Thursday, June 16, 2011

Pendapat pakar puan : Emosi terganggu sebab hormon tak seimbang.Pendapat saya : Hati tua cepat terasa.

Sebuah luahan hati seorang perempuan yang bernama Nor.

Pusara mimpi pengejar pelangi

Sekiranya mati itu sudah dapat ku duga saatnya,
Aku sudah tidak mau memohon di perlewatkan walau seketika.
Biarlah datang nya bersambut.
kerana di sini pun nyawa sudah tidak byk membantu.
Sudah penat berlari mengejar mimpi.
Kehidupan semakin tidak ada apa apa
Bahagia hanya pakaian harian untuk tontonan
sedangkan hati didalam,
remuk redam.
Biarlah, kau katalah apa saja,
sememang nya aku sudah berputus asa.
Semakin aku ukir senyum dan tawa
semakin tawar dan aku sudah jenuh berpura pura.
Lakonan ku sudah basi.
Tirai ini perlu di labuhkan.
Penonton masih bertepuk tangan.
Sebenarnya primadona ini sudah lama tidak bernyawa.
Babak2 akhir ini adalah babak pengkebumian jiwa.
Biarkan saja rasa ini berpusara di lubuk hati.
Bersemadi di dalam diri.
Semalam aku pernah ingin hidup seribu tahun lagi
tapi hari ini jika Tuhan takdirkan mati itu lebih baik buat ku,
Aku redha.

17 comments:

  1. Sungguh indah puisi ini...tapi seperti org berputus asa saja...mudah2an penulis puisi ii tabah menghadapi liku2 hidup dn sentiasa diberi kekuatan oleh Allah SWT

    ReplyDelete
  2. nyanyisunyi,
    kita sama2 berdoa untuk kesejahteraan dia..

    ReplyDelete
  3. semoga dia tak mudah putus asa kak....

    ReplyDelete
  4. sedihnya pemuisi ini hingga ke tulang ... moga Allah kuatkan hatinya

    ReplyDelete
  5. Don't worry, setakat ni dia seorang yg kuat.

    ReplyDelete
  6. kak, syahdunya puisi ni...byk dugaan dan cabaran perlu ditempuhi, tabahkan hati, semoga perginya nanti disusuli doa hingga ke akhirnya...

    ReplyDelete
  7. Pelabuhan bukan utk berlabuh semata
    banyak yg baru hendak memulakan
    perjalanan yg jauh dan penuh dugaan
    alang-alang sudah hampir di pelabuhan
    cari arah haluan yg terbilang
    cukupkan ilmu mencari destinasi
    agar pelabuhan mendatang
    memberi sebuah kepuasan yg dicari
    teruskan menyelusuri lautan hidup ini

    ReplyDelete
  8. Puitis, tapi penuh kepiluan dan kesedihan. Walau siapa pun pemuisi nya ingatlah, Laa Tahzan. Allah bersama mu dan DIA sedang menatap kamu dengan berjuta kasih sayang.

    ReplyDelete
  9. Kunang kunang,
    hidup perlu di teruskan walau pun dah jadi bangkai bernyawa

    ReplyDelete
  10. kakzakie,
    ibarat perahu yg hanyut..tiada hala tuju..

    ReplyDelete
  11. Ann,
    Payah untuk memulihkan rasa..walau sembuh lukanya parut tetap ada.

    ReplyDelete
  12. Salam, harap merajuk pada yang sayang.. jangan sorang-sorang.. emm tak berbaloi..

    ReplyDelete
  13. Che mid, Nor ni a very lonely person..Hidup sendirian, yg ada hanya Tuhan.

    ReplyDelete
  14. Semoga seorang perempuan bernama NOR terus tabah dan tidak menTADBIR sesuatu sebelum Tuhan menTAKDIR.

    ReplyDelete
  15. eh Makcu tak tau ke yang Nor ni dah meninggal? Dah bertahun dah Makcu, Ni puisi dia yang terakhir ni..
    Makcu kenal dia jugak kan?
    Innalillahhhh...

    ReplyDelete

Thanks for the thought and for dropping by.
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan jejak.