Sunday, June 27, 2010

Mok/nenek saya tak sihat..Saya teringatkan dia.

Kelmarin nenek dimasukkan ke hospital.
Nenek saya tidak dapat melihat atau mendengar.
Sakit tua dah lama.
Tapi dia tak pernah ada masaalah kesihatan yang lain.
Tiba2 saja dia batuk dan muntah darah.
Dia masih di bawah pengawasan doktor.
Ini lah pertama kali dia di tahan di wad.
Nenek jadi takut..memegang erat tangan saya dan merengek mahu pulang ke rumah saja.
Dia takut kami tinggalkan dia keseorangan di sana.
Dia merasa asing..Dia risau.
"Nie jangan balik, tunggu mok, jangan tinggal Mok sorang di sini.."
Hampir menitis air mata ku melihat dia begitu.
40 tahun dulu sewaktu arwah ayah saya ke Mekah,
Saya ditinggalkan bersama Nenek.
Itu lah yang saya katakan pada nenek.
"Mok jangan balik, tunggu Nie, jgn tinggalkan Nie sini sorang"
Nenek akur, tak pernah tinggalkan saya..Saya tahu itu.
Terima kasih nenek
Tapi hari ni saya melepaskan genggaman nenek,
menarik tangan saya perlahan lahan..
"Mok, Nie nak balik dulu, esuk Nie kerja,dah seminggu cuti.."
Tak apa, anak cucu nenek saya ramai..
Boleh bergilir gilir..
Itu kata minda saya.
Hati saya rasa amat bersalah...
Mok, dimana pun saya berada, saya doakan mok cepat sembuh.
Hari ni hati saya berada dengan nenek dan minda saya duk ulangtayang segala kenangan bersama dia
Maafkan saya mok.

2 comments:

  1. salam hani..keadaan memaksa..semoga nenek hani cepat semboh dan keluar dari hospital..

    ReplyDelete
  2. suka baca entry ceknin ni....
    sajak utuk chek (my nenek )

    nenek tidak pandai
    Menghantar mesej ringkas
    Setiap yang dikirim
    Bisu yang berbalas

    nenek tidak pandai
    Meneka mana Eropah
    Cuma di benaknya
    Mahu ke Mekah

    nenek tidak pandai
    Menghadap teknologi
    Hari ini ia belajar
    Esok diajar lagi

    nenek tidak pandai
    Memakai baju mahal
    Ke mana jua pergi
    Kurung tak ditinggal

    nenek tidak pandai
    Mengerah amarah
    Tapi tajam jelingnya
    Buat kami bersalah

    nenek tidak pandai
    Berbicara syahdu
    Hanya tutur mata
    Meluahkan rindu

    ReplyDelete

Thanks for the thought and for dropping by.
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan jejak.