Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, January 31, 2014

Jangan mintak nasi belauk pagi ni.

Tak suka roti canai?
Penat saya buat tau!
Kacang dal tu lama kena masak supaya hancur.
Sambal udang kering tu pun kena blend ladakering, pihar jari2 gemuk saya ni.
Roti tu laaaaagi la,
Uli dari malam tadi..
Tak per, kalau awak tak suka ke, diet ke atau dah kenyang ke,
Saya tak kisah.
Janji rakyat jelata republik ni suka.
Wei, jangan ngada2 nak makan benda lain pulak,
No nasi dagang, no nasi lemak!
No no no nooooooo....!
Kuasa veto. Makan ni.

Thursday, January 30, 2014

?

Tengok orang lain bebas masaalah,
rasa jeles.
Riang gembira.
Ceria
Sedapnya jadi mereka..
Namun
Apa daya ku,
Sejarah hidup bertintakan air mata.
Sentiasa diuji
Dugaan demi dugaan
Hinggap tanpa jemu.
Sehinggakan adakalanya,
Aku ingin saja bungkus sisa nyawa
Dan pulangkan ke Sang Pencipta,
Biar di sini saja segalanya bernoktah
Tamat sebuah cerita duka selamanya
Full stop. The end. Period.

Wednesday, January 29, 2014

rasa macam budak kecik

Di waktu ini, jam ini, saat ini...
Teringat sangat kat seseorang yg amat saya sayangi.
Seseorang yg menyayangi saya dan menerima saya seadanya.
Satu2 nya lelaki yg sentiasa melindungi saya sehinggalah dia menghembuskan nafas yg terakhir.
Ayah.
Tiba2 hati menjadi teramat rindu untuk disayangi oleh ayah.
Rasa nak ngadu hal, rasa nak berteduh di rimbun kasih dia.
Mungkin kerana saya amat tertekan maka saya teringatkan dia yg sentiasa paksa saya berdiri selepas rebah.
Mungkin juga kerana saya terkalu kesepian maka saya terbayang kemewahan kasih sayang dia.
Ayah,
Saya rindu ayah,

pendosa mcm saya,..

Awak tau tak macam mana rasanya ada anak yg terlantar sakit dan semua ikhtiar sudah tidak mampu menyembuhkan dia?
Awak tau tak macam mana rasa nya melihat anak menderita kesakitan sedangkan kita tidak mampu berkongsi sakit itu?
Awak tau tak macam mana luluh nya hati ibu bila harapan untuk melihat anak kembali seperti sedia kala terhakis?
Awak tau tak macam mana rasanya rindu yg teramat dan sedia maklum rindu ini tidak ada penawarnya?
Awak tau tak macam mana sakitnya dimamah rasa kecewa?
Awak tau tak sekali sekala, seorang ibu biasa seperti saya (bukan ibu mithali ) menjadi sangat sensitif dan mudah sungguh terasa.?
Awak tak tau.
Sebab itu lah awak buat ulasan macam tu,
Sebab tu lah awak sampai hati menganggap saya begitu,
Riak,
Riak tidak semestinya kerana kaya harta.
Tapi ada orang yg merasakan dia lebih mulia di sisi Tuhan dan dia lebih pakar menghadapi stress,
Dia lebih redha menanggung ujian dari Allah, dia lebih sabar...
Dia orang yg mendapat berkat dan sentiasa terhindar dari susah payah.
Saya seorang pendosa maka padan muka saya lah kalau Tuhan pun tidak hiraukan doa dan minta dari saya,
Saya hanya senyum mendengar kata2 dia walau kata2 dia menjadi peluru yg menembak kesabaran saya,
Saya diam,
Saya hilang kata kata.
Saya hanya mampu berdoa supaya dia sentiasa bahagia.
Bertuah nya nasib dia.
Malang nya saya.

Monday, January 27, 2014

ada ke patut nak label orang ikut sedap mulut...

Saya sokong siapa, saya punya suka
Awak nak sokong siapa pun awak punya suka jugak.
So stop judging people according to their political views.
Saya x minat untuk aktif dan tak pernah terlibat dgn mana2 parti.
Kawan2 saya ada yg aktif parti ini, ada yg aktif parti itu.
As long as they are true friends, saya menghargai ikatan persahabatan itu,
Perbezaan fahaman politik tidak akan memutuskan persaudaraan.
Maaf kalau awak rasa saya berfikiran sempit, tapi itu lh saya.
Jadinya,
Kalau lah awak tengok ada kereta kepunyaan Si Polan yg menyokong parti dot dot dot di depan rumah saya, jangan cepat buat andaian.
Begitu juga bila Si polan dari parti lain dtg menziarahi anak saya sakit,
Jangan cepat buat spekulasi...
Kita yg bawah2 ni tau nak jadi batu api saja sedangkan
kelmarin,
YB dari kedua dua parti kebetulan singgah.
Eluk jer mereka sembang.
Tak kecoh pun.
Profesional.
Niat mereka hanya nak ziarah sedara/anak kenalan yg sakit.
Saya menerima kedatangan mereka dgn tangan terbuka.
Hak saya untuk menerima siapa pun sebagai  tetamu saya.

Awak duk diam diam.

Ajar salah tak ajar pun salah

Pilih
Nak jadi cikgu yg popular, disayangi kerana baik hati,
Tak pernah marah kalau tak buat kerja sekolah,
Suka hati kau orang nak dtg sekolah atau tidak,
Murid pakai macam mana pun tak pernah tegur,
Murid berkasar ke, kurang adab ke, jangan kata apa apa.
Senyum sokmo....
Atau
Nak jadi cikgu yg garang.
Pantang murid tak siapkan lerja,
Pantang murid tak bawa buku,
Taunya mesti kena denda murid macam tu.
Jangan harap nak bergusti dlm kelas dgn kawan,
Rotan lah jawap nya.
Nak bising, teriak ketawa ikut sedap rasa,
Kalau cikgu tu dgr, mesti kena warning.
Tambah2 murid perempuan, cukup nyampah dgn cikgu ni.
Segala hal cikgu ni nak jaga, mcm mak nenek bebel nya
Pilih lah, nak jadi cikgu yg macam mana,

"Cikgu, cikgu ajarlah anak saya macam cikgu ajar anak cikgu. Saya tengok anak cikgu berjaya semua nya..."
Owh, tolong laaa....
Mana boleh saya buat macam tu.
Kalau saya ajar  anak murid gaya saya ajar anak saya,
Teruk saya kena saman nanti..
Tanya dulu anak2 saya macam mana saya ajar mereka.
Sanggup?
Ajar anak orang dalam dunia sekarang kena hati hati..
Ramai yg 'terlebih sayang' anak sekarang ni.
Takut lah saya.
Patutkah saya pilih untuk ajar gitu gitu saja?
Berhati hati di jalan raya.
Gaji dapat juga...
Tak gitu?

Sunday, January 26, 2014

sejuk

Sejuk lagi ke?
Sejuk la jugak.
Alhamdullilah, syukur.
Nyaman sungguh udara.
Waktu musim kemarau, kat sini pernah mencecah hampir 40 c.
Dah seminggu duk 20c ni amat selesa
Malam turun lgi suhu, sejuk tapi ok jer.
Kat tempat awak macam mana?

Mata buat hal

Nak buat apa?
Makan sudah
Tgok tv sudah
Solat sudah
Baca Yasin sudah
Semak status facebook sudah.
Termenung sudah
Cuba tidur sudah.
Bilang biri2 pun dah lebih sekandang,
Mata tak mau lelap...
Hendak gugur, gugur lah nangka,
Jgn menimpa si dahan pauh...
Hendak tidur, tidur lah mata,
Jangan mengenang orang yg jauh.
Tak kenang punnnn..
Orang dekat dah tak cukup sel otak saya ni untuk d fikir2,
tak kuasa nak bazir masa duk fkir pasal orang jauh.
Tapi mlm2 buta macam ni,
Bila the only moving object in the house is me,
Rasa sangat sepi...so alone n lonely.
Rasa takut pun ada...
Eiiiii......
Seram wehhhh......
Otak penakut saya dah mula nak menguasai perasaan.
Please la mata, please laaaaaa.........
.
...........Buat Maggi pun best gak sejuk2 ni....

Saturday, January 25, 2014

arnab dan kura kura

Sehari suntuk duk main dgn arnab.
Seorang kawan bagi saya sepasang arnab.
Cantik.
Kura2? Kura2 belum ada, kita cerita pasal arnab dulu.
Saya lepaskan arnab2 tu di dalam taman mini saya supaya mereka makan rumput.
Tak pernah2 bela arnab, ni pertama kali cuba.
Nanti cucu2 saya mesti suka.
Yang lawak nya arnab saya tu,
Baru berpindah tangan tak sampai separuh hari,
dah beranak...
Rezeki saya gamak nya.
Kalut jugalah cari pasu untuk buat tempat dia besarkan anak,
Tengok arnab melompat lompat dlm taman, hati rasa tenang,
Penat duk layan arnab, minda terisi maka kurang sikit proses ulang tayang duka yg melanda.
Nak bagi nama apa utk arnab2 ni.?
Jap nak fikir....
Ada cadangan?

Boleh ke?

Saya piih untuk lupakan segala kenangan pahit manis perjalanan hidup saya.
Yg manis pun dah jadi tidak lagi bergula untuk di kenang.
Yg pahit tu almaklum lah memang sepahit jadam atau lebih pahit lagi.
Biarlah saya mulakan catatan kenangan baru dari helaan nafas yg terkini.
Yang semalam tu biar ghaib terus dari minda dan jangan ada sekuman pun
yang melekat di dinding hati
Boleh ke?
Mampu ke buat macam tu?
Sebenar nya yg sering buat saya menangis bukan lah kerana takut untuk melangkah ke depan,
tapi
bila saya terkenang sejarah silam, hati tidak pernah gagal untuk pecah bertaburan
Luluh.
Hancur
Pedih
Tak sanggup dah saya duk ulang luka.
Maka biarkan saya cuba lupa.
Boleh ke lupa ni?
Boleh ke?

Friday, January 24, 2014

sakit sikit saja

Orang fisio cakap pergelangan tangan saya yg sakit ni payah nak sembuh,
Torn ligament agaknya,
Perlu rehatkan penggunaan jari2 dan perlu dapatkn khidmat fisio.
Sebenarnya bila tangan kiri saya ada syndrom carpal tunnel,
Saya lebih bergantung kpd tangan kanan utk buat kerja,
Saya paksa tangan kanan saya buat kerja yg berganda,
Gagahkan juga walau x daya.
Last2 ibu jari rasa ngilu sgt dah,
Kalau nak bangkit dari sujud, tak boleh tekan telapak tangan, amat sakit.
Nak timang cucu langsung tak boleh,
Urat di pergelangan tangan dan sewaktu dgn nya rasa mcm tersentap,
Sakit2 pun, kerja wajib tak boleh KIV,
Paksa buat selagi mampu tahan sakit,
Tu yg payah nk pulih ligament yg koyak tu.
Urut tidak membantu, tambah sakit ada
Tuam dgn ais dah cuba
Rendam dln air suam pun dah cuba,
Painnkiller?
Dah bercupak.
Ni, tulis dan cerita kat sini pun bukan boleh menyembuhkan ,
Tapi sebab rasa nak ngadu sangat,
Nak ngadu sakit kat org takut orang jemu dgr komplen sakit manjang.
Lagipun  orang lain lagi kronik sakit nya,
Setakat sakit mcm ni,
Tak masuk list penerima bantuan kemanusiaan lah
Heheheee......nasib baik ada 2 saja tangan ku ini.
Kalau ada 3 atau 4,
Laaaaaaaaagi byk ngada ngada nya,
Sekali sekala rasa juga nak ngadu kannnnnn
Tu aja sebenarnya.

Thursday, January 23, 2014

lapar

Balik dari sekolah terkam buka saji.
Lapar yg melampau.
Macam lah bawah saji tu ada apa2 untuk di makan pun.
Harap2 ada, kalau tidak tak kan bibik letak saji di situ.
Ada.
Nasib baik ada, kalau tak ada rasa nak pengsan dah lapar sangat.
Ada gulai daging.
Ada roti.
Bibik cakap ada orang hantar.
Macam tau tau.
Tengah lapar begini, setengah paket roti itu biasa.
Makan tak pandang belakang dah...
Sedap gulai daging tu.
TQ kak Yah.
Lepas makan roti cicah gulai,
Makan kitkat, habis 3, 4 baris.
Ada biskut Karkor/Ikea, kunyah lagi
Tangki belum penuh, masih nak makan
Bukak peti ais, scan segala container kut2 ada yg kena dgn selera.
Eh, apasal saya ni...
Macam seminggu kelaparan.
Sebenarnya tadi hati sedikit terluka dgn kata2 seorang yg saya anggap kawan.
Bila hati terasa, saya pendam saja...
Rupanya mulut saya yg cuba untuk terus senyum ini telah membuatkan perut saya memberontak.
Tu pasal lah jadi lapar.
Nak makan orang yg buat saya terasa hati pun tak boleh,
Haram makan orang.
Kalau tidak, dah saya telan dia hidup2......

simpati.

Sekarang ni saya rasa macam tak nak tengok berita kat TV
Berita yg dihidangkan hanya menambahkan sesak dalam dada.
Malam tadi cerita pasal budak usia dua tahun dibunuh.
Sebaya cucu saya tu.
Saya teringat sampai termimpi mimpi..
Murahnya harga nyawa sekarang ni.
Manusia ke hapa yg bunuh budak tu.
Binatang buas sekali pun hanya memburu ketika lapar.
Bukan nya macam manusia.
Manusia memburu setiap masa, pantang ada peluang.
Ibu anjing sayangkan anak, jaga anak..
Ni ibu bapa budak tu di percayai terlibat sama dlm kes bunuh tu
Mak bapa jenis apa tak tau lah....
Malam nnti saya tak nak tgok dah berita,
Tak pasal2 rosak mood saya.
Wahai anak cucu ku,
Kamu bertuah kerana kasih sayang memayungi hidup kamu.
Kita miskin harta tak apa lah,
Tapi syukur kerana ikatan keluarga kita dirahmati Allah.
Insyaa Allah, kita tak apa apa

Wednesday, January 22, 2014

Dah 5 series....

Dulu, arwah ayah pernah cari specs dia merata tempat sedangkan specs tu ada di pakai pun.
Kami gelak lah, tapi ayah kata" wait n see, one day you all will be in my shoes."
Nenek pun macam tu jugak, kalau nak panggil nama saya, habis nama adik beradik saya yg lain dipanggil juga...memang lawak habis.
Itulah tanda2 penuaan sebenarnya.
Kedut dan uban boleh saja di sembunyikan dgn rawatan itu ini.
Usia boleh di sorok.
Tapi tua datang juga.
Sekarang saya dah ada tanda2 tua.
Memang tau dan menerima tua dgn lapang dada.
Acap kali saya bersua dgn orang yg saya kenal, tapi lupa nama.
Kadang2 bila di perkenalkan baru kenal, ingat2 lupa.
Walau anak2 saudara masih saya ingat dgn jelas siapa nama apa,
Sekali sekala silap juga.
Cucu sedara memang nak sebut nama semua sah tak ingat.
Anak murid pun saya ingat setengah2 nama saja.
YAng paling top dan yg paling byk menduga kesabaran lh yg selalu di ingat.
Pelupa atau nyanyuk?
Dah padan dgn usia.
Biarlh tua itu sejajar dgn penampilan dan gaya.
Jgn badan tua tapi hati muda.
Kena ingat,
tua tua ni siapa kah yg sentiasa tak lupa menyeru nama kita.?
Siapa lagi, tanah kubur lh.
Mari.....Mari......Mari........

KES TUA LAH SAYA TAK PASAL2 BAWA BENDA NI DLM HBAG DAN SIAP BAWA KE SEKOLAH LAGI.

Tuesday, January 21, 2014

Nak tutup telinga

Sayang sekali saya sudah terlalu jemu,
Sudah terlalu bosan dgn ungkapan...
" Pelangi hanya muncul selepas hujan"
Mana?
Tak ada pun,
Sudah sentiasa hujan, ribut, petir, banjir, tsunami..
Mana pelangi?
Kalau ada pun,
Pelangi senja yg tak kekal,
Nak sedapkan hati boleh lah tipu diri sendiri dgn ungkapan tu,
Tapi jgn harapkan sgt pelangi,
Tau tau pelangi tak muncul2,
Lepas hujan banjir yg menghanyutkan segala nya.
Dah,
Stop saying that!
Menyampah.

Geram

Geram tahap gaban.
Saya kalau geram.....
Berasap kepala hotak.
Bersusun ayat berani mati dlm kepala.
Tunggu masa nak tembak dgn kata2
Badan rasa berpeluh sejuk dan panas.
Jari rasa nak cakar jer muka punca.
Nak bagi penumbuk,..Dush!
Nak telan hidup hidup.
Geram...Gerammmmmmmmmmm......!
Saya kalau geram kat seseorang,
Saya tak takut dah kat punca geram saya tu,
tapi saya takut kat diri sendiri.
Saya takut saya tak dapat kawal amarah,
takut iblis menguasai hati dan minda.
Mana tau satu hari saya betul2 tunjuk peel saya,
Tak mampu control ayu.
Ribut tsunami pun tak sedasyat tu kot.
Tapi hari ni walau saya geram ketip2 bibir,
Depan orang saya boleh pura2 cool..
Wak saberrrrrr.....!
Tapi jangan sangka saya tak apa apa.
Saya terbakar ni.
Kalau tak kerana saya ni orang yg sabar dan baik hati,
(Ayat masuk bakul angkat sendiri mesti selit jugak)
Awak dah jadi arwah dahhhhh...
Atau pun,
saya yg jadi arwah!
Haiyaaa....Nang bo ti nang, tui bo ti tui..
Itu kata P Ramlee.

Sunday, January 19, 2014

Betol2 ni, bukan cobaannnnn...

Saya nak berkebun.
Nak bermesra dgn tanah.
Satu republik terkejut bila saya keluarkan kenyataan tu.
Tu belum lagi saya cakap saya nak berlakon.
(Ke ada yg dah pengsan ni?.)
Jangan risau, mati hidup balik pun saya tak akan jadi artis.
Angan2 saya bila pindah rumah baru nanti,
Saya nak pulihkan landscape rumah tu yg sekarang ni dilanggar Garuda.
Banyak lh angan2 saya ni.
Saya nak cuba sibukkan diri dgn aktiviti baru.
Nak cuba mula hidup baru dgn semangat baru.
Boleh ke tidak tak tau lh.
Cuba.
Dah tua baru nak mula, entah larat ke tidak angkut pasu
Tak larat mintak bibik bantu, boleh aje.
 ulat bulu dan siput mungkin akan merosakkan tanaman saya.
tapi tidak semangat saya..
Saya tak risau,
Penasihat saya ramai.
Kawan2 saya akan bagi moral support.
Mereka akan ajar saya.
Cuma ahli mesyuarat tingkap ni,
Siang2 dah cakap.
"Hani, awak tu tak cair ke kena matahari?"
"Mummy tu nak cari sakit urat sendi free tu....."
"Tak ada cutting laa nak jadi Gardener."
"Nak berkebun jgn nyusahkan saya dah!"
Elehhhh......Wait n see wahai orang kampung.
See the leg laaaa..
Hani lah ni, samseng kg Dusun pun tabik tau!
Ok, esuk nak gi intai2 kebun orang, import idea.
Lalalalalaaaa...........

Teka teki pasal cucuk tanam.
Soalan: Tanam apa cepat dpt hasil?
Jawapan: Tanam orang.
(Sudah jer tanam, dapat upah gali kubur)

Saturday, January 18, 2014

demi perut

Nak masak ke nak beli yg dah siap masak?
Mana lebih sedap?
Lebih menguntungkan?
Lebih memuaskan?
Kadang2 saya rasa masak lagi best.
Ikut selera keluarga saya.
Lebih murah kos dan
Sekali masak boleh makan ulang2
Lebih bersih itu semestinya,
Makanan tak cepat basi,
Lebih sedap dari yg beli.
Tapi kadang2
Rasa lebih baik beli.
Tak membazir, satu sorang cukup.
Tak penat bersilat di dapur.
Kos kadang tu tak byk beza,
Kecuali kalau nak sediakan kuantiti yg besar.
Cepat pulak tu, jimat masa.
Cuma perlu pilih yg yakin bersih,
Yakin halal, yakin sedap.
Kalau saya bersaorangan,
Saya pilih untuk beli ready made saja.
Kalau untuk di makan ramai2,
baik masak....
Kalau tersangat ramai perlu di jamu,
baik beli jugak, tempah gitu.
Keluarga saya yg menjadikan makanan sebagai reward ni, tak de kerja lain,
Makan makan makannnn.....
Beli pun beli jugak,
masak pun masak jugak.
Bukan makan untuk hidup saja,
Makan untuk nikmati kehidupan,
meraikan kepulangan, kejayaan, kesyukuran..
Saya makan untuk ubati stress, makan for the wrong reasons.
Tak kesahhhhh.....
Janji ada sajian atas meja di dapur saya,
rakyat jelata bahagia...
Chef penat tak per.
Terubat penat lelah bila ada yg kata
"Sedap lah........"
Hehehehee...sekali sekala makan puji juga.

Thursday, January 16, 2014

Maaf, saya tak mampu maafkan awak.

Dendam.
Akan pulih kah jika berbalas?
Tak juga...
Sakit hati tetap serupa.
Dendam hanya terubat bila kita memaafkan.
Tau tapi senang kah untuk memaafkan?
Lebih susah ialah nak melupakan.
Dendam adalah
Api dalam sekam.
Membara terbakar dari dalam.
Bila berdendam,
Kita hanya nak lihat dia tersungkur sebagaimana dia pernah buat kita rebah.
Kita nak dia rasa setiap pedih luka yg pernah dia hidangkan buat kita,
Kita nak sukat air mata dia biar sama paras dgn tangisan kita
Zalim ke kalau itu yg kita nak?
Zalim pun zalim lah tapi itu realiti dendam.
Dendam lahir dari rasa tidak adil.
Untuk adil, perlu bayaran setimpal.
Biar sama rasa sedap ke tidak pecahnya hati.
Dendam makin membara bila kita lihat dia tak apa apa.
Dia tidak sedikitpun terjejas walau pun kita hampir musnah
Dia lupa tapi kita sentiasa ingat.
Hati hati....
Tunggu masa dan ketika....
Kita tengok saja nanti

Di saat ini pun saya masih lagi berdoa semoga Tuhan lembutkan hati saya dan saya boleh menjinakkan dendam sehingga saya tak perlu buat perkara2 yg saya tidak mau buat ...




Wednesday, January 15, 2014

malu sungguh!

Malu bila ingat balik insident ni.
Nak trgelak pun ada.
Malu dan masa tu rasa bodoh sangat.
Tapi,
Tadi kawan saya cerita pengalaman dia hampir serupa.
Rupanya bukan saya sorang pernah memalukan diri sendiri begitu.
Nak tau?
Ni kisah nya
Saya keluar dari shopping mall bimbit barang kiri kanan
.Kaki cepat jer ke kereta, letak barang atas bonet dulu.
Jari seluk hbeg cari kunci.
Masaalahnya bila dah jumpa kunci, tak boleh pulak nak bukak pintu kereta,
Semacam kunci tu tak betul.
Kenapa pulak ni, cari pasal sungguh kunci ni.
Cermin kereta tinted tapi saya tiba2 perasan ada orang duduk di seat pemandu,
Haah! Sapa ni? Orang jahat? Nak curi kereta?
Bukaaaaaaaannnnnnnn......!
Tu lah pemandu kereta tu.
Entah laki siapa yg sedang tunggu isteri shopping kot.
Alamak, sah saya silap kereta lah ni,
Menggong tul lh saya nih.
Menggong menggong menggongggggg
Rasa merah muka jam tu jugak,
Maka cepat2 saya angkut barang saya dari atas bonet kereta tu.
Berlalu tanpa kata.
Malu tebal melekat di muka.
Malunya akuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....!
Tapi tak se malu kawan saya lagi.
Masa dia ceritakan pengalaman malu nya tadi,
Saya ketawa nak pecah perut.
Kawan saya ni keluar dari bank menuju ke kereta .
Masa masuk bank tadi, suami dia tunggu dlm kereta di depan bank.
Kawan saya tgok ada lekuk di sisi kereta seperti kesan tergesel.
Kebetulan lengan baju ropol2, dia cuba hapuskan kesan gesel tu guna lengan baju lah.
Kesat, tak hilang jugak.
Kesat lagi.
Tak kuasa nk kesat dia bukak pintu kereta sambil bebel..
"Awak pergi sondol punggung kete siapa pulak tadi...?"
Maka terpingga pingga lah si pemandu.
PONNN....bunyi hon.
Kereta belakamg yg kebetulan serupa cepat2 hon.
Mana tak hon, isteri naik kereta orang lain.
Dah la kesat kereta org dgn percuma.
Siap nak mula sessi membebel kat laki org lagi.
Aduuuh, tu pasal saya ketawa besar bila dgr cerita kawan saya ni,
Sekurang kurang nya, malu saya secubit jer,
Malu dia sebaldi!


Tuesday, January 14, 2014

Sama tapi tak serupa

Lain daerah, lain pesen nasi dagang nya.
Kalau pun nasi tak byk beza, gulai nya tak serupa.ini lauk nasi dagang stail keluarga saya.
Gulai ikan aya/tongkol kena merah dan pedas2 manis gitu,
Kena berminyak.
Gulai ayam pula guna serbuk ketumbar.
Udang gulai kuning dgn serai.
Sambal kelapa semua bahan mayang sahaja
Acar nenas dan carrot, kadang2 kubis,
Telor rebus.
Sama tak dgn nasi dagang yg awak pernah makan?
Nasi dagang mak mertua saya lain sikit.
Dia tak buat acar.
Gulai ayam pun gulai kunyit lengkuas/gulai darat.
Gulai ikan nya pun kuning gitu jugak.
Nasi dagang mak mertua saya lebih berderai.
Lebih lemak.
Sedap.
Ada nasi dagang warna putih,
Saya suka yg begitu.
Tapi resipi keluarga saya guna beras perang.
Anak2 saya semua suka makan nasi dagang,
Dah asal org kelantan, sah lah suka.
Awak suka tak?
Awak tau buat tak?
Nak belajar dgn saya pun boleh, anytime!

Monday, January 13, 2014

semua orang sayang anak

"Cikgu, anak saya tak nak dtg sekolah sbb takutkan cikgu."
Laaa.....Habis, tak kan awak biarkan saja anak tu kat rumah?
Tak boleh ke awak pujuk?
Kalau tak makan pujuk, paksa!
Cuba lah faham,
Ada ke cikgu marah tanpa sebab?
Ke awak lebih suka saya biarkan saja dia tak buat kerja sekolah.
Ke kalau dia main dlm kelas nak saya buat tak nampak?
Ke kalau saya latih tubi dia membaca tu menjadi kesalahan.
Kalau awak makbapak nak anak awak jadi pandai,
Saya cikgu dia, tak ada yg lebih memberikan kepuasan bila dapat bantu murid dari tak tahu kepada tahu.
Tapi kalau awak sayang sangat dgn dia,
Tegur tak boleh,
Marah tak boleh,
Tak reti lah saya...
Yang heran nya seramai ramai murid saya, anak awak saja yg tak dtg hari ni...
Aduhhh..cam ni saja lah.
Kalau dah awak tak suka dgn cara saya,
Awak ajar sendiri kat rumah lah
Saya ikhlas ajar murid saya walau saya tau
kalau saya ajar cincai2 pun saya dapat gaji jugak,
Frust laa.....
Sangat2 kesiankan anak murid yg parents over protective ni..
Frankly speaking as a teacher for more than 30 years,
I know what I am doing.
Kalau jumpa xstudents, ayat biasa saya dgr ialah
"Terima kasih kerana ticer garang dulu..."
Well, the truth is,
Saya x kisah kalau parents n students hate me for being 'bengkeng' 'garang''strict'
Bencilah saya,
Tak apa.
Saya puas bila lihat kejayaan bekas murid saya.



Esuk baru rajin

Malas.
Pemalas.
Rajin itu bila terpaksa saja.
Liat nak gerak gerak.
Urat dawai berat.
Kerja tertangguh.
Masa tak beharga.
Kelmarin kosong,
hari ni masih kosong,
esuk tetap kosong.
Kerja bertimbun.
Tunggu rajin halau malas.
Bila rajin rampas takhta,
Baru malas jadi hamba sahaya.
Malas.
Aku tak nak berkwan dgn mu,
Nyah lah kau dari sini,
Benci.
Bila malas memeluk ku,
Susah aku nak buat N3,
Haiyaaaa...
Malas kah yg mengetuk ngetuk pintu hati ku ini?
Dah dtg dahhhhh........
Bermakna aku sekali lagi menjunjung taat setia
pada Sang Malas yg bermaharaja lela.


Sunday, January 12, 2014

langit x selalu cerah

Hujan.
Apa yg penting waktu2 hujan begini?
Payung?
Salah.
Selimut?
Salah.
Kopi panas dan biskut cap ping pong?
Salah jugak.
Waktu tangisan langit lebat dan suara angin seakan menyeru sepi,
yang di perlukan hanyalah seorang teman
Untuk kongsi sejuk.
Untuk borak2 cerita pasal beku nya hati
Untuk sama2 menelan sedu sedan.
Untuk sama2 ketawa walau empangan tangisan hampir pecah.
Ada kah teman yg sebegitu?
Hanya orang yg bertuah saja yg mampu ada.
Saya nak juga ada teman macam tu,
Tapi saya orang yg tak bernasib sebaik itu.
Maka di waktu hujan saya hanya ada,
payung, selimut dan kopi panas.
Biskut tawar cap ping pong pun tak ada...
Huhuhuhuuu...........!

Saturday, January 11, 2014

Dah pagi ke?

Hahahaa.....
Apa yg saya tulis mlm tadi tu?
Entah hapa hapa jer lah!
Bila dah tido dan bangkit sebelum subuh lagi,
Lain pulak rasa nya.
Itu pasal lh jangan buat n3 waktu otak tak betul.
Astaqfirullah,....
Semoga Tuhan beri saya kekuatan untuk tenang dan redha.
Nasib baik la saya dah warning jgn baca n3 tu.
Kalau tidak, memang ramai yg akan kutuk saya,
Tapi kalau di kutuk pun saya tak apa apa.
Dah imune
Selamat Pagi semua.
Selamat meneruskan kehidupan.
Biarkan saya memujuk hati sendiri dahulu,
Jinakkan minda yg berkecamuk.
Bila sudah terlalu tidak upaya untuk cuba senyum,
Biarkan saya menangis..
Alhamdullilah, saya masih mampu menangis.
Yang saya takuti ialah.....
Bila mata sudah kering
Minda merekah.
Kekuatan saya menggelupas,
Diri rebah.




Friday, January 10, 2014

Tok sah baca

Full stop.
Bukan koma lagi.
Kehidupan saya sudah bernoktah.
Semuanya sudah tidak ada erti.
Tidak mengapalah jika tidak ada yg pedulikan saya,
Saya tak apa apa.
Kalau dulu saya anggap hidup perlu ada nikmatnya,
Perlu hati munga munga,
Perlu disayangi dan menyayangi
Mencari bahagia seakan tidak mampu bernafas kalau tidak begitu.
Dulu saya takut pada sepi
Tak sanggup kesunyian, bencikan kesepian.
Rupanya,
Segalanya tidak penting lagi
Begini saja pun tidak apa,
Tidak rasa iri pun melihat orang lain ketawa.
Dalam derita jiwa begini pun saya hidup juga
Sepi mcmana pun nafas belum berhenti,
Selagi nyawa ada, saya hela jua nafas itu.
Tak kisah lah kalau sampai mati pun begini,
Selamanya begini.
Cakaplah apa saja...
Yang menanggungnya saya,
saya rasa saya dah putus asa dgn hidup ini,
Tidak akan ada peluang untuk bahagia lagi
Segalanya sudah berhenti, tamat begitu saja
Kehidupan yg sia sia
Malas berharap lagi kerana berharap kan keajaiban adalah
seperti menipu diri sendiri.
Sudah lah!
Sekali sekala di waktu minda berselerak dan
Hati serabut..
Jika diberi pilihan hidup atau mati,
Saya rasa baik saya pilih untuk mati.
Apa?
Tak suka apa yg saya tulis?
Tok sah baca,
Saya sekadar nak legakan dada yg sesak.
Luahkan dan lepas ni masuk selimut,
menangis sampai bengkak mata.
Tak apa, saya tak perlukan sesiapa
Bersaorangan pun saya tak apa apa
Tak apa apa
Sumpah tak apa apa

I

Thursday, January 9, 2014

mula dahhhhhhh.

Dah mula dahhhh...
Malam jer bising.
Memekak .
Ingatkan malam semalam dah siap,
Rupanya sambung lagi malam ni.
Wei wei wei...
Saya perlu tido ni!
Tolong diam boleh tak?
Siapa lah boss mereka ni?
Geram nya..
Rasa nak panggil polis,
Tapi apa polis boleh buat..
Bomba?
Ish, merepek lah.
Dik,
Bak sini no hset boss kamu tu.
Akak nak call..
Nak mintak kerja kosong.
Dari duk sini dgr kamu memekak pasang mesin gerudi mlm2 buta gini,
Baik akak join kamu buat kerja.
Dapat juga gaji.
Lagipun akak bukan boleh lelap pun kalau kamu terus duk gerudi apa benda tah kat tepi pagar akak tu.
Dari duk sakit hati for free baik akak tolong gerudi sekali.
Aduhla mak oiiii.....
Please laaaaa.....
Dah la gerudi tu....
Dah laaa..
Stop laaa....
Samseng kampung dusun pun naik pekak kalau macam ni..

musnah mimpi malam ni

Kreeennnnggggg....
Kroonngggg...
Sepanjang malam irama enjin ni menemani tidor saya.
Memang x leh tido pun.
Bukan bising mana tapi sound pitch tu cukup untuk menyucuk gegendang telinga,
Bunyi apa lah ni,.
Saya siasat, satu satu saya offkan suis aircond.
Mana tau kot aircond buat hal,
Tak solve the problem jugak.
Pasang telinga dan cari punca.
Siap kejutkan org lain utk sama2 nikmati irama enjin tu.
(Heran nya org lain eluk jer tido, tak terganggu pun)
Last2 saya keluar rumah, intai2,..
Laaaa,....padanla
Ada buruh sedang sedut isi longkang besar depan rumah rupanya.
Tak ada masa lain ke?
Siang x leh buat ke?
Tak ngantuk ke kerja mslam?
Awak kerja malam, siang boleh tidor..
Saya berjaga mlm, siang kena kerja.
Cian laaa kat saya ni,
Harap2 malam ni saja awak ganggu mimpi saya yer.
Kalau malam esuk awak buat lagi,
Jaga!
Saya lah yg jaga.
Jadi 'JAGA' terkebil kebil malam2 buta.

Wednesday, January 8, 2014

Awalnya aku hari ni

Masih kosong
Tanpa guru
Tapi penuh sarat dengan tugasan
Pengajaran dan pembelajaran bermula sebaik ada yg menjejakkan kaki di sini.
Aku terawal dtg harI ni sedangkan guru lain masih dlm perjalanan.
Bila suiz lampu ku petik,
Jelas kelihatan beban kerja yg menunggu.
Beban yg menyeronokkan.
Amat suka berada di sini.
Ini bukan sekadar bilik.
Di sini ketawa ku pecah berderai.
Di sini tangisan ku pernah tumpah.
Di sini aku berkongsi hati
Separuh usia ku di sini,
Bilik ini ragam manusia dipamerkan secara percuma,
Keikhlasan persahabatan sekali sekala tercalar,
tapi acap kali luka itu sembuh kembali dan
ikatan persahabatan bertambah akrab.
Banyak sekali berita semasa berlegar,
Gossip semalam panas melekat di dinding,
Cermin muka tersenyum cuba bersekongkol dgn bedak.
Faham sangat kehendak wajah yg sekejap2 baiki tudung,
Sekejap2 tampal bedak..
Penampilan tetap perlu dijaga,
Tengoklh timbunan tanggungjawap melimpahi meja
Kertas bercetak menggigit kaki
Di sini suara riuh adakala bising mengalahkan kelas.
Kadang2 senyap seperti ada kematian.
Disini aku lebih banyak berkongsi ilmu guru dan
ilmu untuk terus hidup sebagai manusia.

Bilik guru usang ini tetap menjadi bilik yg
menyimpan segala macam kenangan.
Esuk,
Bila aku sudah tidak lagi hadir di sini,
bilik ini akan aku rindui...

Mata

Specs baru.
Mata tetap mata lama.
Ku berharap,
Pandangan lebih jelas
Better vision.
Specs baru atau lama serupa saja.
Mata tetap terbayang setiap luka lama.
Kenangan lama masih jelas bermain di mata.
Kalau lh ada specs yg boleh
membataskan segala kenangan itu alangkh baiknya.

Monday, January 6, 2014

Tah apa pasal...

Type, tekan backspace...
Type lagi..
Sudah satu ayat delete lagi
Type lagi..
Tak kena jugak.
Bukan itu yg nak di typekan.
Pejam mata...Tidor.
Bangun tengok blog...
Tak kuasa nak teruskan N3 kali ni.
Otak tersumbat.
Hati berat.
Jiwa kacau.
Esuk jer lah buat N3
Hari ni nak pejam mata dan bayangkan,
alangkah bagusnya kalau di waktu buntu macam ni,
ada hati yang boleh ku sandarkan resah.
ada yang ambil peduli
ada yang mengerti..
Tapi tak apalah,
sudah selalu pun bersendiri merawat hati.
Terpaksa belajar kesat tangisan sendiri.
Selamanya begini....

Sedikit pasal Ja.

Ramai duk tanya kenapa tak cerita pasal Ja.
Tak de benda nak cerita.
Tahun baru cerita lama, cerita serupa.

Ja okey jer.
Masih lagi 'Ja the sleeping beauty '
Getting better? No.
Makin pulih? Tak jugak.
 Bertahan.
At least dia tak de sakit kat mana2
Kira tenang lah.
Macam biasa, Syafiqah nurse peribadi Ja masih setia menemani Ja.
Mummy dah start ke sekolah hari hari,
Separuh hari Ja duk dgn Syafiqah.
Iffah yg tunggu result SPM ada bersama.
Anis pun ada kat rumah
Bibik ada juga
Petang2 Imaad dan Iyaad datang...
Ramai temankan Ja ni..
U r not alone Ja.
Kalau weekend lagi ramai.
Imaad, Iyaad dan both nannies datang awal sikit
Wan datang dari pagi sbb tak kerja
Petang Mama n abah Wan pun datang juga.
Not to forget nenek Ja, aunties and cousins.
Teman rapat dan sedara lain pun acap singgah
Wahh...Ramai lah pakat2 temankan Ja ni.
Ja, you have to wake up and thank these people.
these are the ones that love you the most.
Mereka ni duk doakan ja tak putus putus.
Harapan nak tgok ja pulih tetap ada walau hampir mustahil dah.
Sewaktu mummy terasa hampir nak putus asa,
mereka ni lah yg jadi penawar.
Ja, mummy tahu dan faham keadaan Ja sekarang.
Mummy is happy as it is,
tak apa lah kalau Ja stay this way, kalau dah itu ketentuan buat Ja.
We all will go thru time like this together.
Tuhan masih mahu menduga kesabaran kami ni.
Kami pasrah...

Sunday, January 5, 2014

Semua tak boleh

Nak makan maggi katanya tak boleh, bahaya, botak nanti.
Nak minum air bergas, tak boleh juga, extra sugar.
Nak makan Fast food, tinggi kandongan lemak/kolestral
Nak minum kopi bancuh sendiri pun caffien tetap ada.
Nak makan kepak ayam, lebihan steroid boleh menjalar ke badan kita
Nak minum sirap, pewarna boleh menyebabkan barah kata setngah orang.
Nak makan roti pun kena baca dulu kandongan, takut2 ada bahan tak halal.
Nak minum di starbucks lagi lah dia orang duk cop kata haram.
Aiskrim ni tak boleh, coklat tu tak boleh,segala benda tak boleh
Minuman pun kena stick to air kosong saja.
Aduhhh...awak tau tak,
kalau dah semua benda tak boleh makan,
kurus lah saya.
KURUS?
Mana nak kurus, beribu jenis makanan lain boleh di makan pun.
Memang perangai macam ni, kalau yg dilarang tu laaaaagi lah nak.
Apa punya peel lah!

Batu jemala patek jem ni tuanku

Wahhh...!
2 hari x jengok blog.
Busy dan buat2 busy
Buzy jadi supir.
Buzy jadi misi
Buzy jadi cikgu
Buzy jadi manusia,
Jadi kucing pun buzy juga, buzy cara kucing.
Jadi batu sungai baru tak buzy.
Diam, bungkam, kaku, bisu.
Agak2 Sitanggang tu pun,
Kalau dia tau susahnya jadi manusia,
Dia sukarela mintak jadi batu.
Saya pun permah jadi batu.
Batu loncatan bagi org lain.
Tak nak jadi batu api
Tak baik gitu
Saya nak juga jadi batu tapi bukan batu kes derhaka pada orang tua
Nak jadi batu sungai.
Diam kaku beku.

Friday, January 3, 2014

Terima kasih kerana rosak tepat pada masanya,

Perfect timing.
Masuk jer bonus,
Handset karam dalam washing machine.
Cam tau tau.
Sekali sekala dapat duit luar musim ni,
Nak juga peram lama lama,
Mana lah tau kot duit tu beranak pinak.
Tapi ikut kebiasaan nya,
Duit saya ni baka mandol.
Beranak nya tidak,
Makin sikit yer,
Mungkin tua2 baru nak menabung tak baik untuk kesihatan,
Kalau nak beli tu tak boleh, ni tak boleh,
Kembung perut saya nanti.
Kembung yg tak boleh di legakan dgn telan antacid.
Maka saya pilih untuk ikut seruan kerajaan.
Jadi rakyat yg menjana ekonomi negara.
Pandai guna duit sempena tahun melawat msia.
Jom, kita shopping sakan.
Ikut suka aku lah,
Duit ini aku yg punya, bukan Ahmad Albab yg punya!
Wakakakakakahhhh...!

Saya tak setuju dengan dia.

Orang kata kalau banyak duit pun mati sorang2 juga..
Tapi tidak ke kalau tak ada duit mati sorang2 jugak?
Ada duit pun mati, tak ada duit pun mati..
Baik mati berduit, tak gitu?
Bukan materialistik.
Realiti.
Kehidupan sekarang banyak yg boleh di beli dengan duit.
Ada orang kata apa guna ada duit kalau dah sakit terlantar macam anak saya tu.
Astaqfirullah....
Masa sakit macam ni lah kita perlukan duit tau tak?
betul lah duit tak boleh beli kesihatan, tak boleh jadikan dia kembali pulih,
tapi duit boleh bagi dia khidmat kesihatan yg terbaik.
Boleh bayar untuk kos rawatan yang terbaik,
Boleh sediakan kemudahan dan keselesaan yg terbaik buat dia juga.
Tak ada benda free sekarang.
Percayalah, musim sekarang budi pun harus di bayar juga
kasih sayang pun perlukan duit..
Drama Bollywood boleh lah tonjolkan kelebihan budi berbanding dgn duit.
Tapi realiti nya tak begitu..
Sokong tak kalau saya kata kalau kita berduit lagi ramai orang yg nak berbudi?
Betul kan?
Pembantu rumah saya yg kerja dengan saya dulu (Pembantu harian) pernah berkata.
"Kalau orang kaya kahwinkan anak, hadiah penuh rumah, mahal2 lak tu..yg hulur sampul duit pulak bukan sepuluh ringgit, beratus ringgit dlm sampul tu, kalau saya kawinkan anak nanti, tak siapa nak bagi sebanyak tu.Kami yg miskin ni orang pun tak nak berbudi dengan kami."
Saya ingat kata kata dia tu.
Betul tu.
Sekarang bila anak saya sakit macam ni, saya terfikir jugak.
Kami telah sediakan kemudahan yg termampu buat kami.
Kami cuba bagi dia keselesaan dan enviroment yg terbaik.
Betul lah duit tidak boleh menyembuhkan,
tapi kalau tidak ada duit, macam mana lah keadaan dia sekarang...
Jadi nya wahai orang2 yg kata duit banyak pun tak guna bila sakit tu,
baik fikir 2 kali.
Kuasa duit ni hebat.
Sangat hebat.
Segala berbayar.
Kuasa
Cinta.
Kedudukan.
Nak kencing berak pun berbayar.
tapi kalau awak rasa duit tak penting gini saja lah,
bak sini duit awak tu...

Thursday, January 2, 2014

Sedang duk cover line ke tu?

Teruskan lah berpura pura menjadi baik, berlagak baik selagi boleh.
Aku hanya mampu memerhatikan kamu dari jauh.
Bersyukurlah,
Kawan2 mu tidak tau,
Keluarga mu percayakan kamu..
Orang kampung hormati kamu
Tapi jangan lupa,
Aku tau.
dan aku sedang memerhatikan gerak geri mu
Pandai lah kau merancang strategi.
setitik jahat mu pun tidak dapat mereka hidu.
Kau seperti helang yg menakluki angkasa..
Terbang mencari mangsa ..
Terus lah ketawa menggegarkan dunia.
Ternyata usia bukan batas penghalang.
Sehingga,
Satu masa nanti Tuhan tidak lagi menutup aib mu.
Maka di waktu itu,
Tidak ada ruang sembunyi buat mu.
Cela menjadi pakaian mu
Di waktu itu baru kau tahu langit tinggi ke rendah.
Saat tu nanti aku hanya nak cakap...
"Rasa kannnnnnnnnnnnnnnnnnn.....!"

Selamat tahun baru dan jangan risau, rahsia mu kukuh di simpanan ku cuma aku kalau boleh nak kau hentikan kegiatan lama mu itu, sudah2 lah...Kubur dah kata mari tu wei.....!


Tahun terakhir


Kerja bertimbun di riba,
tapi mata buat tak nampak.
mata lagi suka pandang TV walau yg kelihatan hanya lakonan.
Banyak mana kerja sekali pun bila hati tenang, tak rasa payah.
Biasalah kerja di awal tahun persekolahan,
segala benda nak di siapkan segera.
Ni tahun terakhir saya di alam persekolahan.
Lama betul, dari usia 5 tahun hingga 54 tahun.
Tak penat2 panjat tangga sekolah.
Tak jemu2 pikul beg sekolah.
Sekarang pun upaya lagi panjat tangga,
tapi keadaan tidak mengizinkan.
Maka lebih baik saya menarik diri lebih dahulu.
memanglah berat hati nak lepaskan jawatan dan
suasana yg saya dah terbiasa ni tapi,
dari kita tak dapat pikul amanah sebaik mungkin,
dari kita duk sibuk pasal anak yg sakit dan
tak dapat tumpukan pada pengajaran dan pembelajaran ,
baik cepat cepat undur sebelum orang bising.
Saya tak mau menyusahkan pentadbir dan kawan2.
Biarlah saya saja yang susah.
Heran jugak tengok orang lain yg sanggup terus kerja,
sedangkan qualiti kerja amat buruk.
Tahu tak mampu kerja tapi tak nak berhenti kerja.
Untuk apa teruskan menerima amanah kalau
 kita tau kita dah tak dapat tunaikan dgn sebaik mungkin?
Saya tak boleh sekadar kerja cincai2, tak suka begitu.
Untuk apa terima gaji bagi sesuatu yg kita tau tak padan dgn yg kita mampu berikan
Memang lah akan berkurangan lah pendapatan isi rumah saya.
Tak apa, dah setakat ini saja lah rezeki saya.
Pandai pandai lah saya hidup seadanya nanti.
Pandai pandai lah saya tadah telapak tangan kat penaja.
Aduhh...kena training buat muka welfare nih.
Maka bermula hari ni kena mula sedar diri.
pesan pada diri sendiri ni,
"Hani, sokong saja apa kerajaan buat,
jangan jadi pembangkang..
Kuat sgt bangkang, kena potong elaun baru padan muka."
Bukan kerajaan malaysia,
Kerajaan di bawah bumbung saya lahhh....


.



Wednesday, January 1, 2014

Cepat la siap...

Ada sesuatu yg mencuri tumpuan saya akhir akhir ni.
Otak duk hala ke arah tu saja.
Siang teringat ingat
malam termimpi mimpi
Angau?
Ish, bukan lah..
Saya duk sibuk pasal renovation rumah saya tu.
Walau saya tak gaul simen atau pasang tiles,
sibuk saya ngalahkan sibuk nya tukang.
tak sah kalau tak menyibuk.
Sibuk komplen, sibuk mengarah...
Bab interview kontraktor serah pada saya.
Bukan interview dah, lebih kepada soal siasat.
(Sebab ni lah 'Tuan Rumah' tak berapa galakkan saya campur tangan kot)
'Tuan rumah' pun tak sesibuk 'menyibuk' macam saya.
Tuan rumah ikut jer apa cakap konrktor.
tu pasal lah yg renovate sedepa jadi 10 depa.
kalau saya jengok kawasan, mula lah kedengaran sound effect.
Silap hari bulan esuk2, kontraktor pakai plug telinga sambil kerja
atau
kalau di beri peluang, sah sah mereka tutup mulut saya dgn simen.
Padan muka saya
Dulu saya langsung tak ambik pot.
Hati jiwa dan perasaan hanya berlegar di empat penjuru bilik sakit ni.
Tak minat pun nak dengar pasal renovation nih.
Tapi sekarang saya dah mula meninjau ke luar.jendela resah saya
Rupanya matahari masih suam di luar sana.
Life goes on.
Sebenarnya beban fikiran sedikit berkurangan bila saya sibukkan diri.
Bila melawat kawasan rumah yg di renovate tu macam2 idea keluar.
Nak hias macam ni, nak tanam ni, nak tempah ni, nak itu nak ini.
Seronok pilih cat, pilih konsep dan paling seronok bila cadangan kita dapat green light.
Tak sabar nak tengok rumah ni siap di renovate.
Tak sabar nak pindah.
Tak sabar nak mulakan sejarah baru di tempat baru
Tak sabar nak tinggalkan sejarah lama penuh luka di tempat lama.
Biarlah walau rumah saya hanya lah pondok kecil jika di bandingkan dengan istana orang,
saya tak kesah...
Bagi saya pondok itu nanti akan menjadi mahligai di hati saya.
Ja, nanti ja dapat bilik baru dan mummy dah sediakan yg terbaik buat Ja di sana nanti.
Ja, we both need some fresh air.
Inna Maal Usri Yusra..
.



Kami

Tak ada yg baru.
Serupa
Sama
Masih begitu
Selamanya kah?
Tak tau.
Yang beza hanya lah
pertambahan usia.
Makin uzur.
Makin banyak tak larat nya.
Normal lah tu.

Berharap
ada perubahan positif,
ada progress,
ada sinar bahagia
buat kami.
buat saya
buat dia...
Ja, kita dah masuk tahun 2014.
Banyak mimpi Ja yg tercicir.
Mimpi mummy pun terburai di 2013
Tak apa lah,
Tuhan tahu dan Tuhan dah ada perancangan buat kita.
Wait n see..
Sabar.
Sabar sikit saja lagi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...