Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, December 31, 2016

Terberanak dah yg termengandung hari tu....

Tak pasal pasal jadi bidan hari ni.
Bidan terjun..tu istilah org tua2.
Bidan ni tak payah terjum cuma kena masuk bawah meja bantu kucing yg nak beranak.
Kucing yg termengandung hari tu lah.
Hari ni dah terberanak.
Tak sempat jadi bayi tahun baru.
Malam tadi dia sakit sakit.
Kesian.
Anak dia keluar tangan jer.
Songsang.
Tapi dgn bantuan saya..ulang suara SAYA.
Alhamdullilah dah selamat dah, 4 ekor semua nya.
Lega...
Ibu kucing mesti rasa lega dah..
Saya pun lega juga.
Lega dapat bantu membidankan kucing.
Maka sekarang dah sah la saya ni ada skill jadi bidan.
Nenek saya seorang bidan yg trsohor jugak .
Nurun nenek kot.
Bidan kucing pun kucing laaa.....

Friday, December 30, 2016

Manisssss.......

Lagu lama.
Mengimbau kenangan.
Bukan kerana lagu tu sedap ke hapa ke..
Kenangan yg dtg bersama lagu tu yang menjentik hati.
Terbayang saat itu, musim itu, orang itu...
Kalau boleh di putar kembali waktu,
Alangkah indah nya....
Kebanyakan lagu yang ada cerita disebaliknya adalah lagu2 tahun 70an
Zaman remaja, zaman muda belia.
Haishhh...tak perlu di ulang tayang cerita lama.
Tak pasal2 luka lama berdarah semula.
Kenangan tu memang manis tapi bila di ingat2 tak pasal2 mata basah.
Gatal tangan duk cari lagu2 lama di U tube.
Come across lagu ni...
Suka suka suka....
Sambil dgr saya ikut nyanyi ..
Sumbang pun tak per tak siapa dgr.
Kucing lari jauh2 dah.
Muntah.
Dah tua2 pun nak nyanyi lagi..
Sekali sekala kannnn...
"Manissss masa bercintaaaa...



Wednesday, December 28, 2016

Termengandung

Dia termengandung.
Ingat nak bermenantukan loyar, majisterik..
Pemain mujik pun x per.
Nni entah Kassim Selamat mana bapak budak dlm perut dia nih
Hentam jer la labu.
Dah sarat dah dia ni.
Berayun perut dia bila dia berjalan.
Kesian.
First timer nih. Sulung.
Dia byk tidor saja.
Dah tak keliling kampung dah.
Tak larat agaknya.
Nampak kencang nafas nya, tinggi rendah perut nya bila dia baring.
Entah kembar berapa lah tu.
Entah corak apa warna apa.
Jantan betina pun tak tau.
Harap dia ok saja nanti.
Mudah beranak tak perlu angkut ke klinik.
Dah nak sampai due date dia.
Doktor kata bulan 1, baby tahun baru.
Tapi tengok kat Si ibu macam dah tak larat sgt dah.
Bidan belum booking
Tukang urut, tukang bertungku lagi
Entah berpantang berapa hari nanti..
Hahahaha....
Caya?
Alah awakkkkkk
Kucing saya la yg nak beranak ni.
Si Tucim tu...
Kucing lain dah dimandulkan.
Dia ni memang rezeki dia nak dpt anak.
Saya bawa ke klinik lewat sedikit.
Tengok2 dah pregnant.
Tak sempat
Takper, Tuhan murahkan rezeki kami, kami bela je anak dia nanti.
Kucing adalah binatang kesayangan nabi.
Byk pahala bela kucing.
Org kata kucing berdoa supaya tuan nya di rahmati Allah setiap kali tuan nya bagi makan.
Yer ke?
Wahai kucing, doakan semoga tuan awak kurus sikit boleh?
Boleh laaa.....



Tuesday, December 27, 2016

Cucu in the house.

Defination of ' cucu in the house' is of course every neneks know well.
Happiness.
Lots of happiness.




Sunday, December 25, 2016

Ku hadiahkan doa ketenangan buat mu. Tenanglah.

Sepanjang hari Ja tidur.
Agaknya,
Ja tidak mau tau hari ni hari apa
Ja tak peduli.
Ulang tahun kelahiran ini tidak bermakna apa2.
Kehidupan Ja dah lama berakhir walau belum tamat.
Ja tak kisah, ja tidak perlukan sambutan apa apa.
Tidur la anak.
Kalau boleh mummy pun nak ikut tidor,
Tak nak bangun lagi.

Saturday, December 24, 2016

Ada tak orang yg tak ada group wassup? Tak ada.

Apa yang nak saya luah ni akan membuatkan ada orang marah.
Nanti adalah yang akan kata saya ni merapu. Meraban.
Ada lah yang rasa nak ketuk dahi saya.
Mungkin juga ada yang anggap saya bodoh.
Tak kira, tak kisah....
Saya nak luah juga sebab dah lama saya pendam.
Entah kenapa akhir akhir ni saya rasa nak menyendiri
Sebab nya?
Sebab makin saya cuba untuk berada dalam group.
Semakin saya rasa tersisih.
Bila saya cuba masuk kandang lembu tapi saya tak reti nak menguah
Kalau saya masuk kandang kambing pun saya tak mampu mengembek seperti kambing2 lain.
Tapi saya bukan nak join haiwan2 tu, buat hapa kannn.
Ni pasal group kawan2 lama dan baru.
Group wassup.
Sekarang ni kan musim semua orang ada group..
Saya pun ada join group wassup.
Group wassup adalah sekumpulan orang yg pernah hadir dalam sejarah kita.
Ada juga orang yg masih hadir dlm kehidupan hari ni.
Kira macam ahli mesyuarat tingkap gitu.
Saya cuba join group2 kawan2 lama dam kawan baru saya.
Makin lama makin saya rasa saya tak dapat kejar langkah mereka.
Saya tak dapat blend in dgn mereka.
Dah cuba tapi dah rasa semakin terkebelakang.
Seharusnya saya harus sedar diri.
Saya tak serupa mereka jadi macam mana saya nak join mereka.
Mereka orang yg bertuah, bahagia menapak di usia tua.
Poket mereka penuh, masa mereka sentiasa terluang.
The sky is the limit bagi mereka.
Sedangkan saya?
Saya terikat kaki tangan dgn tugas dan tanggung jawap yg tak berkesudahan.
Jam saya berputar lebih laju dari mereka.
Cerita duka saya hanya merosakkan mood ceria mereka.
Amat tidak pantas untuk saya terus cuba menari di lantai yg sama dengan mereka.
Lantai saya berjongkang jongket, lantai mereka dari baldu biru.
Semakin saya cuba semakin bertambah rasa rendah diri saya.
Tu pasal lah.
Kerana malu pada diri sendiri lah maka acap kali terlintas di kepala,
kenapa saya masih teruskan hubungan2 yg sebegitu..
Perlukah saya ada di situ?
Layak kah saya ?
Tak malu kah saya?
Kadang kadang bila terasa diri seperti lalat yg hinggap tanpa diundang, terbang tanpa di suruh, saya hampir2 saja tekan butang ' left group'.
Tapi sentiasa tak mampu buat begitu kerana saya sayangkan mereka.
Kalau pun mereka tak perlukan saya,
Saya masih perlukan sokongan moral mereka.
Maka makcik2 yg di hormati sekelian, dengar sini...
Saya bukan tak nak berkawan, kawan tetap kawan.
Cuma sekali sekala otak bodoh ni stress.
Mulalah fikir macam2, bukan2...
Anggap lah saya ni bayu yg menyentuh pipi.
Terasa ada tapi tak nampak di mata...
Tetap ada sentiasa.



Friday, December 23, 2016

Tak berkaitan dgn orang lain.

Berdiri depan cermin.
Apa yang saya lihat?
Seorang wanita yang gempal
Sudah menipis rambut nya
Rambut kehitaman makin byk yg bertukar putih.
Garis usia makin jelas di sekitar mata.
Dahi pun tidak selicin dulu
Wajah ini lukisan usia. Usia tua.
Aku kah itu, yang memerhatikan diri sendiri.
Dengan melihat wajah,
adakah dapat di teka apa yang bermain didalam kepala?
Pandangan mata yg lesu penanda aras himpunan duka
Bibir masih mampu buat buat senyum
Tapi senyum yang hilang perasa.
Kadang kadang wajah ini mengambarkan hati.
Kadang kadang wajah ini menipu diri sendiri.
Mata ini pernah menangis semau nya.
Pernah kekeringan air mata
Pipi ini pernah menadah tangisan
Masih terasa rasa pedih nya kecewa.
Bibir ini sudah penat cuba untuk mengambil hati
Sudah letih berusaha untuk disenangi
Sepatutnya aku mula diam bisu.
Biarkan saja dunia menghukum ku
Jatuhkan la hukuman apa saja
Aku tidak apa apa walau dinista manusia.
Allah ada. Sentiasa ada.
Aku masih berdiri di depan cermin.
Menilik realiti usia.
Cermin tidak pernah menipu.
Itu lah aku..
Kalau pun aku beli cermin lain, cermin baru..
Aku tetap nampak lama, usang bersawang.
Aku cuba hadiahkan senyum pada Sang Cermin.
Cuba jaga tahap manis senyum jangan sampai terlebih.
Dgn lirikan mata yg manja di buat buat..
Gagal. Tak cantik cantik juga kalau dah tua.
Dah tau akan gagal tapi seronok gak mencuba.
Mengusik cermin sebelum bayangan perempuan hodoh di dalam cermin itu
Menjerut leher ku..
Haduhhhh dah tua2 ni tak payah tgok cermin lah,
Senyum pun supo tiok,
Lesek lecu pun tak koho muda doh,
Janggok pun wak perabih ko bedok.
Sekian dulu buat hari ni.
Ulasan selari khas untuk diri sendiri.
By the way,
Apa benda saya mengarut merapu ni?
Apa kes?
Pengaruh musim hujan kot.



Thursday, December 22, 2016

Dia nak ke jadi banduan?

Rumah saya tepi penjara.
Pagi pagi jam 8.30 bunyi siren
Tanda banduan di bawa keluar dari penjara.
Mereka akan dibawa ke mahkamah.
Kadang2 penuh satu trak.
Kadang2 tak ramai.
Kadang2 saya terserempak dgn trak tu di simpang jalan.
Mereka berlalu di depan saya.
Saya perhatikan mereka.
Apa saja salah mereka itu saya tak tau.
Saya tak kata mereka jahat.
Biar mahkamah saja menentukan tahap jahat mereka.
Tapi entah kenapa, bila saya pandang mereka yg duduk di dalam trak berjeriji.
Hati rasa belas.
Manusia memang tidak sempurna.
Ramai yang lebih jahat di luar penjara tapi bernasib baik tak tertangkap saja.
Mereka yg dalam trak tu ada cerita tersendiri..
Entah kenapa mereka pilih jalan yang salah, hanya mereka yang tau.
Desakan hidup kah
Kesempitan hidup kah
Dendam kah
Putus asa kah....
Apa pun alasan mereka, tidak akan menghalalkan cara.
Biarlah mereka dgn dosa yg mereka cipta.
Pernah tak awak rasa ingin tau?
Siapa lah ibu yg melahirkan mereka?
Mereka bukan jahat dari bayi.
Dari rahim ibu mereka, lahirlah bayi yg suci bersih.
Tanpa dosa...
Bilakah mulanya dosa bergayut di badan?
Siapakah yg menjadikan langkah mereka songsang?
Salah ibu mengandung kah?
Didikan agama kurang kah?
Pengaruh persekitaran kah?
Berbagai persoalan berlegar di minda.
Siapa nak tolong jawap ni?
Kalau lah di beri peluang bertanya pada mereka,
Saya nak tanya satu saja.....
Sayang mak tak?
Ingat tak susah payah mak kandungkan kamu dan lahirkan kamu?
Ingat tak budi mak besarkan kamu?
Kesian mak kamu....
Sedih mak kamu...
Hukuman setimpal kesalahan kamu akan kamu hadapi.
Cukup masa kamu bebas juga nanti
Tapi luka di hati mak kamu tak akan dapat kamu ubati.
Mee moooo meeeee moooooo...
Ops terkejut saya lah.
Rupanya kat belakang kereta saya ada sebuah trak berjeriji lagi
Ada lagi banduan didalam nya.
Saya ketepikan kereta.
Laju trak berjeriji overtake kereta saya.
Penuh dosa yg dah dikenal pasti berhimpun di dalam nya.
Sedap ngata orang, kita bebas dosa kah?

Teringat kata2 yg pernah saya baca.

Betul kan?


Tuesday, December 20, 2016

Tanda tanya

Macam mana nak tau kita ada penyakit?
Bukan semua penyakit ada petanda awal
Bila usia dah berganjak ke 5 series mula rasa risau.
Risau kerana usia begini ramai dah yg ada berbagai jenis penyakit.
Darah tinggi
Kencing manis
Masaalah jantung
Cancer
Dan macam2 lagi lah.
Mereka yg dah tau tu takper, dah dlm proses berubat.
Appointment dgn doktor pakar dan segala macam ubat dah di telan.
Masaalah nya kalau kita tak tau kita ada penyakit, nak buat macam mana?
Makan membujur lalu melintang patah.
Tak ada pantang langsung.
Body makin mengembang.
Kadang kadang bila tengah kunyah coklat terfikir juga, kalau la aku ni pengidap kencing manis...
Coklat bukan lagi sedap di mulut tapi dah jadi semacam racun.
Takooootttt.....
Mintak pada Tuhan, jauhi lah segala penyakit dari bertandang.
Saya ni urus ahli keluarga yg sakit
Kalau saya pulak sakit memang problem besar.
Saya bukan takut utk sakit tapi orang2 yg sakit di bwh jagaan saya tu siapa nak urus?
Itu sebenar nya.
Itu yg selalu bermain dlm batu jemala patek ni.
Tu pasal risau ni...

Fainnamaal usriyusra...

Luruh segala penat lelah.
Berbaloi setiap susah.
Allah melihat 
Allah mendengar
Allah tahu.
Dalam susah ada senang
Dalam susah ada senang.

Sunday, December 18, 2016

Berpindah randah walau tidak banjir pun.

Letih.
Penat.
Nak kata penat macam nak mati pun saya belum tau nak mati penat macam mana.
Membaikpulih taman yg terbiar amat memenatkan.
Perlu pembantu.
Bantu angkut pasu dan tanah.
Bantu tanam semula
Bantu buang apa yg patut di buang.
Bantu habiskan air sarsi satu jug.
Mujur Anis bantu walau pun setelah di panggil berkali kali kali kali...
Dia datang jugak dengan langkah yg terpaksa.
Tak kira.
Paksa rela pun kena kerja jugak.
Tambah meletihkan bila nak keluarkan kandang Makcik Arnab dari Sangkar burung.
Terpaksa keluarkan.
Ada orang beritau, burung x suka kongsi sangkar dgn arnab.
Memang tak patut saya paksa mereka berkongsi.
Zalim tul!
Jadi, terkial kial lah mak nenek ni punggah harta benda Si arnab tu.
Letak dalam taman. Duk la kamu kat situ.
Botak la segala pokok2 dlm taman saya tu nanti.
Masaalah nih.
Nanti mesti hubby komplen, apasal letak kat situ.
Ada la tu nanti mulut2 yg bagi komplen free of charge.
Jagaaaaa.....siapa komplen, saya angkut kandang arnab tu letak dalam bilik kamu.
Hambekkkkk.
Saya penat nih,
cakap baik2 sikit..
Berhati hati di jalan raya kalau tak nak kena saman.

Friday, December 16, 2016

Pendatang berizin dalam negeri ku.

Bila hubby bawa balik Si Burung kuning ni, tak tau nak cakap apa..
Suka memang suka.
Hobby, hobby jugak
tapi....
Dalam sangkar tu dah ada 5-6 ekor .
Tak termasuk Makcik Rabbit 2 ekor.
Kucing lagi, termenggandung pulak sekor tuh.
Siapa nak urus semua anak negeri 4 kaki dan 2 kaki ni?
Akuuuuu...jugak la!
Kalau tanya hubby kenapa beli..
Jawap nya pendek dan tepat.
Sebab ada orang nak jual.
Nasib baik tak ada orang nak jual rimau.

Nak tanya sikit, ni burung apa dan makan apa?
Almaklumlah, yg bawa balik pun bukan tau sgt pasal makhluk Allah ni.
Saya laaaagi la x tau.
Hentam saja la labuuuu.......

Thursday, December 15, 2016

Kena tukar hobby lain nampak nya

Semua orang kalut nak tukar kad bank.
Saya tak kalut.
Saya belum tukar.
Malas nak berebut.
Nanti2 lah...
Tahun depan pun boleh tukar cuma kena bayar jer.
Rileksss..Hero tok gaduh sokmo.
Rilex aa....
Bukan tak leh guna kalau tak tukar pun.
Nak draw duit masih boleh.
X de masaalah pun.
Cuma kalau x tukar,
Tak leh buat urusan auto debit.
Tak leh trasfer wang dari teller, pindah wang kita ke akaun lain.
Maka kalau tak tukar tak boleh la nak buat pembayaran secara auto debit.
Maksudnya payah sikit nak membeli belah online.
Sila ambil perhatian sekali lagi nak ulang
TAK BOLEH AUTO DEBIT!
Well well well, Pn Hani yg dihormati,
Awak kalau shopping online, bayar secara auto debit sokmo.
Kad suruh tukar tak tukar.
Habis camno?
Padan muka.
Awak dah tak boleh shopping online, do you know that?
Berkubur la hobby awak.
Whatttttt?
Aaaa sudoh kijo doh laaa....
Tiba2 hero tak gaduh mula rasa lorat gaduh.



Wednesday, December 14, 2016

Selain takwim dan kalender yg gantung kat dinding, nilai matawang terkini pun kena papar jugak.

Singgah gerai jual barang basah.
Beli ayam sekor..rm14.50
Sayur dan yg sewaktu dgn nya... rm11
Santan...rm8
Bwg besar dan sedikit rempah ratus.. rm7
Buah ....rm9
Roti.. rm3.50
Total rm53.
TOTAL RM53?
Betul lah awak...53 hingget.
Sekeping duit biru dan 3 keping duit biru yg saiz s..
Duit merah dan jingga tak membantu kalau hanya ada sekeping dua.
Kalau kurang dari rm50 dlm purse, toksah berangan nak singgah menyinggah.
Menakutkan betul la kos sara hidup sekarang ni.
Mail si penjual ayam pun dah pandai ulas pasal mata wang.
Hamboi Mail, entah betul entah tidak maklumat yg awak sebar tuh
Betul ke tidak, yg pasti kubis yang rm4.50 sekilo dah jadi rm6 sekilo.
( Ye ke Mail ni...ke pandai2 awak buat cerita Siam Golok tu naik kan rega sayur)
Takyah makan kubis, tak yah makan sayur.
Tak yah nak kuruskan badan.
Gajah makan sayur pun gemuk jugak.
Ok ok, berbalik pasal harga barang.
Tu baru singgah kat gerai tepi jalan.
Belum ke pasar lagi.
Belum ke pasaraya lagi
Belum ke shooping mall yg serba mak nenek ada lagi.
Tapi nak ubat hati kita anggap lah kita masih bertuah.
Syukur masih aman.
Mahal pun ada yg nak di makan.
Belum kebuluran lagi.
Think positive.
Always.
Masaalah nya, poket dah hampir negative.
Jap lagi saya tampal nilai ringgit kat white board tu.
Biar anak negeri tau jimat cermat.
Biar boss tau rm50 tu takat separuh bakul pasar jer nilai nya.
Boss....kasi up kan sikit duit dapor boleh?
Buleh la dehhhh.....







Tuesday, December 13, 2016

Sultan saya, sultan kami..Yg dipertuan agong kita semua.

Daulat tuanku.
Patik iringi pemergian tuanku ke Istana negara dengan doa.
Semoga Tuanku sentiasa dalam rahmat Allah.

Sebagai anak kelantan saya bangga.
Seronok sangat.
Kebetulan rumah saya dekat dgn airport,
Maka pagi tadi seluruh warga peng chepa dapat melihat secara dekat istiadat keberangkatan Sultan ke istana negara sebagai yg dipertuan Agong.
Bukan hari2 dapat tgok peristiwa ni.
Itu yg teruja sgt nak tgok tu.

Tapi sayang sekali,
Saya tak dapat keluar.
Saya temankan ja dirumah.
Takper lah, dgr cerita dari rakyat jelata lain yg pagi2 dah terconggok di tepi jalan.
Saya tgok kat tv1 saja.
Tunggu TV sampai tak jemur kain.
Setianya rakyat tuanku nih!

Tuanku,
Semoga pemerintahan tuanku dapat membuat perubahan.
Dari yg baik kepada yg lebih baik.
Dari yang berkat kepada yg lebih berkat.
Ampun Tuanku.
Sembah patik harap diampun.
Allah Hu Akhbar.

Monday, December 12, 2016

Bila mereka singgah bertanya khabar.

Kik kik kikkkk
Hahahahahaa...
Kahkahkahkahhh..
Best kan dapat gelak tawa dgn kawan2.
Kalau dulu kami dah macam ni,
Sekarang pun masih macam ni..
Dulu nak masuk kelas kena beratur depan kelas.
Macam ni lah, macam itik pulang petang.
Bising pun mcam ni lah jugak,
Senyap hanya bila kena marah kat pengawas.
Pun masih boleh sembunyi2 ketawa.
Rupanya masa tidak merubah segalanya.
Ada yg kekal tak berubah.
Kami ni memang kaki gelak kot.
Ada jer benda yg buat geli hati.
Kikikikiki...
Kahkahkah...
Hahahaha...
Apa apa aje lah!

Saturday, December 10, 2016

Adakah saya mementingkan diri sendiri?

Kadang kadang saya nak minta satu hari. Hanya sehari.
Saya nak start kereta, nak pandu menyusuri jalan tanpa tujuan.
Nak masuk highway pandu saja tanpa destinasi.
Ikut kata hati.
Nak kupas segenap tanggung jawap yg melekat di jiwa
Nak tinggalakn segala duka sekejap.
Nak berseorangan.
Bersendiri supaya saya bebas dari penilaian.
Bawak kereta, dengar radio, dgr lagu, dgr bacaan quran.
Sambil memandu sambil luahkan segala yang terbuku
Nak menangis, nak teriak, nak luah apa boleh saja.
Nak menyanyi nak berzikir nak laungkn ayat lazim sekuat mungkin pun tidak apa.
Suka hati saya..
Bebas tanpa ada manusia yg merasakan mereka lebih pandai menangani duka.
Betul, begitu ramai yg merasakan mereka lebih hebat, lebih tau dosa pahala.
Oleh itu saya pilih untuk tidak berteman, memandu sorang sorang.
Tanpa penumpang, hanya saya.
Biar hati menentukan arah tuju.
Minda rehat dulu.
Kerana minda sudah terlalu lama bekerja
Sudah terlalu lama penat nya minda.
Kali ini tidak ada yg cuba mengajar saya untuk tabah dan redha
Tak payah lah, kerana bila kamu bukan saya,
Kamu tidak berhak menilai graf kesabaran saya
Biarkan saya berseorangan

Saya nak sangat mulakan satu hari khas untuk diri sendiri.
Dari pagi sampai senja biarkan saja saya sendiri.
Perlu sangat untuk melayan hati.
Boleh kah hanya sehari saya bercuti dari memenuhi keperluan orang lain dan
memenuhi keperluan peribadi?
Sudah lama saya abaikan diri sendiri, membiarkan hati terjeruk berkulapuk.
Sudah lama sangat, terlalu lama.
Kadang kadang saya rasa seperti mau lari dari realiti.
Nak pejam mata dan bermimpi.
Pejam mata.
Tak nak bangun2 lagi.

Friday, December 9, 2016

Tikus baiki labu ..

Bagi orang lain mungkin small matter saja.
Tidak bagi saya.
Masaalah nih terutama yang tak berapa nak celik bab2 IT nih.
Ceritanya macam ni.
Semalam dah saya tak ada kerja sangat,
Saya bukak tab, tekan sana tekan sini,
Try buat gitu gini tanpa ada ilmu utk dijadikan panduan.
Ikut jer arahan pakcik google.
Ikut kata apa yg terpapar di skrin.
Tup tup
Hilang wassup dari pandangan mata saya.
Aik, kemana pulak pergi wassup nih?
Hilang ghaib dahhh...
Bila nak recover, pakcik ni mintak password.
Haah? Password? Mana ku tau!
Segalanya anak2 yg buat
Setting tab ni memang 100% kerja anak2.
Forgot password? Ya, forget.
Pandai2 buat password baru..
Pandai2 usik ...
Sekarang dah jadi makin rumit.
Nasib baik blog boleh buka.
Hari tu blog yg beronar.
Blog dah ok, wassup pula buat hal.
Sebenarnya bukan wassup buat hal, saya yg gatal tangan nak usik2.
Kan dah senyap sunyi dah...
Hari ni tak ada la bunyi preet preet..
Tak de lah sekejap jengok tab, sekejap senyum sorang2..
Padan muka aku lah.
Bila nak baik pulih masaalah wassup nih?
Tunggu anak balik dari bercuti.
Serahkan pada anak2..
Tolonggggg laaa balik cepat sikit.
Mummy kalau tak ada wassup,
macam kucing jatuh anak.
Macam ayam nak bertelur.
Maklum la hanya wassup penghubung mummy dgn dunia luar,
Penghubung mummy dgn sedara mara dan sahabat handai.
Orang lain takper, boleh keluar sana sini.
Saya kan terikat, kat sini, di ruang ini saja.
Haduhhh....pulangkan wassup saya.
Pulangkan lah...

Wednesday, December 7, 2016

Lebih muatan...sentiasa lebih muatan.

Bukak peti ais..Penuh!
Sendat dgn segala jenis rezeki.
Alhamdullilah.
Ada keropok lekor anak angkat yg bagi
Ada juga yg kawan lama bagi.
Ada kuih segera yg tamu bawa semalam
Ada macam2 kueh segera buah tangan dari tetamu2 yg dtg.
Ada ikan sungai yg pekerja hubby saya belikan
Ada rempah BBQ yg jiran buat promosi
Ada sayur segar yg CikMie baru kutip dari ladang
Ada puding raja yang Kakak saya masak sendiri
Ada sambal tumis segera yg MakSu bawa
Ada dough roti durian yg belum sempat nak bakar
Macam macam rezeki yg tiba di riba.
Tu belum kira rezeki utk bekalan di musim hujan nih.
Freezer sendat, cooler sendat...
Perut pun sendat.
Syukur kerana kita di hindari dari musibah kebuluran
Lapar tu pernah la tapi bukan betul2 lapar pun, lapar mata saja.
Kenyang adalah nikmat Tuhan yg kita acap terlupa.
Ingat nikmat kenyang hanya bila lapar.

Sebenarnya rezeki ni rezeki untuk di kongsi.
Kongsi makan ramai2 bila ada siapa2 berkunjung.
Yang memberi dapat pahala, kongsi pahala gitu.
Bila buka pintu peti ais,
Terasa alangkah bertuahnya bila ramai yg ingatkan saya.
Sentiasa ada buah tangan utk keluarga saya.
Ingatan tanda kasih sayang.
Sebagaimana kamu semua bermurah hati meletakkan kami dlm ingatan kamu,
Sebegitu lah rindu kami untuk berjumpa lagi dgn kamu di lain kali.
Kedatangan itu lebih membahagiakan, tak ada buah tangan pun tidak apa.
Janji dengan saya, kamu tidak lupa, tidak pernah lupa, tidak akan lupakan saya sekeluarga,
Sampai bila bila...


Tuesday, December 6, 2016

Awak membesar zaman mana?

Zaman dolu dolu...
Masa saya masih budak.
Masih sekolah rendah
Saya tak macam budak sekarang.
Dulu saya tau pergi sekolah bawak buku dan duit.
Balik sekolah terperap kat rumah
Mak tak bagi bermain di luar pagar,
Tak bagi bergaul dgn anak2 jiran.
Kalau nak sangat berkawan, curi2 keluar dari pagar rumah waktu mak tidur sebelum asar.
Kena cepat balik, sebelum mak terjaga.
Keluar curi2 walau hanya depan rumah.
Kadang tu rasa buang masa keluar.
Kita tercegat pamir diri sendiri tapi x ada orang nak berkawan pun.
Mereka main sesama mereka.
Saya cuba2 masuk geng.
Kadang2 berjaya,
Bila berjaya dpt turut serta main apa2 permainan yg mereka main tu seronok la
Mula la lupa diri, lupa tengok jam.
Tau tau org gaji datang heret tangan masuk balik dlm pagar.
Dalam penjara.
Dalam sangkar emas.
Dan bersedialah saya untuk mendengar tazkirah panjang lebar dari mak.
Anak2 saya lebih bernasib baik.
Saya tak melarang kalau pun mereka nak keluar berkawan dgn anak2 jiran.
Tapi masaalah nya...
Mereka tak nak keluar, anak2 jiran pun tak keluar.
Mereka dah ada kawan, duk dlm bilik pun ada kawan.
Depan tv ada kawan, di meja makan ada kawan.
Dulu mak bagi duit beli aiskrim.
La ni beli top up.
Dulu kawan di alam nyata
La ni kawan cyber.
Zaman sekarang jauh beza dari zaman saya dulu dulu.
Zaman mana yang best?
Zaman akan datang kah?

Monday, December 5, 2016

Lie, awak pergi mana ni? Puas saya tunggu.hari2 tunggu.

Rumput dah panjang.
Pokok2 bunga dah tumbuh meliar.
Mana Si tukang kebun nih?
Kenapa tak datang datang?
Selalunya belum cukup sebulan dia dan datang.
Mesin rumput
Trim pokok2
Buang tumbuhan menumpang dalam pasu
Dia dtg berdua, dengan isteri.
Rajin isteri dia..bantu mana yg patut.
Sekejap jer dah bersih halaman rumah.
Kenapa ye dia tak dtg?
Sakit kah?
Sibuk kah?
Harap2 esuk dia datang.
Kalau tak, terpaksa la saya cari orang lain.
Nak cari Tukang kebun baru tak ada masaalah,
Tapi nak cari yg rajin dan ikhlas bekerja ni susah sikit.
Nampak gaya, sehari dua ni Hang Kebun ni lah yang bersilat dlm kebun.
Hadoiii...

Sunday, December 4, 2016

Musim basah

Lemas
Sudah banjir kah di daerah mu?
Sudah terlebih basah kh bumi?
Debar mata menilik air di buku lali
Entah sekejap lagi ke paras pinggang.
Angkut lah kenangan mu pindah bersama
Sudah penuh bahu mengusung resah
Jejak yg ditinggalkan sudah tenggelam
Biarlah banjir mengikis sejarah semalam.
Esuk bila tengkujuh berundur,
Bilang lah cinta yg masih setia.
Yang hanyut itu hanya mimpi dan
saki baki rindu semalam
Tebal lumpur di lantai jiwa perlu dibersihkan
Bayang2 kelmarin larut bersama hujan
Hati yg sejuk mula berkulat lapuk
Mentari merajuk mengajak waktu
merangkak dan kiam sekali sekala
Harap2 kau belajar berenang,
Kerana kebanjiran hati bisa saja
melemaskan.
Pun begitu..
Banjir di daerah mu tidak
Sedasyat banjir di hati ku...

Sajak ni dari fbook saya, rasa2 dah bertahun di situ.
Bila baca balik teringat peristiwa tsunami di negeri saya dan di hati saya.

Saturday, December 3, 2016

Dah 3 hari macam ni


Hujan.
Musim basah
Nak berkebun pun x de mood.
Duduk di tepi air tgok ikan makan.
Sejuk.
Hujan makin lebat.
Cepat2 beredar ke dalam rumah.
Nak buat apa yer...
Tidor?
Baru bangun
Makan?
Baru jer sudah makan.
Tengok TV?
Biasa nya TV tengok saya.
Mandi?
Errrr....sujukkkkkk...!
Layan blog lah....
Yes, good idea.


Friday, December 2, 2016

Mujur ada alasan yg kukuh


Cucu ajak nenek main hujan.
Tak nak lah.
Jom turun main hujan
Tak nak lah
Jom lah
Tak nak lah
Jom
Tak nak.
Kalau la nampak saya kuyup depan rumah,
dalam hujan,
 cuci laman,
 tadah hujan,
cuci longkang,
tadah hujan
Tadah kepala dibawah saluran air hujan
Mandi hujan.
Tu bukan saya nak main tu..
Cucu suruh main hujan.
Cucu ajak.
Meskipun mungkin waktu awak lalu depan rumah saya, cucu saya tak kelihatan,
Kerana marin cucu pernah ajak.
Maka esuk ke lusa ke, saya main hujan bukan kerana saya nak main .
Cucu ajak.

Demi kemudahan dia.

Hari ni nak hantar kereta ke UIA gombak.
Kesian anak yg terpaksa tumpang kawan utk bergerak.
Kereta tu akan memudahkan urusan dia.
Tapi awal2 dah buat prrjanjian.
Hanya utk kegunaan dlm kampus dan untuk pulang ke Ampang.
Bukan utk dijadikan teksi bandaraya.
Bukan untuk kegunaan sunat.
Duit minyak kami bagi bercatu.
Cukup2 saja.
Kalau tak cukup, ikat perut biar kurus sikit.
Kereta bukan kemewahan bagi seorang pelajar tapi
kemudahan asas untuk bantu licinkan urusan ke kelas.
Abang2 dia dulu pun kami bekalkan kereta sewaktu belajar di U.
Tak bagi naik motor, bimbang.
Mak bapak ni fikir jauh ke depan, macam2 fikir.
Tambah2 yg pegang tittle 'Mak'.
Bagi kami mak ni, anak tak pernah membesar jadi dewasa.
Sentiasa anak2, sentiasa bayi gamak nya.
Tu pasal la selain bekal makanan setiap kali nak balik ke perantauan,
Kami bekalkan tazkirah dan khutbah yg panjang.
Ingatan jer tu tapi mereka cakap membebel.
Membebel tanda sayang.
Hari ni sebuah kereta akan tiba di riba mu anak.
Penuh kereta mummy isi bekal ingatan dan panduan.
Sendat dgn undang2 dan perjanjian.
Jangan lupa, saman polis dan JPJ tak sedasyat saman dari mummy.
Maka, hati2 dan beringat sebelum lesen memandu di kampus mummy tarik balik.
Hukuman tanpa tawar menawar.
Tiada alasan utk kurangkan hukuman.
Dont ask me why.
Why?
Becoz I said so.



Thursday, December 1, 2016

Berkawan cara orang tua...

Kawan baru.
Baru kenal wajah, hati belum kenal lagi.
Bila sembang byk soalan cepumas,
Sebenarnya jawapan2 itu nanti akan mengambarkan hati dia.
Betul ke macam tu?
Sebagai mana saya x berapa tahu siapa dia sebenarnya,
dia juga x tau siapa saya sebenarnya.
Maka kita pun saling berteka teki, saling main agak2.
Seronok juga.
Saya tak kisah dia nak labelkan saya ni orang yg macammana.
Tak mengubah apa apa pun.
Lama kelamaan bila dah lama kenal, dia tau lah
Saya pun sebenarnya tak kisah dia siapa,
Asal dia ikhlas nak berkawan.
Asal dia tidak ganggu sempadan selesa saya.
Asal jgn ada udang ketam ikan yu dibalik batu dah.
Berkawan biar beribu ribu takpa..
Cuma bila buat baik tu berpada pada lah...
Buat jahat jgn sekali..
buat banyak kali tau!...ish, gurau jer.
Ahlan wasahlan kawan baru saya.
Semoga perkenalan kita membahagiakan kita.
Usia tua ini sudah singkat,
Ada orang sudi ngaku kita kawan dah cukup baik dah.
Tua2 ni jgn cari musuh pulak.
Kut mati tak sempat mintak maaf.
Orang muda kalau dapat kawan baru kongsi cerita pasal impian masa depan
Orang tua bila dpt kawan baru kongsi cerita anak cucu dan imbau kenangan zaman Jepun...
Tu beza nya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...