Saturday, June 5, 2010

Jatuh yang mengajarku untuk bangun.

Hari sudah senja.
Malam merangkak tiba.
Alhamdullilah
Saya bahagia hari ni.
Saya berfikiran positif dan tidak lagi membilang luka.
Musim luka biarlah berlalu..Sejarah.
Saya membilang nikmat kurnian Tuhan yang banyak.
Dugaan yang sedikit itu seharusnya saya redha saja.
Biarlah orang lain mungkin lebih bahagia dari saya.
Saya tak dengki dengan kelebihan mereka.
Tapi saya tahu ramai lagi yg lebih derita.
yang nasib nya jauh lebih teruk dari saya.
Syukur saya ditahap ini.
Malam ini, jam ini, di sini..
Saya tekad tidak mau lagi menangis.
Dan cuba untuk lebih bahagia.

3 comments:

  1. semoga hari2 mendatang lebih bahagia...
    takmo la sedih2...
    be happy...

    ReplyDelete
  2. Luluh hati
    Membilang titisan derita di kolam kehidupan
    Alangkah banyak tak terhitung
    Derita dan jerih dititip diulang

    Tuhan
    Hidup apakah ini?
    Kalau hanya menunggu perit menjelma
    Derita hari ini seperti sudah tahu
    Apa pula pilu yang menanti di hari esok
    Oh, sungguh tiada pernah ia berhenti


    Bangkitlah jiwa yang longlai!
    Pulihkan semangatmu yang punah
    Lihatlah manusia agung yang terseksa
    Deritamu hanya secebis dari mereka
    Kembalikan secebis cekal dalam jiwamu
    Hapuslah erti ngilu dari hidupmu
    Bilanglah derita dengan simpul senyum!

    ReplyDelete
  3. Seharus dan semestinya. Byk yang Tuhan limpahkan utk k.Ni. Anak-anak yang cerdik,berakhlak dan punya garam gula yang secukup rasa. Usia kita dah hampir ke penghujung.Kain buruk byk yg dah koyak, benang dah byk yg retas, perlu dijahit bersama.
    Selamat honeymoon di London.-Makcu-

    ReplyDelete

Thanks for the thought and for dropping by.
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan jejak.