau2 bila nak guna dia dah tak ada.
Tengok2 ada kat depan TV.
Ada sayap boleh terbang agak nya.
Sikat tu pun sama.
Beli satu berkas, cukup untuk setiap bilik.
Tapi tinggal ini satu saja lagi.
Byk kaki juga sikat ni, merayap ke merata tempat.
Tak per, esuk saya nak beli tali.
Nak tambat.





Friday, September 28, 2012

Ada hati nak sambung ke awak?

Nak buat tapi tak reti nak buat.
Payah sungguh.
Banyak kaedah, sistem dan pendekatan yang baru di laksanakan.
Semuanya kearah kebaikan, penambah baikkan.
Tapi ada kalanya saya rasa susah benar nak faham dan buat.
Terkial kial dan takes extra time to digest.
Adakah kerana batu jemala patek ni dah berkarat?
Atau mungkin kerana saya perlu lebih ilmu?
Ini lah kerja buat saya, tugas saya dan kenapa saya di beri gaji.
Umur persaraan kakitangan kerajaan dah di lanjutkan ke usia 60.Kalau usia panjang pun,
dah tau kita tak dapat jalankan tugas yg diamanahkan sebaik mungkin,
tak payah lah heret usia pencen tu.
Tak amanah jadi nya
Mencuri secara tidak langsung.
Tak baik tau...

Thursday, September 27, 2012

Rasa nak buat satu lagi lah....

Tak ada yang pelik di entri ni.
Sekadar sebuah meja lama yang berada di sudut ruang tamu.
Entah kenapa nak cerita sejaran meja ni kat sini.
Nak kongsi bagi yg sudi baca dan buang masa.
Perhatikan baik baik..
Saya beli kaki meja ni sepuluh tahun dulu.
Kaki nya sahaja.
Beli di Rantau Panjang
Berkenan dgn ukiran daun yg merayap di kaki meja.
(dalam foto ni tak nampak daun nya  pulak, adeyyy...)
Bahagian atas nya dah pecah,
jadi tuan kedai jual kaki tu dgn harga yg amat murah, rm20 saja.
Saya ke kedai cermin dan beli cermin bulat untuk di letakkan di atas nya.
Cantik! Kata hati saya lah.(Campur cermin baru jadi rm30 harga nya)
Tapi belum puas, nak add hasil seni pula.
Adik ipar saya belikan saya cat untuk melukis di kaca.
(Thank you Wani Abdullah)
Saya conteng, saya warna dan saya perasan sendiri.
Kan lebih cantik tu..Pokok sepit udang lagi you.
Sekarang meja tu saya letak di penjuru tu.
Sekejap di penjuru ni, sekejap alih lagi.
Dulu kosong, sekarang saya letak koleksi saya di atas nya.
Dah terlindung lukisan saya tu.
Biarlah, bukan lawa mana pun,
Lawa dari kacamata saya jer.

Perasan tak habis habis.

Wednesday, September 26, 2012

Bawak bahaya, tak bawak, rasa nak bawak....

Ragut meragut makin kerap terjadi di persekitaran saya ni.
Takut sungguh nak berlenggang dengan beg tangan di bahu.
Tak tau nak pegang cara mana untuk keselamatan.
Sandang? Genggam? Kepit? Peluk kemas2?
Tambat kat badan dgn rantai ?

Si peragut ni tak tau,
dalam beg tangan saya ni tak ada barang bernilai pun.
Kad Tesco ada, Kad2 memang banyak. Tak leh tebus pun dik.
Barang kemas memang tak ada, memang tak suka pakai (ada ke untuk di pakai?)
Duit? Alah tak sampai rm50, saya tak pernah bawa byk pun.
Kalau akhir bulan nak cari rm10 pun, habis semua poket Hbag kena gali.
Hset cap ayam ada lah, tissue dan pen.
Ubat ubatan, kunci rumah dan pengikat rambut.
semua tu bukan bernilai apa pun.
Bukan apa, kalau di ragutnya tak berbaloi sakit yg akan saya alami tu.
Beg tangan pun kodi jer, tak laku nak di jual pun.
Semalam saya ke Post Office, parking sikit punya jauh.
Nak tak nak kena jalan jugak lah menyusuri kaki lima tu.
Mat2 motor ramai gak la, yg selisih berjalan kaki pun ada.
Takut nya Tuhan saja yg tau.
Sampai di kaunter Post Office tu mamat belakang kaunter cakap..
"Kak, hati2 beg tu, baru jap org kena ragut"
Aduii...InsyaAllah dik, akak hati2 dan tawakkal saja lah.
Pastu nak buat macam mana?
Letak keperluan dlm anak baju berzip macam org dulu2 boleh tak?
Kang bila nak ambik duit kena selak baju, mau nya pengsan orang yg nengok nya.
(maklum lah, bentuk rupa bumi dah tak berapa fotogenik!)
Nak sediakan kocek di baju?
Berapa besar kocek nak muatkan 'benda wajib ada' saya ni.
Ke nak saya tampal kat badan notis yg macam ni...
SAYA TAK BAWA DUIT, KALAU NAK BEG MINTAK SAJA, JGN BERKASAR.

Tuesday, September 25, 2012

Cerita hantu part 2....

Pagi ni nak cerita pasal hantu jugak.
Bukan hantu yg semalam tu.
Ni pasal hantu yg tengok TV lewat malam..
Setiap pagi, atas meja depan TV bersepah.
Ada gelas, mug, mangkuk bekas maggi, roti, tin biskut dan coklat.
Ada bantal, selimut dan laptop.
Ada sweater, getah ikat rambut dan kadang2 ada kupiah.
Dari bahan bukti ni saya boleh agak hantu mana yg berjaga malam.
TV pun tak off...
Aircon di biarkan berkerja untuk sejukkan kerusi meja,
Kadang kadang saya naik hantu jugak.
Tapi bila kita jenis hantu yang bukan jenama Dracula ni,
Mengamuk macam mana pun,
Orang buat derkkkkk saja.
Buat bazir sound effect dan buang tenaga saya saja.
Bik, ko kemas jer lah...

Monday, September 24, 2012

Eleh, sedap mulut yer kata kita ni penakut..Memang yer.

Ingat tak saya cerita yg saya tidor kat sekolah hujung minggu lepas?
Ingat tak yang saya cerita saya nak tido dalam khemah?
Ingat tak yg saya kata saya ni penakut.
Ingat tak yg saya kata kalau saya nak ke tandas saya akan kejut semua orang dan mesti teman kan saya.
Ingat tak yg saya kata kalau nampak apa2 yg pelik jangan gitau saya.
Ingat tak?
Tak ingat yer....
Itu pasal lah korang cerita pasal benda hitam berbulu tebal mengekori seorang cikgu tu.
Itu pasal lah ada budak yg pucat ketakutan dan matanya melirik tajam ke arah lorong dekat tandas tu.
Itu pasal lah ada murid selisih dgn saya di tandas sedangkan saya tak masuk tandas pun lagi.
Itu pasal lah ada lembaga yg melompat2 dari khemah ke khemah tanpa baju dan mata bersinar merenung cikgu bila terserempak dgn cikgu yg nak check murid....
Itu pasal lah meremang bulu roma saya dibuatnya ...
Itu pasal lah saya lari balik rumah .....
Lain kali kalau nak ajak saya tidor kat sekolah saya tak nak.
T.A.K N.A.K =TAK NAK SE TAK NAK TAK NAK NYA..

Saya tak ada kat situ.....

Seronok baca pasal 'Gathering Bloggers' di Bandar Baru Bangi semalam.
Saya duk tengok foto2 yang di upload oleh mereka.
Ada wajah2 yg saya kenali di alam cyber ni.
Sayang sekali saya tak dapat hadir.
Dah la jarak memisahkan,
masa pun tidak menggizinkan.
Ikut hati memang lah nak jumpa di alam maya.
Hmm..Lain kali jer lah.
Tapi kan,
Saya ni pandai ke bawa diri di tempat yg macam tu?
Berada di antara orang2 yg tak pernah saya jumpa?
Saya kenal siapa saya.
Seorang yang cukup payah nak rasa selesa bila di dalam kumpulan baru di kenali.
Rendah diri kerana saya tau siapa saya.
Takut juga kan, saya ni hanya melukut, serba kekurangan.
Hmm...Nampak gaya nya saya lebih seronok tgok orang lain berseronok.
Begitu lah saya selamanya.
Tumpang gembira.

Sunday, September 23, 2012

Puisi copy paste.

Tuhanku,

Aku tidak meminta seseorang yang sempurna,
Aku hanya ingin dipertemukan dengan,

Seseorang yang kan kusayangi kerana kelembutan hatinya,
Seseorang yang kan kucintai kerana keindahan akhlaknya,

Seseorang yang kan kukasihi kerana kehalusan budinya,
Seseorang yang kan kukagumi kerana kesantunan sikapnya,

Seseorang yang kan kupuja kerana kerendahan hati dan kesederhanaannya,
Seseorang yang mahu menerimaku seikhlas hatinya,

Yang tidak akan pernah menduakan cintaku hingga akhir hayatku tiba,

Seseorang yang kan ku hibur hatinya bila dia sedang bersedih,
Seseorang yang kan ku sapu air matanya ketika dia menangis,

Seseorang yang kan ku jadikan bahuku tempatnya bersandar saat dia penat,
Seseorang yang kan ku dengar segala keluh – kesahnya,

Seseorang yang kan ku pertaruhkan nyawaku demi menjaga kehormatannya,
Seseorang yang ketulusan dan kesetiaan hati ini hanyalah untuknya,

Yang kan selalu kujanji membersamanya hingga malaikat maut menjemputku tiba.


( Ni puisi yang saya copy paste dari pemilik fbook yg bernama I.S.A.(Ihsan Sivam Abdullah) Dia dah bagi kebenaran untuk di paparkan di sini..Sedap kan luahan hati nya..Bertuah lah isteri dia. Cer teka apa nama isteri dia...HANI. hehehe, kebetulan saja tu...)

Saturday, September 22, 2012

Opsss...Dah nak Magrib ni..Syaitan iblis berkeliaran.

Sabtu yang lesu
Tidur seharian.
Dari semalam begini.
Tidak bermaya
Banyak sangat yang berkejaran dalam kepala
Minda letih
Hati bercerita.
Lepas satu, satu..
Banyak rupanya.
Kadang kadang kelmarin yang manis,
lebih mengundang tangisan.
Yang pahit itu,
Semakin kita cuba hapuskan dari ingatan,
semakin galak bermain di fikiran.
Aduh...Senja begini,
tak ada kerja buat,
Itu pasal lah,
menaip ikut sedap.
entah yer entah tidak.
entah sekadar tarian jari
bukan mengikut rentak hati.



Friday, September 21, 2012

kawan beribu, berteman satu pun payah...

Saya memerhati.
Saya menilai
Saya membuat kesimpulan.
Dalam hidup saya ni, saya ramai kawan.
Tapi saya tidak ada teman.
Ramai yang saya anggap kawan,
Saya cuba mencari teman,
tapi sayang sekali payah sungguh.
Kawan, api dalam sekam.
Gunting dalam lipatan.
Enau dalam belukar
Pagar yang menanti masa untuk makan padi.
Teman,
Tidak tau maniskan mulut dengan pujian palsu.
Tidak meninggalkan kita waktu payah menjelma
Ketawa bersama kita bukan ketawakan kita
Menangis pun bersama bukan bermuka muka.
Setakat hari ni,
teman saya hanya lah Tuhan.


Thursday, September 20, 2012

Bilanglah nikmat yg kita sering terlepas pandang ini..

Alhamdullilah,
Pagi ni saya celik mata lagi..
Nyawa masih berbaki.
Saya masih boleh bangun dari katil tanpa bantuan orang lain.
Saya masih boleh ke tandas urus diri sendiri.
Tak perlu pakai pampers.
Saya solat subuh sambil berdiri tak perlu kerusi atau kusyen
Saya makan pagi tidak menggunakan tiub saluran dari hidung.
Makan pun ikut selera, tak perlu pantang itu ini.
Masih boleh suap sendiri.
Saya masih boleh berada di belakang stering ,memandu kereta
bukan nya terpaksa di sorong ke sana sini.
Saya boleh mengajar, membebel, senyum dan menangis.
bukan diam kaku di perbaringan..
Jari masih boleh menaip walau kadang2 merapu2, menaip entah hapa hapa.
Mata masih boleh tengok screen, boleh baca blog.
Telinga masih boleh dengar orang duk cakap..
"Mummy nak guna laptop mummy jab"
Mulut masih boleh jawap...
"Tak leh!"
Syukur hari ni saya masih sihat sejahtera seperti saya kelmarin nya.
Nikmat Tuhan yang begini lah yang seringkali kita lupa.
Dah hari2 kita dapat buat semua ni, kita tak rasa kenikmatan buat semua ni,
Tunggu lah, satu hari Tuhan tarik balik semua nikmat di atas ni, baru padan muka kita.




Wednesday, September 19, 2012

Betul tak?

Aktiviti yang hampir semua orang buat selepas raya ialah menjadi penternak.
Selamat menternak lemak. 
Dah biak ke belum?
Saya dah di nobatkan sebagai 'Penternak Jaya.'
Tetap dan berpencen.

Tuesday, September 18, 2012

Kita hanya nak berakit ke seberang...

Bila saya terbaca mengenai pengalaman hidup orang lain,
 Saya sedar dan menerima hakikat bahawa
setiap orang ada bahagian masing2.
Tak dapat lari dari diduga dan diuji ..
Jenis ujian dan tahap ujian saja yg berbeza
Jerih pahit penanggungan nya serupa.
Ingatkan saya sorang jer yang meredah gelombang.Rupanya ramai yg tercunggap cunggap, terkapai kapai..
Rupanya ada yang hampir lemas pun.
Saya ni alhamdullilah tak lemas,
setakat air masuk hidung dan pedihkan mata saja.
Tapi kan,
Kerana sentiasa meredah gelombang lah maka saya jadi pandai berenang.
Bila di hempas badai, saya berenang ke tepian
Syukur Alhamdullilah, laut tidak sentiasa bergelora,
Seperti pantai, saya hanya mengharapkan ombak berlabuh di kuala.





Monday, September 17, 2012

Bila terbaca puisi orang menyampah ni saya rasa macam saya pun pernah berada didalam situasi ini..

Puisi orang menyampah

Bila yang kau pilih ialah untuk tidak pedulikan aku,
maka aku juga boleh memilih untuk tidak hiraukan mu.
Aku tidak rugi apa apa.
Selama ini pun aku tidak pernah menumpang nyawa mu untuk hidup.
Kalau aku mati pun bukan kerana kebuluran cinta mu.
Kau jual lah rindu mu semahal yg kau suka
Aku peduli hapa.
Aku cuma nak pastikan cinta aku tetap ada harga.
Bukan cinta murahan yang boleh kau ambik dan pulangkan
begitu saja..
Aku ini, pernah terlalu mudah memberi hati.
Sekarang bagi ku,
Pinggan tak retak, nasi tak dingin.
Awak tak hendak aku laaaagi lah tak hingin!
Get Lost!

Betul kan? Ada kalanya kita rasa macam ni,

Part ni yang saya paling suka....

Kalau pergi bercuti,
samaada di dalam negara atau pun luar negara,
part ni yg paling saya suka-

Part dapat posing...

 Part makan.

Sunday, September 16, 2012

Pusing 1 MSIA sempena cuti 1 MSIA

Pagi Jumaat saya bertolak ke KL, testing kereta baru. Kalau di bandingkan dengan Estima saya tu, kereta baru ni lebih best cuma ruang dalam kereta tak seluas Estima. 6 hours driving baru sampai destinasi Lepas Jumaat saya bertolak ke Ipoh dan dlm 2jam setengah saya tiba di bandaraya Ipoh. Saya menginap di Kinta Riverfront. Saya puas hati dgn breakfast buffet nya yg mewah walau bilik hotel nya biasa2 saja.

Pagi Sabtu saya bertolak pula ke Pulau Pinang. Lebih kurang 2jam setengah jugak rasanya utk tiba di Hotel Cititel. Sampai saja di pulau, saya ke tempat kegemaran saya-Nasi Kandar Line Clear.Ronda2 pusing pulau dan kembali ke hotel. Penat? Memang lah penat. Dari semalam memandu kesana sini.

Pagi Ahad saya ke Kuala kangsar. Sekejap saja, tak sampai 2 jam pun. Niat nak cari hasil kraftangan dan mengimbau kenangan sewaktu anak saya belajar di sini dulu. (Dulu acap benar lah saya berulang alik ke KK nih) Dari Kuala Kangsar saya singgah makan di Medan Ikan Bakar  dan membeli sedikit Ikan pekasam. Saya teruskan perjalanan pulang ke Kota Bharu melalui lebuhraya Timur Barat.

Sekarang saya dah kat rumah, sudah makan dan mata amat berat rasanya..Saya tunggu masuk waktu magrib dan isyak..Lepas tu agak2 apa saya nak buat...?

SAYA NAK TIDO!

Thursday, September 13, 2012

Sorry,wrong number.

Kringggg....Kringggggg
Hello?
Siapa saya?
Tak kiralah saya siapa pun,
awak tu nak cakap dengan siapa...?
 Pelik tul lah...

Tuesday, September 11, 2012

Dulu2 tak macam sekarang...

Hari ni peperiksaan UPSR bermula.
Mak bapak yg ada anak di tahun 6 berdegup lah jantung di luar irama.
Budak budak tu pulak ada yg gelabah, ada yang tenang, ada yg blurr jugak.
Lain sungguh sekolah rendah zaman sekarang nih.
Sekarang semua kena capai target.
Peratus lulus di ambil kira.
Budak2 dah jadi macam robot yg di programkan untuk ambik periksa.
Ajar, didik, uli, basuh, perap, injek, tiup dan mcam2 lah cara di gunakan.

Maka kanak2 tidak lagi membesar dalam dunia kanak kanak.
Tak sempat nak main pondok2 dah..
Zaman saya dulu.
Peperiksaan darjah 5 bukan UPSR
Apa tu? tak tau!
Tak pernah di beri tau kepentingan ujian tu.
Kelas tambahan tak pernah ada.
Kem2 motivasi,ceramah menjawap soalan ke hapa ke,
semua tarakkkkkk.
Hari2 pergi sekolah macam biasa,
Balik dari sekolah, lontar beg di tepi dinding
dan bermula lah dunia kanak2 saya.
Bermain seharian...
Kerja sekolah? Illek.
Lulus jugak...Dapat tawaran ke asrama penuh jugak.
Jadi cikgu jugak.
Tu dulu lahhh....
Sekarang ni semua berlumba lumba.
Yang belakang ketinggalan.
Yang tak ada modal sah ketinggalan.
Yang tak ada kabel lagi lah ketinggalan
Yang semalam tu kenangan,
maka kita ikut rentak yg terkini lah..
Anis, tahun depan awak pula yg akan menduduki ujian ni.
Bersedialah untuk lupakan alam kanak2 secara paksa rela.
(Ni lah sekolah lama saya....Dah bersalin kulit dan isi..Syabas!)

Monday, September 10, 2012

Ingat saya tak tau ke awak tu menipu?

Pernah kah awak menipu?
Tipu kecik ke, tipu besar ke,
tipu wajib ke, tipu sunat ke tak kira...
Pernah?
Tak pernah yer....
Tak pernah tu jawapan awak?
Hehehe....kan dah tipu tu....

Tak de lah, saya rasa sebagai manusia yg banyak kekurangan ni,
kita tak lari dari menipu.
Tipu untuk jaga perasaan orang,
Tipu untuk tidak memburukkan keadaan.
Tipu untuk mengelakkan orang jadi bermusuhan.
Tipu untuk kearah kebaikan...Salah ke?

"Saya nampak gemuk tak kalau pakai baju ni?"
-Tak lah, makin lawa ada.
TU SAH SAH AYAT TIPU TUH!!!

Sunday, September 9, 2012

Ta.....raaaaa.................

Balik sekolah lewat sbb ada staff meeting.
Tadi dah niat nak masak masakan arab hari ni,
jadi kena teruskan lah.
Singgah Tesco beli ayam dan terus balik untuk masuk dapur.
'Nasi Mandy dan Chicken Kabsyah' yg paling simple.
Caya lah,
senang dan kanak2 cukup suka dgn daging ayam yg lembut tu.
Berbaloi masak ni, gerenti habis.
Memang licin sampai tukang masak pun tak sempat jamah.
Tak patutttt...Tak patut!

Kenapa saya buat N3 ni?
Saja jer...Nak tgok ada orang terliur ke tidak.
Muahahahaha....

Saturday, September 8, 2012

Tajuk ni untuk orang perempuan saja..

Doktor kata,
Bila masuk era 'Menopouse'
Seorang wanita itu akan mengalami tanda2 begini.
Mudah terganggu tidur nya.
Mudah terusik emosinya.
Mudah marah dan sensitif yang amat sangat.
Sakit kepala dan panas badan
Perlu ada sokongan moral dari keluarga.
Perlu di jaga hati nya
Hmmm....
Tuan Doktor,
MakCik Semah yg menoreh getah di tanah saya tu,
Usia pertengahan 50an.
Katanya puasa penuh Ramadhan baru ni.
Dia tu,
letak kepala di bantal, lena terus.
Sensitif2 ni tak main, tau ngadap pokok getah aje.
Kalau sakit kepala pun telan panadol bila balik menoreh nanti.
Sokongan moral? Apa benda tu..Makcik Semah tak pernah dgr pun.
Pakcik Mat dah lama meninggal, jadinya memang dia hadapi musim menopouse sendirian.
Tak apa apa pun...Tak sempat2 nak melayan hati pun.
Agaknya symton menopouse ni hanya hinggap kat wanita2 yg 'ngaji sekolah' jer.
Hanya untuk wanita yang tak der kerja lain selain dari melayan hati.
Entah lah, saya rasa saya nanti pun macam Makcik Semah.
Lalui perubahan sendirian tanpa sokongan pun takper.
Redha adalah penawarnya.
Tak kuasa nak pikir ah,
Tunggu dan lihat...Berserah pada mu Allah.

Friday, September 7, 2012

Ingatkan saya sorang saja....

Tengok drama Korea.
Terpancar realiti kehidupan masyarakat mereka.
Byk konflik dalam keluarga/ masyarakat.
Mertua vs menantu, ipar duai dan anak cucu.
Kecurangan dalam perkahwinan.
Isu perbezaan status/latarbelakang keluarga
kawan makan kawan, iri hati,dengki.
Hmmm...Ingatkan saya kat Malaysia saja yg ada masaalah.
Rupa nya kat Korea pun ada jugak ya.

Thursday, September 6, 2012

Ramuan wajib ada.


Ada 'Pot Luck' kat sekolah.
Tadi saya buka kabinet dan termenung depan tu.
Scan benda2 yg ada dalam tu...Nak masak apa a?
Nak bawa apa ke sekolah untuk Pot Luck?
Malam tadi tak fikir, tunggu last minute baru nak gelabah.
Kek' hentam saja lah' boleh?
Apa apa lah asal saya guna bahan yg paling penting.
KEIKHLASAN.
Tak masukkan serbuk perasa ni memang sah tak sedap nanti masakan saya tu.
Ok, out dan mak masak dulu k.

Sejam kemudian ni hasil nya...taraaaaaa........
 Kek 'hentam saja lah' ni baru keluar dari oven.
Boleh ke bawak ke sekolah ni?
Sedap ke tidak?
Harap2 kawan2 sanggup habiskan.
Bye, tenat lah perut ku hari ni....

Wednesday, September 5, 2012

Bukan ikan saja yg banyak jenis..

Kawan pun banyak jenis...
1. Kawan ketawa
    Ni ramai yang macam ni. Waktu kita ketawa tu terbahak bahak dia orang turut ketawa.
    Tapi di belakang kita dia orang ketawakan kita.
2. Kawan menangis
   Ni kawan jenis menangis dan nak kita ada untuk dia, tapi semasa kita yg menangis, dia buat derk saja.
   Kadang tu dia turut menangis di depan kita tapi di belakang kita bertepuk tangan gembira kerana kita menangis.
3. Kawan Astro.
  Ni kawan yang suka nak tau perkembangan terbaru kita, suka korek2 cerita pasal kita ..Pas tu di putar belitkan cerita tu sampai boleh masuk akhbar muka surat depan.
4. Kawan mulut manis
  Ni kawan yang tak der kerja lain selain dari memuji kita. penuh mulut berisi pujian. Segala hal nak di puji.
Jangan tak tau, belakang kita mulut penuh cacian, busuk mengalahkan longkang.
5. Kawan bertopeng.
 Zorro pun list out kawan macam ni. Kawan macam ni lah perosak kawan. Kalau musuh menyerang kita terang terangan, kawan macam ni senyap2 atur strategi untuk jatuhkan kita...Dalam byk2 jenis kawan, kawan bertopeng lah yang perlu di jauhi.

Cuba imbas kawan kawan yang ada, cuba listkan ikut kumpulan. Ada tak yang tidak dapat di masukkan dalam kumpulan yg di atas? Kalau ada, tu nama nya kawan sejati.....TAHNIAH!

 DIA LAH KAWAN SEJATI YANG SUKAR DI CARI.
DIA BUKAN LAH SEPERTI ENAU DALAM BELUKAR,
MELEPASKAN PUCUK MASING MASING.

Saya ada jugak kawan yang macam tu..Ni yg sedang baca apa yg saya tulis ni,dia lahhh.....TQ for being a good friend.

Tuesday, September 4, 2012

Tau, itu yg awak nak cakap sebenarnya...

Dah dua tiga hari sakit kepala.
Banyak sangat yg singgah di kepala
itu pasal lah.
Panadol hanya menghilangkan rasa sakit,
tidak menyembuhkan.
Sakit ini sakit yg sedikit saja kalau di bandingkan dgn sakit orang lain tu.
Sebagaimana kekusutan fikiran ini,
sangat2 kecik jika di bandingkan dgn masaalah org lain.
Redha dengan denyutan yg keras di kepala
Redha dengan berat di belakang tengkuk
Redha dengan mata yg berpinar pinar.
Gi buat check up di Hospital?
Tak Nakkkkkkkkkk......Takut!

Sunday, September 2, 2012

Siapa cakap?

Orang kata pakai baju hitam nampak kurus sikit...
Tak punnn.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...