Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, August 24, 2013

sabar lah Imaad

Ja bangun lah....
Kesian mummy tengok Imaad tu.
Makin sehari makin nakal.
Budak budak mana tau nak luah rasa rindu.
mungkin juga dia marah kerana tidak di hiraukan.
Ja diam saja bila dia datang dekat.
Dia perhatikan ja tadi.
Dia mintak mummy letak dia sebelah Ja
Dia hidu baju Ja seakan mencari bau ibu yg hilang.
Agaknya dia mencari bau susu kerana dia kan menyusu badan dulu.
Hanya 'patung' yg tak tersentuh hati bila tenguk dia begitu.
Hati manusia biasa seperti mummy rasa nak luruh tengok dia
Kesian sangat sangat.
Ja,
Kadang kadang waktu lepas mandi,
bila mummy dukung dia dgn tuala membalut badan dia,
dia peluk mummy, letak kepala di bahu mummy.
Dia dapat rasakan dalam diri mummy ada diri ibu dia
Dia bukan peluk mummy tapi dia peluk Ja.
dan bagi dia,
mummy bukan dokong dia,
tapi ja yang dokong dia.
Ramai yg kata kita serupa,
itu pasal lah mummy tak pakai baju mummy yg Ja pernah pakai ,
tak sanggup tgok Imaad pandang mummy semacam,
renung mummy seakan matanya berkata
" Nak mummy Imaad....."
Mummy rasa nak nanges tapi mummy buat tak tau saja.
mummy peluk dia kemas2
bergetar dada mummy menahan tangisan.
Ja, mummy tau, kalau Ja mampu, Ja mesti dah bangun.
Ja pun amat rindukan anak2 Ja.
Ja nak tengok Imaad dan Iyaad membesar.
Mujur lah Ja,
Mummy dan mama masih sihat untuk jaga anak2 Ja
Kasih sayang buat mereka melimpah ruah,
tapi mana lah sama dgn kasih ibu kan.
Kami tau tu, walau kami cuba mengisi kekosongan di hati mereka,
kami tidak akan mampu menjadi Ja yang mereka tunggu.
Ja,
kenakalan Imaad kami fahami.
Memberontak kerana dia rasa tidak diambik peduli.
Puas di pujuk, puas kami cuba belai hati dia..
Tapi kekosongan di hati dia yg baru mengenal dunia,
amat ketara...
Bangun lah Ja, mummy merayu rayu pada Tuhan setiap detik waktu.
Imaad dan Iyaad membuatkan semua orang yg menyayangi Ja mendoakan Ja...
Segeralah sembuh duhai anak dan
bersabar lah wahai cucu2 ku....
Tuhan mendengar tu...
InsyaAllah.

6 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum mumy hani.
........
Insyaallah pija akan kembali sihat. Doa dan ingatan sy xpenah hilang utk pija & anak2 juga keluarga.
Sy jg ada anak kecil mcm imaad. Paham sgt klu dia xdpt 'perhatian' yg sgt dia dambakan..
Moga mummy hani & anak2 pija tabah n bersabar.
Insyaallah..

Nur

Haslina said...

I cannot stop my tears from flowing when I read this entry, kak Hani. Memang, when I looked at you and at Ja when I visited, Na nampak Imaad dan Na nampak Iyaad. Mereka masih perlukan belaian dan sentuhan kasih sayang Ja. That's why, paling tidak sekali sehari doa Na panjatkan kepada Allah supaya diberi kemudahan pada Ja dan Kak Hani. For these boys' sake. So fight, Kak Hani. Fight for their rights.

Unknown said...

Insyaallah. Sentiasa doakan Ja kembali sihat. Untuk anak2 dan keluarganya.

makcu B said...

N3 ni membuatkan halkum makcu tersumbat. Dada sebak, hati jadi sebu.Ya Allah, bangkitkanlah ibu Imaad sebelum berakhirnya Syawal.

Unknown said...

ya allah aunty...
sedihnyaaaa..
boleh sy ambil Imaad n Iyaad jadi anak angkat?
boleh sy susukan Iyaad ?

Anonymous said...

Ya allah engkau berikan lah kekuatan pd seorang insan yang bergelar ibu ini...puan hani saya x mmpu menahan air mata...bila ia berkaitan dgn ank2 kecil....semoga puan tabah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...