Sunday, September 7, 2014

Seorang pesara di tepi pintu


Hujan.
Melihat basah nya cermin tingkap,
Tempias di beranda
Kasut2 basah terbiar di tangga
Pohon2 bunga kesejukkan
Bibik tak jemur kain di ampaian.
Aircon bilik di matikan.
Saya masih duduk di pintu
Berkira kira nak buat apa hari ni
Melihat titis hujan sudah cukup membahagiakan
Selama ini masa dan tanggungjawap tidak membenarkan saya mengukur air hujan yg sebak dari longkang
Tidak pernah ada masa untuk menadah tangan dan membiarkan titis hujan menikam telapak tangan
Terlalu sibuk untuk memerhatikan senyuman Sang bunga di usap dingin hujan.
Aduhh..Ruginya saya.
Rupanya bila otak  bebas beban tugasan kerja itu,
Segalanya lebih indah..
Hujan
Teruslah menangis wahai langit yang sedih pilu
Aku nak habiskan kopi panas ini dan
Masuk semula ke dalam selimut...
Bahagia di pagi ini milik aku...
Dan buat yang masih bergegas ke tempat kerja,
Jgn biarkan hujan melembabkan semangat anda..
Kerjalah kamu dan biarkan saya tidur sekejap.
Bersibuk sibuk lah kamu tapi relakan saya rehat.
Jangan jelesss...

3 comments:

Thanks for the thought and for dropping by.
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan jejak.