Sunday, August 7, 2011

Cikgu WanNor yang saya kenali.

Sakit perut saya gelakkan cerita dari kawan saya tadi.
Cikgu WanNor ni kawan saya.
Dia ni, seorang yang jenis gopoh..
Segala benda jadi tergopoh gapah.
Nak di jadikan cerita, satu hari dia ke kelas tergopoh gapah macam biasa lah.
Tapi hari ni entah kenapa dia rasa ada yg tak kena.
Dia perasan yang 'Handbag' dia berat dari biasa.
Tapi oleh kerana nak cepat, walau luar biasa beratnya, dijinjing juga ke kelas bersekali dengan buku tulis murid.
Masuk saja ke kelas, ada lah budak sorang ni pandang dekat Cikgu WanNor semacam saja.
"Cikgu , kenapa cikgu bawak dua handbag hari ni?"
Haaa...kan dah kata, sebab perangai gopoh dia tu lah.
Rupa nya tak pasal2 masa nak bangun dari meja di bilik guru tadi,
selain dari handbag sendiri,
dia juga telah terbawak sekali handbag cikgu yg duduk di sebelahnya.
Handbag cikgu tu pulak memang dah terkenal berat melebihi had muatan.
Padan lah berat bebenor rasa nya....
Itu lahhh...lain kali gopoh lagi...!

19 comments:

  1. kahkahkah lawak bulan puasa.kirim salam cikgu wan nor

    ReplyDelete
  2. Ha ha ha.... tumpang gelak. Banyak lagi cerita tentang dia yang dia sendiri cerita, bagai senak perut kita mendengarnya.

    ReplyDelete
  3. cikgu yang lagi satu tu tak mencari ke handbag dia? :)

    ReplyDelete
  4. Nasib baik handbag kawan. kalau handbag orang tak dikenal, sahih dituduh peragut..

    ReplyDelete
  5. hehe...

    lawak la..kepoh sampai xperasan terambil beg tangan org lain jugak..ehheh...huawwaw

    ReplyDelete
  6. bila dalam keadaan tergopoh gapah.. memang macam2 boleh terjadi...
    saya pun pernah kena yang teruk lagi.. nanti saya cerita dalam entry...

    ReplyDelete
  7. Haa..Makcu B pun ada tadi kat bilik guru kan?
    tergelak besar kita semua tadi..

    ReplyDelete
  8. a kl citizen,
    puas lah satu sekolah di cari nya hbag dia tu..tapi last2 dia pun tergelak besar.

    ReplyDelete
  9. IM, yer, nasib baik kat sekolah, tempat semua org mengenali antara satu sama lain.

    ReplyDelete
  10. iLA HonEyBuNNy,
    tu lah, lain kali kena hari hati..

    ReplyDelete
  11. Ibu d Abah,
    yer ke...tak sabar nak dengar ni..

    ReplyDelete
  12. cikgu, mesti dia bercita -cita nak pakai dua handbag. cerita ni menceriakan suasana pagi cik ina .

    ReplyDelete
  13. tu la gopoh sgt...kan dah terbawa 2 sekali...kesian cikgu yg sorg lg dok cari h/bag dia ye....

    ReplyDelete
  14. hihihi...memang gopoh benor..hahaha
    gelak sorang2

    ReplyDelete
  15. nak tahu... yg lucu lagi bila rakan2 tanya hbeg warna apa, nak tolong carikan... dia sendiri lupa bawa hbeg warna apa hari tu..maklum la hbeg mcm2 colour dia ada dan slalu berganti...hahaha

    ReplyDelete
  16. tambah melucukan lagi tuan puya hbeg tu bila sibuk mcari hbeg tak der rakan2 tanya apa warna nak tolong carikan...dia sendiri pun x ingat bw hbeg warna apa hr tu..maklumlah selalu bertukar hbeg stiap hari...

    ReplyDelete

Thanks for the thought and for dropping by.
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan jejak.