Monday, July 18, 2011

Pandai mak budak ni berlakon...

Saya hanpir menitiskan air mata di depan dia. Tapi saya control ayu. Meja dia memang betul2 di depan meja saya sebab dia seorang murid yang sangat nakal. . Pernah sekali tu (masa tu saya baru mengenali dia) bila saya ugut dia dengan ugutan nak panggil bapak dia ke sekolah dia selamba saja cakap
"Abah kita dah mati Ticer.."
Opsss..Rupanya anak yatim ni..
Tu kali terakhir saya ugut dia.
Hari ni kes lain.
Saya tanya dia apa yang dia buat di bulan Ramadhan. Ini jawapan dia.
" Mak suruh saya puasa, tahun lepas tak tinggal sehari pun. kalau tak puasa pun bukan ada apa apa untuk dimakan. Nanti dekat berbuka mak pulang dari bantu orang berjualan dan bawak lah makanan lebih2 untuk berbuka.Ticer tau, walau letih kita kerja jugak, tolong org jual air tebu, dapat upah rm2. Kumpul2 dapat lah mak belikan baju baru untuk raya."
Saya pandang jari kecil dia yg menari di kertas lukisan tu.
"Cukup ke??"
Dia pandang saya macam saya ni tak faham apa yg dia cakapkan.
"Cukup lah untuk' Baju Melayu' baru saya. Songkok dan kasut jugak.Lebih pun lagi duit saya tu..mak pulangkan rm 10 untuk disimpan"
Saya mengira2 dlm kepala..rm2 x 20 hari baru rm40, mana lah cukup...mesti mak dia tambah duit lain nih.
Dia sambung cerita.
"Mak tak beli apa2 untuk dia.Mak cakap dia tak suka pakai baju baru, gatal2 kulit mak nanti, itu pasal dia tak pernah beli baju raya untuk dia sendiri."
Saya seorang ibu dan saya tau kenapa mak dia reka alasan begitu.
Kalau ikutkan hati, saya menangis depan budak tu dah tadi.
Begitu lah hati seorang ibu..

41 comments:

  1. rasa insaf sangat, bila kita mengadu kita susah, ada lagi orang yang lebih susah dari kita. sedih sangat

    ReplyDelete
  2. sungguh haru cite budak itu..moga jadi tauladan tuk kite kan kak :)

    ReplyDelete
  3. itulah kehidupan dunia...
    setiap orang berbeza jalan ceritanya
    dan setiap orang wataknya juga berbeza.

    nak buat macam mana...

    ReplyDelete
  4. mokwo pun tak de baju baru nak raya taun nih..coz tailor tak moh amek dahhh..tapi tak pelah kan
    terharu kan..tapi begitulah realitinya...pd yang berada jgn lupa utk berzakat dan bersedekahlah pd yg tiada

    ReplyDelete
  5. Insaf kak Zai bila baca,anak2 pula sibuk nak cari barang yang ada branded.

    Pernah dengar seorang ibu tak suka makan ayam tapi sebenarnya utamakan anak2nya.

    ReplyDelete
  6. Cikgu...
    tugas cikgu bertemu dengan berbagai-bagai peringkat masyarakat... ada yang senang dan ada yang susah...
    seronok jugaklah rasanya...
    Kisah budak itu memang mengesankan sekali.
    Pengorbanan ibunya memang sangat besar...

    ReplyDelete
  7. mintak cikgu tolong ingatkan saya balik masa nak raya nanti.. saya teringin nak belikan dia sepasang baju raya.. tolong ye..sbb saya mudah lupa..

    ReplyDelete
  8. zuwaidah,
    anak2 kita lebih bernasib baik dari budak ni..alhamdullilah.

    ReplyDelete
  9. Huda,
    budak2 membuka mata hati kita

    ReplyDelete
  10. Aku,
    pengalaman hidup yg berbeza..

    ReplyDelete
  11. Betul tu Mokwo, jgn lupa berzakat

    ReplyDelete
  12. zaiton,
    sesekali kena dedahkan cerita begini kepada anak2 kita..

    ReplyDelete
  13. ibu dan abah,
    'unsung heroes'thats what she is.

    ReplyDelete
  14. a. samad jaafar, InsyaAllah, saya pun pelupa juga..

    ReplyDelete
  15. Kesiannya dgr cerita Anak Kecil ini, hidupnya tak seperti kanak2 bertuah yg lain...itulah penting zakat n sedekah dpt mbantu mereka yg kurang bnasib baik

    ReplyDelete
  16. IM pun jarang beli seluar baju sendiri tetapi seluar baju anak-anak silih berganti...

    ReplyDelete
  17. setiap raya cik ina tak akan beli baju baru selagi tak belikan anak-anak dulu. bukan cik ina seorang cam tu, pasti cikgu dan semua ibu kat luar sana pun cam tu. bila ada lebih duit baru beli tuk kita. hani cikgu yang memahami.

    ReplyDelete
  18. Aju, byk lagi kisah yg meruntun hati yg kita dgr dari mulut anak2 ni..itu lah kalau nak bersedekah, kat sekeliling kita pun dah memadai, tak payah cari sampai hujung dunia.

    ReplyDelete
  19. IM,yer lah IM, kita ni tak beli kerana itu pilihan kita bukan kerana terpaksa..Kalau kita berada di tempat mak budak tu, kita pun akan sediakan jawapan yg begitu jugak kann

    ReplyDelete
  20. Cik Ina, memang lah keutamaan pada anak2...semua ibu bapa pun begitu.

    ReplyDelete
  21. cerita dizaman ini yang kita mampu bayar topup saja hampir beratus.
    eloklah bayar zakat kepadanya. kalau cikgu ada no akaunnya, itu sudak baik.

    ReplyDelete
  22. kalau ini kisah benar
    kasihan sungguh anak itu

    kecil2 sudah tahu erti hidup..
    kalau anak ini ada kesedaran
    pasti dia akan belajar bersungguh2
    untuk membaiki taraf hidup dia

    jika kita susah
    hanya pendidikan yang mampu mengubah keadaan kita

    saya yakin begitu..sgt yakin!!

    ReplyDelete
  23. cikli,
    ramai yg lebih memerlukan, kalau kita tgok di sekeliling kita pun dah cukup.mana yg mampu tu eluk lah bersedekah dan mengeluarkan zakat sempena bulan baik nanti.

    ReplyDelete
  24. Sarah, ni baru seorang..ramai sebenarnya yg miskin dan perlukan bantuan..rakyat msia ni pemurah cuma jgn lah kera di hutan di susui anak di pangkuan kelaparan..

    ReplyDelete
  25. teringat anak kakak munna yg dah jadi anak yatim... tapi nasib anak buah munna agak baik kerana kakak munna berdikari orgnya...

    ReplyDelete
  26. Hani dan orang lain yang menjadi guru selalu melihat sendiri masalah seperti ini di sekolah. Ada sahabat CM yang peruntukkan wang gaji setiap bulan untuk anak-anak miskin di sekolahnya. Kalau ada sesiapa yang nak bersedekah, cuba tanya cikgu.. tentu boleh tunjukkan..betul tak Hani

    ReplyDelete
  27. terharunye...
    anak saya pun ade citer yg kwnnye tak ibu...ayahnye yg uruskan semuanye...

    ade jugak yg tak bapa...ibunye susah...bile dia citer rase mcm nak menitis air mate ni...cube membayangkan kalau anak kite nasibbnye mcm tu...dan cube bantu setakat mane yg boleh..

    ReplyDelete
  28. terharunya. moga budak nie berjaya dalam hidup dan membalas jasa ibunya.

    ReplyDelete
  29. Berair mataku dan sangat sebak! :(

    ReplyDelete
  30. munna, kakak munna tu seorang ibu yg tabah dan gagah..alhamdullilah

    ReplyDelete
  31. che mid, kami guru ni bermacam cerita ikhlas dari murid yg kami dgr..menginsafkan kami.

    ReplyDelete
  32. cikguden,
    itu lah doa kami cikgu2 ni

    ReplyDelete
  33. Kak chik, ingat saya sorang yg nak berair mata depan dia..

    ReplyDelete
  34. A.I,
    hmm..tak sangka kan di sekeliling kita pun ramai yg susah

    ReplyDelete
  35. Terharunya baca N3 ni kak. Kalo Ate, pasti dah tak dapat control ayu lagi. Mesti dah hujan merembas.

    Teringat cerita anak sedara yg pernah belajar dekolah rendah di Sabah. Dia citer ada kawan dia tu, mmg rajin puasa pasal tak de duit nak beli makanan. Sahur pun minum air kosong jer. Dan budak tu pun 'agak nakal' dan sgt aktif. Tapi citer akak ni lebih mengharu birukan hati Ate. Org mcm ni patut terima zakat.

    ReplyDelete
  36. Ate, mcm2 kepayahan yg dapat kita dgr dari mulut budak2 ni..

    ReplyDelete
  37. Kak, dari dulu saya selau baca tulisan akak, terlalu byk yg akak kongsi, tqvm kak. Moga kehidupan akak sekeluarga selalu dirahmatiNya..

    ReplyDelete

Thanks for the thought and for dropping by.
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan jejak.