Saturday, January 9, 2010

Anis nak ke pantai...


Pantai Irama, Bachok.
Gemersik bayu senja
menyapu pipi mu Anis
Biarpun
ganas ombak menerkam kaki mu
Kau berdiri disitu..
Ketawa riang.
Bahasa gelora belum bisa
kau terjemahkan
Dalam lautan belum bisa
kau duga.
Biarlah terus begitu

Sapulah pasir dari kaki mu
Kita harus pulang.
Anis,
Seperti Pantai lain nya.
Irama yang kedengaran di sini
Hanya laungan arus yang meronta ronta
dan kesepian kuala.

4 comments:

  1. Agak lama tak singgah di Pantai Irama. Banyak2 pantai di Kelantan Pantai Timur lah yg paling sejuk....... :)

    ReplyDelete
  2. TokNabe,
    kita pergi tu pun sbb patmat duk sebut sokmo dalam blog dia..

    ReplyDelete

Thanks for the thought and for dropping by.
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan jejak.