Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, March 31, 2013

Risau tul lah

Saya tengok kat airport marin tu ada 3 trak askar berisi askar..
Mereka khabarnya akan di hantar ke Lahad Datu.
Tu baru airport di tempat saya, airport lain?

Kenapa ramai benar?
Takut laaa..


Friday, March 29, 2013

OK dah..

I am OK now.

Awak OK ke tak?

S. O.S

Ada kala nya saya terlalu penat hidup.
Amat penat menggalas segalanya.
Rasa tak sanggup walau hanya untuk sesaat pun lagi
Lelah sangat2 begini.
Letih sangat2
Tak daya sangat2
Tuhan bantulah saya............Please.

Thursday, March 28, 2013

Perah otak, projek senakkan otak datang lagi

Ngalahkan orang yg tak betul kat tepi jalan.
Ada saja benda yg boleh di kutip saya kutip.
Botol air mineral.
Gelas plastik
Paper bag. plastic bag..
Sudu, tudung botol, tali..
Tak, bukan saya nak jual dan buat bisniz baru.
Anak punya pasal lah ni.
Kat sekolah ada pertandingan 'Recycle items'
Anak sama macam mak.
Pantang dengar pasal projek2 kraftangan,
minat giler.
Maka dah sebulan dah kami duk pungut benda2 yg boleh di recycle.
Hari ni kami mula dah projek kami tu.
Bersepah sepah.
Nasib baik tak ada tetamu.
Nasib baik cucu2 tak ada kt sini.
Kalau ada, sama naik la tok dgn cucu main sampah.
Nak tengok hasil kerja kami?
Nanti siap saya pamer, la ni jauh lagi nak siap.
Saya ni dah cipta macam2 dari barang terbuang tapi
last2 buang jugak sebab tak cantik.
Kadang tu jadi sampah saja.
Okey, nak sambung siapkan projek kami tu.
Rehat sekejap sebab kehabisan gam.
Gam sudah datang,
 Jommmm......


Wednesday, March 27, 2013

Nak Soho

Minggu murah rezeki.
Kalau tiap2 minggu macam ni kan best.
Hehehe...Senang hati rasa nak lompat lompat.
Mereka yg sayangkan saya hulurkan saya sesuatu.
Tak sempena apa apa pun..
Siapa yang murah hati ni?
Siapa lagi anak anak laa...
Anak anak saya, tak kan anak anak orang lain pulak..
Kalau anak orang lain hulur itu ini kira pelik bin ajaib lah kan.
Kalau bapak orang lain hulur laaaaagi pelik bin nahas.
Saya ni suka sangat bila anak2 tiba2 bagi hadiah.
Suprise gitu.
Tak kira lah beri apa pun..
TQ Along
TQ Ja
Saya cukup suka.
Tanda kita dihargai.
Best tau bila rasa di hargai.
Along, nanti hari hari mummy pakai.
Ja, the timing is just right..Memang perlu pun.

Tuesday, March 26, 2013

Awak muda lagi lain lah.

Ya saya tau saya dah tua.
Apa tak tua nya kalau usia dah melepasi separuh abad.
Kalau ada yg cakap saya muda, saya nak tergelak.
Agaknya yg cakap tu usia 80 tahun sebab tu lah dia anggap saya muda.
Bila ada orang cakap saya nampak tua sekarang saya tak nafikan.
Yer, sepatutnya pun saya nampak tua.
Malah saya risau kalau saya tak nampak tua.
(Kang ada yang cakap saya cucuk tang sana cucuk tang sini pulak..Hehehe..)
Lebih rela nampak tua dari nampak macam org tua tak sedar diri, perasan muda.
Grow old gracefully, tu yg terbaik.
Tua adalah proses semulajadi.
Kedut2 adalah lambang kematangan usia.
Minda pun kena matang sesuai dgn usia tak gitu?
Cukup lah muda hanya sekali..Dah puas jadi muda.
Sekarang saya lebih fikirkan pasal kesihatan saya.
Dah usia macam ni kalau boleh nak cuba untuk tidak uzur.
Tak nak nyusahkan anak2.
Lebih byk duit saya belanjakan untuk beli ubatan dan supliment dari beli bedak gincu.
Mencegah itu lebih baik dari mengubati.
Tapi kalau ditakdirkan saya terlantar sakit pun saya rasa bukan perkara pelik.
Ramai kawan2 seusia saya yg dah uzur, yg dah  pulang mengadap Pencipta pun dah ramai.
Hidup ini hanya pinjaman, harta dan keluarga pun sama, pinjaman juga.
Yang pasti tua mendekatkan kita pada mati.
Hanya satu yang saya nak sangat buat.
Nak belajar.
Bukan masuk U, bukan sambung belajar ilmu dunia.
Orang macam saya sepatutnya ketepikan soal dunia dan beri ruang untuk bekalan mati.
Ada ke orang se tua saya yg masih duk cari ilmu dunia?
Kalau ikutkan nak cari harta sampai mati pun tak habis2
Cukup lah apa yg ada. tak kaya pun tak apa asal kehidupan saya di berkati Allah..
Saya nak belajar ilmu agama, mendalami hukum hakam.
Nak betulkan solat dan segala yg fardhu.
Nak betulkan bacaan Quran.
Nak ke masjid, ke majlis2 agama.
Sehingga saat ini saya masih tidak dapat memenuhi 100% keinginan saya ni.
Harap2 usia panjang dan bila pencen nanti saya boleh beri tumpuan.
Kita hanya merancang tapi Tuhan menentukan.
Malam ni badan tua ini terlalu penat dan nak rehat.
Opsss...makan ubat/supliment dulu. Tu kena ingat.
Orang tua macam ni lah....


Cuti ni semua ada.

Hari ni macam ni lah keadaan rumah saya....
-Ruang keluarga dalam rumah saya tu boleh parking bas, jeep, basikal, truck, lori dan segala jenis kenderaan milik cucu cucu. Ruang parking kat luar rumah pula tak muat untuk semua kereta. Jadi siapa yg last balik kena parking di luar pagar. .
-Tidak ada yg bertulang belakang waktu nonton TV..Semua orang baring, meniarap,nonggeng dan segala macam posisi, Jangan ada yg nak lalu lalang dah..Memang sah ada yg kena pijak.
-Hasil masakan saya tak kira sedap ke tidak, sah licin sekelip mata. Kueh tunjuk pun laku.Makan merupakan agenda utama.Menu penuh dalam kepala chef..
Sinki tak pernah kering, ada saja pinggan gelas yg menanti untuk di cuci.
-Ampaian sesak dengan pakaian yg saya tak boleh kenal pasti milik siapa..Kena lelong dulu.
-Selipar/kasut kat depan pintu lebih banyak dari yg ada di kedai kasut.
-Tong sampah sekejap saja dah penuh. Kalau tong pandai menangis, rasa2 dah meraung dah.
-Tandas kena booking..Lepas ni siapa pulak? Jangan potong Q, tambah2 waktu magrib, jam tu lah semua orang berebut.
 -Kuasa bebel saya tak berkesan. Guna bateri heavy duty pun tak siapa nak ikut arahan. Semua buat derk jer...

 Yang dah lama saya tahu dan bakal hadapi ialah...
Kesunyian bila cuti berakhir.
Senyap.
Dinding lah teman saya
Sunyi
Tak suka
Sepi
Saya hanya ada saya.
Hakikatnya semua orang ada hal, ada kerja ada kehidupan sendiri...
Saya kembali mengisi masa saya dengan cara saya sendiri,
sambil menanti bilakah dapat berkumpul lagi.

Monday, March 25, 2013

Sungguh, tidak ada yg lain melainkan dia dan dia, belaian jiwa saya.

Saya dapat gelaran Grandmummy
kerana mereka berdua ni .
Alhamdullilah. 
Cucu lelaki.
Nakal.
Tak makan saman.
Menghiburkan.
Hanya yg ada cucu tahu macam mana seronoknya bergelar nenek.
Tak kisah lah kalau orang kata bergelar nenek tu tanda tua.
Memang tua pun, tak nafi dan redha.
Ada sorang lagi cucu,
bakal hadir Mei nanti.
Dah scan, lelaki jugak
Bila la nak dapat cucu perempuan nih..











Saturday, March 23, 2013

Batu belah batu bertangkuppp...

Murid2 berkhemah di sini.
Hari ni mereka nak mendaki Gunung Baha.
Cikgu2 ada yg mendaki bersama murid.
Ada yg duduk2 atas batu.
Tenung batu sungai.
Tunggu batu cair.


Best jugak jadi batu
Diam kaku bisu.
Kat sini batu besar besar.
Cikgu pun saiz lebih kurang jer dgn batu2 kat belakang tu.
Adehhh...



Nak jadi batu jugak lah.
"Batu belah batu bertangkuppp...
Telan lah aku, makan lah aku...
Aku tak kempunan,
 tapi aku jeles sebab batu nampak rilek jer.."

Thursday, March 21, 2013

Apa kena lah saya akhir akhir ni?

Astaqfirullahh....
Ini lah dia.
Ini lah kelalaian saya yg terkini.
Mujur lah Tuhan masih melindungi keluarga saya dan harta benda saya.
Astaqfirullahhh...
Kuali ni tak seburuk ni pagi tadi.
Minyak dalam kuali tu tak sehitam ni sewaktu saya goreng 'Sardin Gulung' buat bekal ke sekolah.
Tadi, kul 3 ptg saya pulang ke rumah.
Solat, makan dan lepak2 rehat depan TV.
Sewaktu saya buka pintu ke ruang dapur basah saya tengok kuali ni berasap.
Astaqfirullahhh...
Nasib baik api perlahan.
Rupanya saya lupa nak matikan api pagi tadi.
Biasanya lepas masak saya terus angkat kuali dari dapur.
Terus lap dapur dan tutup dapur dgn tuala sebelum ke sekolah.
Pagi tadisaya agak terkejar kejar kerana bangun agak lewat.
Bila dah buat perkara lain, otak terus lupa perkara yg perlu saya bereskan lebih dahulu.
Maka ni lah jadi nya.
Astaqfirullahhh..
Hampir 9 jam kuali ini di layur api ..
Kecut perut bila bayangkan kemungkinan2.
Bila tgok kuali masih berasap marah pada diri sendiri pun ada.
Kenapalah saya cuai sangat sekarang ni?
Astaqfirullahhhhhhhh.........
Tapi syukur lah tidak ada kerugian yg lebih teruk.
Setakat balang gas menjadi ringan tu tak apa lah.
Setakat kuali jadi hangus dan minyak hitam pekat tu saya tak kisah.
Banyak lagi kerugian yg lebih dari itu yg mungkin terjadi tadi.
Semua nya dgn izin Allah..
Kun Fa Ya Kun..

Padan lah dia selalu buzy..

Sibuk pun tak apa.
Banyak kerja pun tak apa.
Urusan rumah tangga.
Urusan tempat kerja.
Urusan peribody.
Urusan peribody orang lain.
Banyak tul tugasan rasmi dan tak rasmi.
Sibuk dan menyibuk
dan sekali sekala buat buat sibuk.
Saya suka macam ni.
Biar sibuk, otak kurang sikit duk ulang tayang cerita sejarah.
Biar sentiasa kalut, batu jemala tak sempat duk buat sinopsis itu ini.
Bila badan penat dan letih, kepala hotak pun turut offline awal.
Landing depan TV ke, atas sejadah ke, tak kira tempat terus lena.
Tidur itu nikmat.
Pagi bangun segar bugar..
Happy. Starts a new day fresh and kicking.
Welcome kerja kerja yg berlambak.
Ku terima dengan hati yg terbuka
Mulut tak berenti merungut tapi tu dah my nature dah tu..
So siapa kata best dapat duk diam2 tanpa ada tugas yg perlu di bereskan?
Not me!

Wednesday, March 20, 2013

Ramai yang tak tau.

Saya pun baru tau.
Nasib baik terbaca kat satu artikel di laman sosial.
Terima kasih lah kepada siapa saja yang post artikel ni.
Kawan2 yg sekapal dengan saya pun kena ambik tau ni, penting ni awak.

Patutlah saya gemuk.
Kalau dari dulu saya tau, sah saya ramping sakan dah la ni.
Menurut kata artikel tu,
Kita yang nak kurus tapi tak kurus2 ni sebabnya kita tak reti nak mandi cara yg betul.
Adakah awak sahmpoo rambut sambil shower?
Jangann...Tak kurus2 la awak!
Baru saya tau yang kita tak boleh mandi dan syampoo rambut sambil biarkan shampoo meleleh ke badan.
Boleh menyebabkan gemuk tu, iyer betul..!
Bahaya tu.
Cer baca kat botol shampoo tu dah terpampang perkataan
'FOR EXTRA BODY AND VOLUME'
Tu pasal lah.
Jadinya salah siapa?
Akuuuu jugak lah.
Sepatutnya yg nak kurus macam saya ni,
tak mandi dan cuci rambut guna shampoo macam tu..
Sepatutnya geng2 kita ni mandi menggunakan 'Cecair Pencuci Pinggan/mangkuk'.
Kenapa?
Hanya cecair mencuci pinggan mangkuk saja lah yg boleh membuat kita kurus.
Beli dan guna cecair pencuci pinggan mangkuk yg ada tulis ' MENGHILANGKAN LEMAK DEGIL'
Laaa...Apasal saya tak terfikir dari dulu lagi?

(My dear friend Dr Siti Zaiton, the article that you commented (Fbook) make me laugh my heart out..Thanks for the joke Ton.)

Tuesday, March 19, 2013

Mungkin saya tak patut tak hiraukan dia.

Takut lah saya bila ada dia di tepi tingkap kereta.
Bukan tak kesian tapi saya lebih takut dari kesian.
Dia tercegat sambil menjual simpati.
Keadaan fisikal dia buat saya tak sanggup turunkan cermin.
Macam penagih, kotor dan berserabut.
Kalau dia lebih bersih lain lah.
Takut.
Mana tau dia tak betul ke, buat nya dia hulur tangan cekik saya.
Macam2 terlintas di benak fikiran saya.
Ok ok, mungkin saya ni tak berperikemanusiaan.
Tapi macam saya cakap lah,
Saya takutkan dia.
Tu aje.

Sunday, March 17, 2013

Rahsia kita ni, zip mulut tu tau!

Hahahahaaaa...
Dah sendiri buat silap, duk diam diam lah.
Shyyyy.............Tak siapa tau kecuali pembaca blog saya.
Kita kongsi cerita pasal kecuaian saya.
Alkisah maka tersebutlah di sebuah negeri ada seorang mak nenek yg rajin sungguh mengemas.
Tak der kerja lain, Hapus kira itu, hapus kira ini.
Segala benda masuk plastik sampah bila operasi mengemas bermula.
Semalam selepas mengemas saya tukar semua cadar di setiap bilik tidur.
Cadar dan selimut yg perlu di hantar dobi tu saya masukkan dalam plastik hitam/sampah.
4 plastik semua nya.
Dah boleh agak la kan?
Barang hapus kira dalam plastik hitam, cadar pun dalam plastik hitam.
Sampah letak bawah pokok depan pagar rumah, cadar letak dlm bonet kereta.
Oleh kerana saya ni absent minded kot, saya make a BIG MISTAKE.
Cer teka apa kesilapan saya?
Tau?
Kalau tau, tak yah saya hurai lah...
Jangan bising2 k, tak siapa tau lagi ni.
Dia tak akan tanya pun sebab dia tak pernah tau berapa pasang cadar yg kami ada.
Shyyy..........!


Saturday, March 16, 2013

Malam2 begini cerita pasal hantu nak?

Betul betul ni,
Bukan Cobaaaaaaan.
Awal pagi semalam, lebih kurang pukul 2 pagi,
saya dengar bunyi sesuatu jatuh atas bumbung rumah saya,
atau mungkin jatuh berdekatan dgn bilik tidur saya.
Bunyi nya cukup kuat hingga saya terjaga.
Cepat2 saya singkap langsir, tgok kat jalan raya.
Mana tau kot eksiden ke, budak rempit tercampak dalam pagar saya ke..
Tak de apa pun.
Senyap jalan raya kecuali sebuah dua kereta di jalanraya.
Sunyi sungguh waktu tu.
Tapi tak lama, lepas tu bunyi anjing jiran bersahutan.
Mendayu dayu salak nya..Macam bunyi tangisan.
Meremang bulu roma saya..
Saya pejam mata dan bersembunyi dalam conforter.
Puas cuba lena kembali tapi tak dapat juga.
Telinga sensitif mcm duk mencari cari bunyi pelik.
Saya rasa saya terbau harum lain macam..Kemboja di kuburan kah?
Bayang apa yg melintas depan tingkap tu?
Kaki sejuk bukan kerana air con, tapi sejuk ketakutan.
Saya kejutkan hubby.
Ada ke patut,
hubby tak bukak mata pun, marah kita adalah.
"Lain kali kalau awak tgok lagi cerita hantu Jepun malam2 buta gini saya bakar DVD tu!"
Nyesal kejutkan dia.
Tak pasal2 kena marah pulak!

Salah ke saya nak tidur bila mata mengantuk?

Bila saya mengantuk saya nak tidor.
Apa awak rasa kalau mengantuk tapi di larang untuk tidor?
Apa awak rasa bila hak untuk pejam mata bila mengantuk telah di rampas?
Entah lah..
Sekiranya saya di paksa untuk celik mata sedangkan waktu tu mengantuk sangat2, saya rasa saya boleh.
Mampu bertahan walau secara terpaksa.
Mungkin mampu bertahan kerana hati terbakar.
Tapi saya pasti  rasa amat terkilan.
Terkilan kerana saya hilang hak saya sebagai insan yg merdeka.
Terkilan kerana saya biarkan diri saya tunduk kepada desakan.
Tidak ada yg lebih nikmat dari dapat lelapkan mata bila rasa mengantuk.
Jiwa saya akan memberontak dalam diam.
Saya rasa macam saya mangsa dera.
Yang paling saya takuti ialah,
Hati mula tidak boleh tanggung penderaan mental ni.
Saya sendiri pun tidak tahu apa yg hati saya bakal bisikkan pada minda.
Hmm...Sebenarnya saya mengantuk sekarang ni,
tapi saya tak leh tidor sebab saya perlu bereskan kerja sekolah ni dulu.
Menci nyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......!

Friday, March 15, 2013

Budak zaman sekarang

Toys penuh bakul.
tapi yg dia duk belek hari hari benda ni.
Kalau tak ngadap laptop, ngadap Ipad.
Kalau tak pun ambik tab.
Paling2 tidak, main game kat Hset.
Imaad,
nenek kecik kecik dulu main batu seremban.
Main congkak.
Main kejar2 polis dgn pencuri.
Main masak masak.
Budak zaman sekarang jauh beza dgn budak zaman dulu.
Nenek zaman sekarang pun jauh beza dgn nenek zaman dulu jugak.
Nenek zaman dulu makan sireh, merah mulut.
Nenek sekarang pakai gincu Elizebeth Arden.
Nenek zaman dulu guna kain sarung tutup kepala lindung uban.
Nenek zaman sekarang, bertudung Ariani, uban? Mana ada? Rebonding lagi.
Nenek dulu2 cucu panggil Opah, Uwan, Tok, Nenek, Mokwo..
Imaad panggil saya Grandmummy...
"Grandmummy, Imaad nak tab"
Cucu zaman sekarang berebut tab dengan nenek.
Dasyat jugak perubahan zaman ni yer..

Thursday, March 14, 2013

Sakit lagi.

Buat operation sudah.
Jumpa doktor pakar sudah.
Bab makan ubat pun bercupak cupak.
Berurut dan rawatan2 alternatif pun dah cuba dah.
Tak kurang juga doa dan solat hajat memohon belas ihsan dari Nya.
Begini lah bila ada masaalah kesihatan.
Sentiasa terfikir apakan dan dimana kah penawar nya.
Sentiasa mencuba cuba.
Apa saja cadangan orang, mau saja kita turuti semua nya.
Asal jangan yg bercanggah dengan hukum hakam agama.
Setiap kali berubat, harapan dan mimpi utuk sembuh itu menggunung.
Tak nafi juga betapa runtuhnya mimpi bila penawar tidak berkesan.
Apa lagi yang mampu saya buat sebagai mata yg memandang?
Selain bersimpati pada yang menanggung,
saya juga amat tertekan bila memikirkan hari2 akan datang.
Bagaimana esuk nanti?
Mampukah dia bertahan,
Atau penyakit ini akan menjuarai perlumbaan.
Entahlah, walau pun redha itu sentiasa di pesan pada diri.
Sesekali saya rasa juga nak menangis dan terasa seperti
usaha saya sia sia....
Putus asa.
Saya acap tertanya tanya...
Adakah doa saya sampai kepada Nya?
Bilakan Dia nak kabulkan doa saya tu?
Tak cukup lagi kah  cubaan2 buat saya ni?
Astaqfirrullah....Kenapalah saya ni....
Ampunkan saya Tuhan, saya hanya lah manusia biasa yg tidak sekuat mana pun.

Tuesday, March 12, 2013

Kenapa lantik saya?

Laaa....
Esuk saya kena hadirkan diri untuk TAKLIMAT PENGURUSAN PRAKTIKUM PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN.
Kira di lantik sebagai guru pembimbing bagi bakal pendidik lah ni.
Ni yg tak best ni.
Saya tak suka.
Kenapa pilih saya?
Kerja saya kat sekolah tu dah berlambak.
Not to forget that I have 30 periods of English classes per week.
Awak tak kesiankan saya ke?
Saya ni kan guru biasa biasa saja.
Harapkan pengalaman saja.
Orang lain lagi banyak pengalaman kannnnn.
Saya sebenarnya kesiankan guru pelatih tu aje.
Siapalah dia agaknya yer...?
Nasib tak baik dia lah dapat saya sebagai pembimbing
Saya ni dah la tak berapa mesra alam, garang pulak tu.
( Itu kata orang yg belum kenal saya secara rapat ),
Sometimes I tend to be a little bit fussy.
( My kids surely disagree..for them I am always fussy)
Kedekut kalau bab menilai atau pemarkahan.
Pulak tu never settle for 2nd best, perfectionist sokmo.
Saya awal2 lagi menolak sebab saya tau saya macam mana.
Tapi dah ini namanya arahan, kena terima juga lah.
Kesian budak tu nanti...So please bear with me k.
Who ever you are, I just hope that neither you nor I,
will need extra Panadols.

Monday, March 11, 2013

Rakyat di bawah jajahan takluk saya.

Mereka ni.
Hari hari dengar saya berleter.
Adakah mereka ni mangsa leter saya?
Kutip sampah kat bawah meja tu Alif, tak kutip kang ticer suap nak?
Betulkan baju tu Syed, pakaian kena kemas, ticer tak suka kamu berserabai, hilang handsom tau.
Danial, balik nanti suruh abah kamu bawak kamu ke tukang gunting kalau kamu tak nak ticer potong dgn gunting Ticer ni..
Wei, Syafiq dan Najmi, Kalau rasa nak boxing, tunggu ticer tukar baju, Ticer nak join jugak. Kita lawan satu sama satu nak?
Tu, depan pintu tu, Faizol duduk lah kat situ kalau kerja rumah tak siap.Tak yah duk atas kerusi, buat lusuh cat kerusi tu aje.
Arrisya dan Alia ni suka benar bercakap yer, kang Ticer tak bagi tutup mulut tu baru tahu camna lengguhnya mulut ternganga...Nak Ticer buat gitu?
Adoi Siti....Kamu kalau menulis, separuh eraser kamu habiskan, tulis sapu tulis sapu..kan dah comot buku tu.
Bak sini eraser tuh, Ticer campak kang..
Stand up when I'm talking to you Nadira, mind your manners.
 Tak leh, hari ni kamu tak leh ke tandas Aqma, hari2 tak der kerja lain..esuk Ticer nak bawak baldi kamu kencing dlm baldi k.
Ok boleh balik, ops cancel, masuk balik dalam kelas..Siapa yg angkat kerusi bunyi 'gedegang ' tadi tu? Tak mengaku semua balik lewat hari ni..Najian yer?

Pot pet pot pet...Memang saya mak nenek pun. Ticer Granny lah katakan.
Yer tau, saya lah salah seorang guru yg terkenal garang di sekolah saya.Tak apalah kalau saya tak dapat undi favorite dari mereka pun asal mereka tau nanti bahawa saya tak pernah benci mereka.
Kerana sayang lah saya nak mereka perfect atau hampir perfect.
Tadi bila loceng habis waktu belajar berbunyi, saya cakap kat mereka saya nak ambik gambar mereka ramai2 posing dlm kelas.
Saya dah set dlm kepala mesti ada yg tak nak, paling2 nak tapi tak senyum pun bila posing sebab mungkin mereka tak suka saya.
Rupanya, walau mereka takutkan saya, bila saya cakap 1...2....3..Smile....
Ni lah hasilnya....Mereka semua hadiahkan saya senyuman yg paling ikhlas.
Sah lah, saya tak dera mereka kan?

Sunday, March 10, 2013

Pengalaman adalah guru yg terbaik.

Nak cerita kepayahan saya dek kebodohan saya.
Saya ni tak pernah urus apa apa pun sendiri.
Semua boss urus.Dari dulu sampai sekarang.
Segala bil, segala urusan yg sewaktu dgn nya saya memang tak reti langsung.
Hari ni saya nak cuba buat sendiri.
Saya terima surat dari LHDN pasal bayaran yg masih tertunggak.
Kena pergi mengadap LHDN lah ni.
Bismillahirrahmanirrahimmmm...
Saya start enjin kereta dan terus ke Wisma Persekutuan.
Tingkat berapa yer? Takper tanya orang.
Nak parking punya lah payah.
Sabar, buktikan yg saya boleh buat.
Ok, dah tanya orang dah, dan dah dapat jawapan.
LHDN bukan kat Wisma Persekutuan.
Tapi kat the other side of the town.
Haah..Biar betul..Penat la saya macam ni...!
Nak tak nak, sementara masa masih ada ni saya drive ke sana pulak.
Sekali lagi parking sikit punya payah tapi at last dapat jugak.
Macam rusa masuk kampung saya tercegat tak tau nak tuju ke kaunter mana.
Tau lah saya ni cikgu, pandai tulis baca tapi bila masuk tempat yg saya tak biasa saya kelu.
Puas tilik dan survey, saya selesaikan jugak task saya tu.
Bangga.
Dapat jugak saya buat tanpa bantuan Boss.
Esuk2 nak cuba bayar bil api, air, Astro, Tenet dan bayar kad credit.
Bayar roadtax, cukai tanah.cukai pintu dan bayar instalment kereta.
Tang mana tempat bayaran tu nanti saya nak confirm dgn kawan2 dulu.
Tak boleh tanya Boss sebab tak nak nampak tak reti sangat.
(Ni orang panggil bodoh tak leh ajar)
Nak belajar uruskan saja, kos masih Boss sukarela tanggung beres
One thing for sure,
Segala ni mungkin mudah bagi yg dah biasa.
Payah bagi saya kerana selama ini saya memang bodoh bab2 ni.
Hari ni saya belajar melalui payah..
Tak per...Puas. Seronok. Pandai dah.
On the way back singgah kedai pastry beli chicken pie.
Tang beli makanan memang saya pakar.
No problem at all.

Saturday, March 9, 2013

macam tak percaya.

Satu ekor ayam kongsi 28 kanak2 miskin di sebuah rumah anak2 yatim.
Biar betul.
Memalukan sungguh.
Malu sebab kelmarin anak2 beli KFC berlebihan, puas paksa suruh habiskan.
Malu sebab dalam peti ais, lauk pauk yg berbaki berbekas bekas menanti untuk di buang kerana tamat tempoh..
Malu sebab roti dah ada pun saya keluar beli nasi lemak lagi untuk breakfast.
Malu sebab malam tadi singgah kopitiam makan2 sedangkan tak lapar pun.
Malu sebab di kala kita mencari 'antacid' kes perut meragam, terlebih makan,
ada yg belum tentu ada makanan untuk di makan nanti.
Kalau kat negara orang tu lain cerita,
ni kat negara kita yg tersohor mewah dan sejahtera.
Ada lagi ke kat Msia ni yang terabai macam tu sekali?
Tak kan tak siapa tau selama ni?
Tak kan tak siapa ambik peduli.
Setau saya rakyat Msia amat prihatin.
Mungkin terlepas pandang ni..
Hello, wakil rakyat mana?
AJK rumah kebajikan tu buat apa?
Tak kan tak ada tindakan sampai jadi macam tu.
Sedih lah, ingatkan kat negara kita tak der kes macam ni.

Friday, March 8, 2013

Uwekkkk....!

Rutin adalah sesuatu yang kita lakukan berulang ulang.
Kelmarin 
Semalam
Hari ni
Esuk
Lusa.
Tulat.
Sampai mati 
Sama...
Tak ada beza.
Itu itu jugak.
Loya.
Rutin sangat2 membosankan!


Thursday, March 7, 2013

Andainya wang gugur dari langit.

Kalau saya ada duit juta2.
Saya tak nak beli katil dari emas suasa,
Saya nak beli tidur yg nyenak..Boleh ke?

Saya tak nak beli makanan fit for the kings,
Saya nak beli selera dan kesihatan yang baik...Boleh ke?

Usahkan juta2, kalau di akhir bulan, poket kering kontang.
Tapi walau poket kering, tidur saya dah lena sakan.
Sekali sekala tak leh tidur tu kes penuaan, biasa lah.

Selera saya pun ok.
Kata orang membujur lalu melintang patah.
Semua jenis makanan halal saya makan.
Tolak batu, kayu dan plastik saja.
Time tak der duit, makan cara tak der duit.
Time awal bulan, tepuk poket tanya perut.

So why do I need to have those millions?
Perlu ke duit juta2 tu?
Perlu.
Siapa tak nak duit juta2 weiii.....

Wednesday, March 6, 2013

Jadual saya padat..awak macam mana?

Schedule saya padat tahun ini.
Ngalahkan diari menteri kot.
Macam macam hal.
Tu pun tak termasuk acara membeli belah dan jalan2 cari makan.
Acara nyopping ni tak leh masik list sebab selalunya tak di rancang.
Bergantung pada mata..Mata saya lah.
Bergantung pada poket, poket 'dia' lah..Opssss...!
.Macam2 agenda wajib dan sunat ada kat diari hidup saya tahun ni, yg bakal saya tempuhi.Agenda yg kita rancang lah, yg dalam perancangan Tuhan, Wallahualam.
Harap2 agenda tersembunyi dari Tuhan adalah agenda yg manis2 belaka.
Tapi kalau yg masuk bawah tajuk 'Pahit'  harus hadapi juga. Redha.
Harap2 begitu lah..
InsyaAllah.
Bila kita masih lagi boleh mengatur time table untuk hari2 esuk kita,
itu maksud nya kita masih berada on the right track.
Masih normal lah batu jemala patek ni.
Yang sekali sekala otak kucar kacir tu biasa, bukan tak biasa.
Semua orang pun macam tu.
Life is made up of sugar and spice...Tak gitu?
Kesimpulan nya,
saya amat2 bersyukur...
Syukur.
Kesihatan masih baik. Sakit tumit tu biasa laa
Syukur.
Orang2 yg kita sayangi masih ada bersama kita.Tak ada orang yg kita benci.
Sumpah, tak ada..
Yang benci kita? Thats not my problem, thats your problem.
Syukur.
Persekitaran masih seperti sediakala, aman dan tenretam.
Tak pernah pun pikul senapang ke tempat kerja..
Syukur.
Pintu rezeki masih terbuka biarpun tak seluas pintu rezeki orang lain.
Syukur.
Usia yg di pinjamkan masih berbaki di saat ini.
Alhamdullilah.
Alhamdullilah
Alhamdullilah.





Tuesday, March 5, 2013

Salah atau betul

Dah tak penting sama ada salah atau betul.
Kalau betul pun, bila hati sudah benci segalanya akan jadi kesalahan.
Begitu juga bila hati sudah suka,
Segala kesalahan tak menjadi kesalahan..semua nampak eluk jer.
Jadinya kita jadi lah diri kita sendiri.
Tak perlu cuba untuk sentiasa berkorban hanya untuk memenangi hati orang lain,berlagak betul untuk orang lain dan bersusah payah cuba untuk fit in.
Sebenarnya walau kita buat silap pun tak jadi masaalah bila kita di terima sebagai manusia yg punya kekurangan.
Asal kita tau di mana kita berada, di hati orang kah, atau di telapak kaki.
Semalam ada seorang hamba Allah yg mengadu duka
Tangisan dia masih lebat.
Kesimpulan yg saya dapat ialah,
Bila berada di persimpangan hati..
Cubalah untuk berada di hati orang yg menyayangi kita,
bukan nya orang yg tidak menghargai kasih sayang kita.
Lain perkataan kalau orang dah benci tu baik kita angat kaki dan blah...
Orang yg menyayangi kita akan selalu menerima kekurangan kita, memaafkan kita dan mensyukuri adanya kita,
tapi orang sudah menutup pintu hati nya untuk kita hanya akan membilang salah kita dan sentiasa mencari2 salah kita.
Cakap senang lah, kita tidak berada di tempat dia, tak merasa sekadar mendengar dan melihat..
Sebuah perhubungan yg dah bersimpul2 berlipat sirat dengan segala kenangan dan ikatan antara manusia ni bukan nya pokok yg boleh di cantas begitu saja.
Oleh kerana itu, walau sebenarnya saya kalau boleh nak cakap.."Tinggalkan saja dia tu...."
Tapi saya tak cakap begitu.
Jadi semalam, saya cakap kat kawan saya yg dalam dilema tu,
" Alah Sue, just take one step at a time. Sabar lah, akak doakan Tuhan bagi kekuatan buat Sue. Payah2 hidup dgn dia pun Sue, sekurang kurangnya keperluan asas Sue terjaga, anak2 terbela, ada bumbung melindungi kepala..."
Apa lagi yg boleh saya kata?




Monday, March 4, 2013

Menangis semau nya

Kelmarin ada kawan kat facebook bercerita pasal tempat yg paling sesuai untuk melepaskan perasaan kalau otak senak.
Tempat yg paling best untuk menangis
Lain perkataan kalau kita rasa sebak dan serabut minda.
Jangan kata awak tak pernah rasa you need to cry your heart out.
Tak per kalau awak tak pernah, saya pernah.
Well as for me,
I usually go to a quiet spot where I can b alone.
Saya akan ke pantai tengok ombak.
Menangis dan lontarkan apa saja yg terbuku ke dada laut.
Kalau tidak ke pantai bertemankan ombak, saya akan ke bilik air dan mandi.
Shower is the best way to cool you down.
Lagipun kalau menangis dalam bilik air orang tak perasan.
Keluar dgn mata merah pun orang ingat sabun masuk mata.
Berdiri lah di bawah shower dan menangis lah puas puas.
Ada kawan saya suka drive dan menangis kuat2 dalam kerela sorang2.
Ada sorang tu suka menangis di masjid.
Dia akan singgah di masjid, solat sunat dan banjir di tepi2 ruang masjid.
Yang sorang lagi ni pelik sikit,
Dia menangis sambil jogging.
selain turunkan lebihan berat badan dia juga kurangkan tekaaan/stress.
Macam2 kan?
Apa2 pun tempat g paling saya dambakan untuk menangis dan merintih adalah
di bahu dan di hati orang yg sudi mengambil tahu.
Bestnya bila ada tempat mengadu, ada insan yg memahami dan paling tidak ada yg mampu menenagkan kita hanya dengan sebaris ayat.."Don't cry, things will be better.."
Ya betul. mengadu lah pada Allah.
Saya tau tu...Dan memang pun selalu mengadu pada Allah cuma
ada kala nya saya perlu juga a shoulder to cry on.
Pelik ke saya ni?

Sunday, March 3, 2013

Captain purple pun tak sebanyak ni baju purple.

Peraturan di sekolah saya dah berzaman macam ni.
Hari Ahad, warna wajib adalah Ungu/Purple.
Nasib baik banyak baju warna ni,
boleh lah gilir2...
Tudung purple ada satu/dua saja.
Good excuse to buy a new tudung atPekan Munduk nanti.
A tudung or some tudungs?
Hentam saja lah.
Saya nak beli 2-3 yg warna purple.
Do you know that purple comes in different shades?
Thousands of purples.
Another good excuse to buy more than one.
What if terbeli tudung purple yg tak sama pulak dengan shades of purple di baju saya tu?
Beli baju purple lah barang sepasang dua...
Beli tudung, beli baju...Beli baju, beli tudung.
Bujaaaak, bijaaaak....!
Hehehe...Otak memang bijak.
Kena bijak.
Nak idup lah katakannn...

Saturday, March 2, 2013

Bila hati pecah bertaburan...

Ya saya bukan lah yang terbaik.
Yang hampir baik pun bukan.
Banyak kekurangan saya.
Sentiasa buat silap dan bodoh.
Bodoh.
Yes, thats the right word.
Stupid.
Saya mengulang kesilapan saya berulang ulang.
Tak reti reti.
Tapi kan,
saya pun ada hati, ada perasaan.
Saya hanya nak tumpang bernafas di  sini,
Bukan nak menjadi beban pun.
Seluas luas bumi Allah ini,Kadang kadang saya rasa tidak ada tempat buat saya.
Apakan daya, kerana nyawa masih ada,
Terpaksalah saya senyum juga,
walau hati menangis di dalam.

Friday, March 1, 2013

Ingat takkkkk?????

Semua orang ada hal.
Semua orang buzy.
Saya pantang kalau semua orang buzy
dan tak ada masa nak layan saya nih.
Awak tau,
Saya buat macam mana bila orang semua terlalu sibuk untuk saya?
Awak ingat tak???????
Haaa, Ni saya lah, bukan calang calang orang...
Orang yg kenal saya tau apa tindakan saya dulu dan akan terus bertindak macam tu jugak..
Johan 'Fear Faktor' ni khalis cuaca tau!
Berani awak nak keluar rumah dari pagi balik petang?
Berani awak ngadap laptop sampai ayam berkokok tanda nak pagi?
Berani awak melekat dgn Hset sampai cair, sampai garing telinga tu?
Berani awak berselimut dalam fail2 yg bertimbun dan kertas2 yg berbukit di meja?
Ingat tak apa saya buat dulu bila keadaan macam ni?
Ingat takkkkk????
Meh sini nak kasi tau sikit...
SAYA DUK DIAM2 TAK GANGGU KERJA AWAK PUN.
Tu aje lah yg mampu saya buat.
Dulu kini dan selamanya.
Huhuhuhuhuuu..Tak ubah macam ugutan Bom kat KLCC,
Acah jer lebih....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...