Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, April 24, 2015

S. M. Salim (Ibrahim Bachik / S M Salim)

Tak Seindah Wajah
( Lakunan Hidup... )

Kusangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Kusangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir

Kukira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Kukira puji seikhlas budi
Kulupa lidah tidak bertulang

Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban

( 1 )
Inikah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda

Sunday, April 19, 2015

Ssumbakkk

Ayat2 yang tidak ada dalam kamus hidup saya hari ni.
Kelmarin mungkin pernah ada dan esuk mungkin ada semula.
Tak tau. Hanya Tuhan yg tau.

Hari ini lebih baik dari semalam
Selepas hujan ada pelangi
Susah dulu senang kemudian

Ayat di atas ni dah tak boleh pakai dah...
Kena ganti dgn ayat macam ni.

Semoga esuk tidak lebih buruk, syukur hari ni macam ni.
Selepas hujan buat apa ada pelangi, cantik sekejap jer, tipu aje tu..
Susah dahulu, senang ke tidak kemudian tu, hanya Tuhan yg menentukan nya

Entah hapa2 saja la ....

Wednesday, April 15, 2015

Serik

Setuju tak kalau saya kata....,
Orang yg busuk hati, jahat, penipu dan sekali tengok pun kita dah tau dia jahat, tak lah sejahat orang yang jahat tapi langsung tak nampak jahat, nampak baik jer, beriman, cakap pun lembut gigi dari lidah, pandai ambik hati, prihatin, ala2 makluk sempurna gitu.Orang jahat yg menyembunyikan kejahatan nya di sebalik raut wajah dan sikap yg terpuji ni lah yg paling jahat. Tak terzahir sikit pun kejahatan dia kecuali bagi yg pernah terkena, tertipu, terpedaya...
Setuju tak ni?
Pernah jumpa tak orang macam ni?
Saya pernah.

Thursday, April 9, 2015

Ombak masih tak tau...

Setelah selesai tugas menghantar suami dan anqk ke sekolah saya singgah di sini.
Di Pantai Cahaya Bulan.
Tak ada orang, sunyi sepi,
Yang kedengaran hanya bunyi ombak.
Bayu pagi mendamaikan
Saya perlu menangis hari ni.
Perlu lepaskan resah yg menyumbat kerongkong di sini.
Saya matikan enjin kereta, kaki melangkah ke batu2 besar sepanjang pantai.
Saya duduk mengadap laut.
Sebaik saja tgok ombak yg bergulung, tiris lah mata...
Menangis sungguh sungguh.
Teriak kuat kuat.
Bergetar segenap urat dan salur darah
Kebas rasa pipi ...
Menangis lagi dan lagi...


Ombak tidak tahu duka ku
Tidak perlu tahu
Cukuplah pasir diam dan hadam setiap raung tangis seorang aku,
Duhai laut yg luas...
Kiranya duka ini boleh terlucut semudah aku terjun kedasar mu,
Nescaya dah lama aku terjun.
Kiranya arus boleh menghayutkan setiap kecewa,
Dah lama aku kongsi kecewa dipelukan mu
Kau bawalah rasa hati ini duhai ombak...
Ambik lah
Bawa la
Kikis la


Mentari mula menjilat pipi
Saya harus beredar, kembali mengadap realiti
Perlahan lahan saya hidupkn enjin kereta
Selamat tinggal duka
Diam lh di sini..
Saya teruskan perjalanan
Dan
Resah yg saya bawa ke sini mengekori saya dari belakang.

Wednesday, April 8, 2015

Cuba mengucap...

Otak kalah pada hati.
Cakap pun dah jadi mcm orang bodoh
Fikiran bercelaru.
Ada ke patut...
Terlintas dalam batu jemala patek,
Termakan pujukan iblis.
Caya tak, saya boleh terfikir untuk berhenti berbuat baik?
Sungguh! Nak berhenti dah berbuat kebaikan..
Buat baik pun apa yang saya dapat?
Buat baik supaya dibalas baik,
Buat kebajikan supaya kebajikan kita terjaga
Buat hapa, x der pekdah nya...
Orang jahat pun hidup lebih berkat.
Orang tak baik pun tak merasa susah sebagaimana yg saya rasa...
Jahat benar kah saya selama ni sehingga dihukum begini?
Banyak benar kah dosa saya sehinggakan penuh bahu saya memikul ujian demi ujian.
Mati itu menakutkan
Tapi hidup pun menakutkan.
Mungkin awak da berkira kira nak bagi tazkirah kat saya.
Terima kasih jer laaaa...
Saya dah penuh telinga dan sendat otak.
Tq anyway.
Kalau rasa nak kutuk saya, wat per baca from the begining?
Sebenarnya saya nak kikis semua ni dari hati saya
Biar melekat di blog ini kerana minda saya perlu bebas dari anasir2 negatif begini...
Jgn risau, saya masih waras.
Waras ke?
Something is not right with my mind..



Monday, April 6, 2015

Terpandang ibu tua berkerusi roda dan ditolak oleh anaknya yg trsenyum manis...

Sepanjang hidup ini,
Sudah acap saya jaga orang sakit.
Keluarga terdekat.
Ayah saya 9 bulan terlantar di hospital.
Nafas terakhir dia di hospital juga.
Nenek saudara yg membesarkan saya pun lama duk hospital
Kami hanya bawa pulang jasad dia untuk di kebumikan.
Jaga anak2 sakit di hospital waktu mereka kecik
Jaga suami yg terlantar dan menjalani pembedahan jantung.
Sekarang pun masih urus suami yg uzur.
Urus anakanda yg sakit jugak.
Mak pun acap tak sihat.
Mak mertua ada kala uzur
Kakak sulung pun dah tak aktif mana, sakit lutut.
InsyaAllah,
Selagi saya sihat, saya boleh jaga mereka yg dekat di hati saya ni.
Tapi,
Bagaimana nanti bila saya yg sakit terlantar?
Siapa yg boleh urus saya?
Siapa yg akan bawa saya ke hospital?
Siapa akan tolak kerusi roda utk saya?
Siapa yg akan duduk di birai katil saya dan bacakan yassin untuk saya?
Siapa?
Saya tahu Tuhan dah ada perancangan nya yg tersembunyi
Yg terbaik
Tapi sekali sekala terlintas juga di fikiran saya,
Bagaimana saya nanti
Saya hanya berdoa agar tuhan matikan saya dgn mudah
Jangan sakit lama lama..
Jangan sampai menyusahkan siapa siapa
Jangan lh saya jadi beban orang lain.
Tak mau begitu.
Hari ni saya amat penat , cuba selesaikan masaalah orang lain,
Cuba untuk memudahkan segalanya.
Saya tidak ada bantuan kecuali bantuan dari Tuhan.
Tuhan beri kekuatan untuk saya.
Penat badan sikit sahaja kalau nak dibandingkan dgn penat minda.
Payah juga rupanya bila saya hanya ada diri sendiri utk memujuk hati.
Tak apa lah, dah ini bahagian saya.
Redha dlm terpaksa.

Saturday, April 4, 2015

Yang kaya, biasa2 jer...

'Somebody ' datang rumah saya.
Dia someone yg berjawatan tinggi
Berpangkat, bertittle...
Low profile sangat
Siap angkat pinggan ke sink selepas makan.
Berdiri di pintu dapur
Puji suburnya pokok kacang panjang saya.
Pakai selipar buruk saya
Turun tgok kawasan
Penuh mulut duk cerita
Rumah dia tak sempat dia urus sebagaimana saya urus rumah saya.
Pandai lah dia, sedapkan hati saya.
Sedangkan tandas rumah dia entah2 lebih luas dari dapur saya.
Orang gaji dua tiga urus kediaman setaraf istana.
Seperti padi yg tunduk bila berisi.
Beza sgt dgn yg sorang ni..
A nobody mcm saya jer
Tapi dia tin kosong yg merasakan dia penuh berisi biskut import
Mata memerhati setiap ruang setiap kali singgah.
You masih guna gadget ni, mine dah lama kasi orang.
Toilet you ada liquid soap tak, I tak suka sabun buku, kasar.
Ngada ngada tul lh minah ni.
Di UK, correle ni dah di jual di tepi jln sbb pattern lama.
I duk buat collection bla bla bla blaaaaa.....
Yer ke?
Yer ke?
Yer ke?
Tu aje saya boleh jawap
Menanah telinga.
Biarlah, saya tau dia byk kekurangan tapi cuba sembunyi di balik hebatnya mimpi
Bagi peluang utk dia lepaskan stress.
Tak sihat dia ni,
Tin kosong kebanyakan begini.
Cakap x kalah, meninggi diri
Macam la saya tak tau status ekonomi dia
Tak kaya berlagak kaya.


Thursday, April 2, 2015

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...