Anak cucu pakat nak tempah batu nisan buat tanda kubur arwah nenek.Hubby saya volunteer untuk uruskan tempahan.
Minggu lepas Hubby dah pergi letak nisan tu dengan bantuan kawan2 dia.
Dah bertanda pun kubur arwah nenek saya.
Hubby senyum puas kerana tugasnya sudah selesai.
Hubby tau, pagi Jumaat mak selalu ke kubur nenek.
Tak sabar nak dgr komen mak.
Jumaat tu mak talipon.
"Nie, Cakap kat Din yang dia dah pacak nisan kat atas kubur orang lain.."
Pulak dahhhh....
Bayangkan betapa terkejutnya waris si penghuni kubur tu kalau tiba2 ada nisan dan belindan.
Kelam kabut lah hubby saya.
Cepat2 dia mintak tolong kekawan alihkan.
Ingat tak cerita PRamlee- Ibu mertua ku?
Sewaktu Kassim Selamat menziarahi kubur isteri nya, dia di tegur,
"Kenapa tuan menangis di kubur isteri saya?"
Kassim selamat terpinga pinga...
Rupanya bukan kassim selamat aje yg silap parking.
Alaaaaaaaaaaaa Kassimmmmmmmmm.
Naib baik nisan sekarang senang dialih2kan.
ReplyDeleteNasib baik cepat sedar.
Tu lah..nasib baik begitu. tapi kami naak beranak memang gelak nak pecah perut bila bayangkan apa yg mungkin terjadi dari kesilapan teknik ni.
ReplyDeletecam mana plak boleh tertukar. bila baca nak gelak pun ada. miss komunication tu. nasib baik siwaris tu belum sempat tahu .
ReplyDeleteaduiii...nasib baik sempat alihkan balik... lawak la...
ReplyDeletep/s: sis thanks bgth pasal resort tu wee nanti nak cuba stay situ la...
cik ina, kebetulan kubur tu masih merah tanahnya sama mcm kubur nenek . sebelah menyebelah pulak tu.
ReplyDeleteHanis,
ReplyDeleteu r welcome. byk dah sekarang resort baru di sepanjang laut cina selatan ni.
Salam Kak Hani,
ReplyDeleteKelakar sungguh... agaknya masa tu, Tn Hj. Din dah tak berasa sihat, berpinar mata... itu yang tersalah "parking" tu... Nasib baik waris empunya tempat parking tu lambat tiba... kalau tak memang betul-betul "aaalaaa Kashim..."lah jadinya...
Pn rosya, betul tu..selepas dia balik dari kubur nenek tu lah dia di kejarkan ke bah kecemasan HUSM dan di masukkan ke wad.
ReplyDeleteHa ha ha.... pecah perut nok ssuko. Boss terlalu nak berbakti. Takut de ko oghe laing.
ReplyDeleteCIkgu Hani...
ReplyDeleteinstead mak mertuanya dalam pilem p.ramlee menyebut 'mahapkan aku kassimmmmmm...' maka suami cikgu pulak terfaksa menyebut dialog yang serupa... 'mahapkan saya, mak....'.....
Alalalalal sabo jelahhh .... salah parking lakk ... sib baik laa cepat ... abis batu nisan lama kubur tu ada lagi dak ?? heheh kang tak bertanda lak kubur tu ....
ReplyDeleteHikhikhik! Cuma mampu tergolak...!
ReplyDeleteMakcu, lagu tu lah rome mate ambo tu..
ReplyDeleteIbu dan abah,
ReplyDeletehahaha...ubah tajuk filem jugak..'Menantu ku'
Jiejah, memang belum ada nisan kedua kubur tu..itu yg confused tu
ReplyDeleteazieazah,
ReplyDeletekami ni dah sakit perut dah gelak..
salam,
ReplyDeletesiyes salah parking? hahahaa!!!!
*terima kasih sudi singgah kt blog GB. :)
Alahai boss aku....baru boleh gelak sekarang.
ReplyDeleteHari ahad cuma tahu cerita nak alih belindan jah.
tumpang komen ya: heee.. kelakar tul la senyum sorang2 ni
ReplyDeleteakak hani...
ReplyDeleteniat tu yang penting...
tapi memang mmg boleh keliru....dalam 100 hari, kiri kanan pun dah banyak yang berisi...
AlFatihah buat ninda tersayang moga rohnya dicucuri rahmat.
ReplyDeleteGB, nasib baik tak di saman.
ReplyDeleteNidus, mujur kawan2 bantu..berat nisan dan belindan tu.
ReplyDeleteGerhana luka,
ReplyDeleteterima kasih kongsi bersama..
Azani,
ReplyDeleteMemang keliru.
Kesiannya En. Din. Nasib baiak mak selalu pergi kubor, kalau tak mesti waris yg dpat nesan baru terkejut....
ReplyDeleterupanya memang terjadi la ek? kesilapan nie leh merbahayakan..hahaha
ReplyDeletekak, sori sbb saya gelak baca n3 ni...hehe..tak baik saya kan...
ReplyDeletedah mcm citer P. Ramlee la kak...
kakzakie,
ReplyDeletenasib baik ak cepat beritau
mmykhalis
ReplyDeletebetul2 bukan cobaaaaaaaan
wahida,
ReplyDeletebukan wahida saja yg tergelak..kami ni pun.
hehe...
ReplyDeletesekali silap parking da...selamat perasan dan sudah alihkan kan...
hati2..jangan silap parking lagi..hehe
ReplyDeletehoneybunny,
ReplyDeletesilap parking di lot tanah org lain ni
alahai macamana boleh silap kak... arwah nenek akak dah lama meninggal ye...
ReplyDelete