Sunday, August 19, 2018

Damai lah kamu di sana...

Hujan
Sangat lebat.
Pokok di laman puas.
Tidak lagi haus dahaga.
Burung2 peliharaan
Basah main hujan
Kucing2 bertempiaran
Lari masuk ke dalam.
Hujan begini hati turut lenjun
Di penjuru ini sepi menghuni
Senyap, sunyi.
Kipas tidak berkhidmat
Aircond berehat.
Sejadah itu terbentang
menunggu panggilan azan.
Aku sarung telekung dan berdiri di jendela
Tangisan langit masih mencurah2 di luar.
Pandangan tertumpu di situ
Mengintai senyum mu yg tertinggal
Dari bilik ini lirikan mata tembus ke laman
Di tempat kamu menghela nafas terakhir mu.
Air hujan bertakung di bumi.
Tangisan bertakung di hati.

3 comments:

  1. Walaupun tak kenal
    Walaupun tak tahu hujung pangkal
    Tulisan ini menusuk ke tangkai jantung..

    ReplyDelete
  2. Indah nian bahasa sendu
    Hanya mampu menghulor salam dan doa
    Semoga nie sejahtra melayari sisa cinta yang masih perlu diteruskan.

    ReplyDelete
  3. Assalam Kak Hani, saya doakan Kak Hani sentiasa dalam kasih sayang dan perlindungan-Nya. Saya selalu ikuti coretan Kak Hani yg sangat bermakna.

    ReplyDelete

Thanks for the thought and for dropping by.
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan jejak.