Saturday, May 7, 2011

Siapa kenal wanita ini?

Seorang perempuan.
Yang pernah melahirkan lelaki perempuan.
Yang juga di lahirkan dari rahim seorang perempuan lain nya.
Dan perempuan yang di lahirkan nya,
juga melahirkan generasi akan datang.
Perempuan ini seorang ibu.
Pernah sembilan bulan berada didalam kandungan seorang ibu.
Pernah sembilan bulan mengandungkan seorang anak.
Tidak ada bahagia sehebat bahagia bergelar ibu.
Itulah yang di rasai Ibu ku,
dirasai aku,
dirasai anak perempuan ku,
dirasai semua perempuan yang pernah berjuang tertarung nyawa,
melahirkan dan membesarkan baka keturunan.
Terima kasih Tuhan,
Kalau tidak kerana anugerah 'cahayamata' dari Mu,
tidak mungkin hari ini kami menerima jambangan kasih sayang,
tidak merasai ucapan ucapan 'Selamat Hari Ibu'
tidak mendapat pingat gelaran,
Ibu.
Mak
Mama.
Mummy.
Umi.
Alhamdullilah.
Terima kasih Tuhan.

25 comments:

  1. assalam hani..selamat hari ibu..alhamdulillah dapat kita mersai panggilan itu.
    comelnya baby tu..

    ReplyDelete
  2. comel nyer cucu....

    isnyaAllah, saya kenal wanita itu.....
    dia sama;
    dgn isteri abah yg melahirkan saya
    dgn anak mak mertua yg melahirkan anak2 saya
    dgn anak2 perempuan yg melahirkan cucu2 saya
    dan dgn semua perempuan yg bergelar ibu

    selamat hari ibu cikgu Hani!!!

    ReplyDelete
  3. Acik Erna,
    Bayangkan perasaan ppuan2 lain yg tidak/belum ibu...Semoga masih ada peluang buat mereka..

    ReplyDelete
  4. ybs..terima kasih kerana mengenali perempuan itu..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Hani,

    Pertamanya, selamat menyambut hari ibu dari akak.

    Kedua, terima kasih sudi singgah di blog akak. Kalau lapang singgahlah.

    ReplyDelete
  6. kunang kunang,
    insyaAllah kalau ada kelapangan Hani singgah..Ada kopi panas tak?

    ReplyDelete
  7. ibu sungguh istimewa
    tak kira siapa tak kira bangsa
    kasihnya tiada sempadan
    pengorbanannya semoga diterima Tuhan

    ReplyDelete
  8. "selamat hari ibu kak hani...sy tak pernah nak rasa sambut hari ibu ngan ibu saya dah 31 thn...
    tp bersyukur sgt sbb berkesempatan meraikan bersama ank2 tersayang,w/pun diorang masih kecil dn tk berapa nak faham erti hari ibu..cukuplah sekadar diorang cinta kasih dan sayang saya sebagai seorang ibu..."

    ReplyDelete
  9. selamat hari ibu....

    comeiii sesangat baby tu...geram la tengok...

    ReplyDelete
  10. cikli,
    tanpa ibu, tak ada lah kita..

    ReplyDelete
  11. Piasara,
    alhamdullilah ..dapat sambut dgn anak2 pun kira bahagia jugak tu..Selamat hari ibu untuk Pia.

    ReplyDelete
  12. honeybunny,
    Tq,..cucu akak tu..Imaad.
    Imaad telah menjadikan anak akak seorang ibu.

    ReplyDelete
  13. perempuan pengambang generasi...
    SELAMAT HARI IBU buat SEMUA IBU2 SEDUNIA... ;)

    ReplyDelete
  14. ajumohit,
    tq dan selamat hari ibu untuk ibu2 di seluruh dunia

    ReplyDelete
  15. InaAchik,
    sememangnya untuk semua..

    ReplyDelete
  16. seorang ibu itu
    sewajarnya tempatnya di atas
    kerana doktor pakar itu
    hakim bijaksana itu
    jurutera handalan itu
    jurubina tersohor itu
    ulamak itu
    imam itu
    penda'ie itu
    menteri itu
    presiden itu
    raja itu
    sultan itu
    semuanya lahir dari rahim seorang ibu

    sayangnya ibu-ibu mutakhir ini
    segelintir darinya
    hanyalah pengarah
    hanyalah penternak
    hanyalah malaikat maut...

    ~ Queenie ~ terimakasih sudi singgah ke teratak ku yang tidak seberapa...

    ReplyDelete
  17. Sesungguhnya ibu amat istmwa dlm hidup kita...kasihnya tidak bertepi..

    Selamat Hari ibu utk Hani...dan juga semua yg bergelar ibu...

    ReplyDelete
  18. Queenie,
    semoga kita tidak dalam golongan ibu yg sebegitu.

    ReplyDelete
  19. Mulutpayau,
    Sama2 lah kita menjadi ibu2 yang di rahmati dan di berkati Allah hendaknya..

    ReplyDelete
  20. cikceriacorner,
    tq kerana follow dan salam kenal

    ReplyDelete

Thanks for the thought and for dropping by.
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan jejak.