Thursday, August 18, 2011

Proses ambik hati berjalan lancar.


Selalunya Anis sahur di temani Bibik saja.
Saya hanya bangun untuk minum dan makan ubat.
Pagi ni Anis happy nenek bermalam di sini.
Ada geng sahur.
Ada lauk lain pun Anis nak telur mata kerbau dgn tomato.
Nenek pun makan mcm Anis juga. Tak sentuh lauk lain.
Anis nak Milo ais di pagi2 buta ni.
Nenek yg tak suka minuman sejuk, teguk milo ais jugak.
Sambil makan, nenek dan Anis tak berhenti bercerita.
Pandai nenek ambik hati cucu.
Lepas makan selalunya Anis tonton TV sementara tunggu subuh.
Saya pun begitu.
Tapi pagi ni saya ngadap laptop, siapkan kerja sekolah.
Nenek tak suka TV di buka pagi pagi lagi.
TV bercuti pagi ni.
Pagi ni Anis mengaji quran dengan nenek.
Bila nenek buka yasin, Anis pun ikut sama baca.
Belum masuk subuh Anis dah siap dalam telekung.
Pandai Anis bodek nenek yer.
Sewaktu melintas depan bilik nenek, saya terlihat nenek hulur duit warna purple untuk Anis.
"Buat beli baju raya...." Kata nenek.
Anis senyum sampai ke telinga.

The moral of the story:
Hidup ini kena pandai berlakun.

42 comments:

  1. bestnya bila ada nenek kan.
    Manja dengan nenek biasanya lain sikit berbanding manja dgn mak dan ayah.
    Bestnya anis, bulan puasa dah dapat duit raya :)

    ReplyDelete
  2. patutlah Rosyam Nor dah jadi jutawan .. hehe !

    ReplyDelete
  3. berlakun untuk orang yang disayang, memang selalu... :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum:)

    Tak salah kan andai 'lakonan' kita untuk kebaikan semua..harap tiada hati yang terasa..berkecil hati..maupun yg terluka..:)
    "berlakon" untuk kebaikan..:)

    p/s:
    Suka baca citer nenek dgn cucunya,SiAnis...:)ada org kata..,sayang nenek pada cucu kadangkala mengatasi sayang anknya sendiri...betul ke?:)

    ReplyDelete
  5. 'lakonan' mcm tu mmg boleh membahagiakan hidup =)

    ReplyDelete
  6. hihi pandai ye anis bodek nenek..

    ReplyDelete
  7. itu kaedah orang cerdik pandai, kak ;)

    ReplyDelete
  8. cikgu...
    itu bukan berlakon..
    itu tandanya nenek dan anis saling sayang menyayang....
    bukan boleh pura2 kalau takda rasa kasih dan sayang...

    ReplyDelete
  9. cucu dengan nenek .... memang kalah ...

    ReplyDelete
  10. kak hani
    benda baik kena di latih tubi...InsyaAllah berterusan ke penghayatan...

    ReplyDelete
  11. Cikgu silap kata Anis berlakon dia pandai ambil hati nenek. Kakak suka cara Anis sebab itulah nenek sayang dia. Tak apa susah sikit janji nenek bahagia. Lihatlah dia hulur duit seratus pun dia tak sayang demi cucu yg pastinya sejuk dihati dan matanya...

    Anis nak beli apa dgn duit itu agaknya...:)

    ReplyDelete
  12. senangnya nak dapat note purple!

    macam mana nak berlakun kak, nenek tak ada (tak pernah tengok-meninggal sebelum ros dilahirkan)

    kalau arwah ros masih ada tentu ros pun dapat note purple juga..

    sebak pabila melihat orang-orang tua

    ReplyDelete
  13. itu bukan berlakon, itu betol betol... kasih sayang yg lahir dari dalam jiwa yg ikhlas dari seorang nenek terhadap cucunya... beruntung org yg masih punya nenek sbb nenek tempat bermanja dan curah kasih sayang...

    ReplyDelete
  14. Ishhh..tak baik bln2 pose ni akak tuduh2 anis berlakon. Mana tahu dia mmg ikhlas nak jaga hati nenek tanda sayang dan hormat. Duit nenek bagi tu 'bonus'...:).

    ReplyDelete
  15. Beruntung anis dapat nenek yang penyayang.

    ReplyDelete
  16. kamceng sungguh nenek ngan cucu tu...

    ReplyDelete
  17. Terkadang puas berlakon.... sampai ke watak yang tak pernah dibawa oleh mana2 pelakon di Malaysia ni, tapi produser wat derkkkkk aje. Penat tau!!!

    ReplyDelete
  18. berlakon?
    berlakon mybbkn disyangi..
    besnya bertemankn nenek

    ReplyDelete
  19. kasihredha,
    Budak2 suka nak raya, kita yg tua ni..nipis poket.

    ReplyDelete
  20. al lavendari,
    sepatutbya saya pun dah lama dapat award pelakon terbaik.

    ReplyDelete
  21. pn kartini,
    yer, kita yg dah ada cucu ni saja yg tau kan?

    ReplyDelete
  22. qemaisyak,
    Anis belajar dari mummy.

    ReplyDelete
  23. ros,
    Semoga nenek dicucuri rahnat dan tenang lah dia di alam sana.Alfatihah.

    ReplyDelete
  24. Pena Rozie,
    best la tu sampai senyiummmmm manjang!

    ReplyDelete
  25. secangkir madu merah,
    Cobaaaaannnnnn...

    ReplyDelete
  26. Zaitun,
    alhamdullilah, Anis masih ada 2 neneks

    ReplyDelete
  27. Wahida,
    Kena pandai ambik hati kannn..

    ReplyDelete
  28. MakcuB,
    dah kenapa lakun kan watak pontianak harum sundal mlm? cuba berlakun jadi puteri gunung ledang ke...saya berlakun jadi nenek kebayan jer yg saya pandai.

    ReplyDelete
  29. Sal, tak kira lah disayangi oleh siapa2 pun...asal di sayangi, dah best sgt2 kan?

    ReplyDelete
  30. Ann,
    hheheheee..kami ni mmg dah pakar bab ubah watak sekelip mata kalau nenek ada..

    ReplyDelete
  31. sukanya ada nenek.. na dah tak ada nenek2.. skrg anak2 na lak yg bermanja dgn atok dan nenek.. hehe..

    ReplyDelete
  32. punyerlah best prend diaorg berdua tu..the best actor..keh keh keh

    ReplyDelete

Thanks for the thought and for dropping by.
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan jejak.