Saturday, October 15, 2011

Di lebuhraya timur barat. aku temui damai yg sementara.

Siapa yang dapat menduga sedalam mana
air di tasik itu.
atau mungkin cetek dan menjadi syurga ikan berenang.
Sejuk dingin atau suam kah..
atau mungkin juga bergelora dan berlubuk puaka.
Mungkin juga ada rahsia,
tertanam di dasar nya diam tidak terusik.
Petang tadi sewaktu aku di situ,
mau saja aku tumpahkan segala resah duka.
biar segala serpihan luka menjadi makanan ikan ikan.
ku ingin benamkan sepi yg terbuang.
Wahai Tasik Banding yang terdampar di depan ku.
Kongsilah isi hati ku...
Sesungguhnya yang tenang dan damai itu hanya lah kamu.
Aku tidak begitu....

18 comments:

  1. Tasik Banding ni di Grik ya? Saya dengar sini memang tempat popular si kaki pancing..

    Jaga, jangan sampai mereka terpancing luahan hati HANI plak... hehehe

    ReplyDelete
  2. siapa tahu, di dasar tasek itu sang naga sedang bersemayam sambil menunggu mangsa..?

    keh keh keh

    ReplyDelete
  3. betapa duka dan laranyer hati..seperti ada sendu yg tak berpenghujung..sabar lah wahai cikgu..semoga ada sinar happy dihujung sana..

    ReplyDelete
  4. nak tahu dalam tak dalam, pokok hutan di lembah dulu tenggelam ghaib

    ReplyDelete
  5. biarlah segala keresahan tertinggal di situ, semoga hati menjadi lebih damai :)

    ReplyDelete
  6. Salam, akak tak pernah tergerak utk meluah isi hati kpd tasik atau laut, bukit atau gunung, hanya selalu berkata dgn yg esa, bertanya dgn yg satu..

    ReplyDelete
  7. IM juga pernah begitu. Berbisik ke laut supaya ambil keresahan hati ini. namun akhirnya, IM akur bahawa yang paling baik untuk mengubati keresahan adalah kekentalan kita berdepan dengan dugaan itu, pasrah pada tuhan dan biar masa mengubat segala luka.

    ReplyDelete
  8. Aziezah, luahan hati ni saja saja jer..Begitu lah kita kan, mudah tersentuh dengan keindahan alam ciptaan Tuhan

    ReplyDelete
  9. Aku,
    Naga? bukan di tasek cini? sepupu dia kot.

    ReplyDelete
  10. ieja, Kalau mendatar saja nada kehidupan kita tak best, boring, kena ada pasang surut jugak.Alhamdullilah segalanya baik baik saja.

    ReplyDelete
  11. Cikli,
    dah tenggelam dan menjadi tukun ikan.itu yg menambahkan keindahan nya

    ReplyDelete
  12. aju, keresahan yang patut di hapuskira.

    ReplyDelete
  13. Kak Marina, begitu lah kita semua pun..Hanya pada Tuhan tempat berserah.Hanya dia yg tau.

    ReplyDelete
  14. IM, Masa kadang tu menjadi ubat penawar kadang2 masa juga menbiakkan api dendam.

    ReplyDelete
  15. moga suatu hari nanti..kebahagiaan akan bertandang juga di hati..

    ReplyDelete
  16. kak, naga tasek cini dah pindah.

    dia pernah duduk kat tasek bukit merah juga... kih kih kih

    ReplyDelete
  17. kak

    biar kata orang calm water dont say no croc...ha ha ha....


    cer citer cer iter...

    ReplyDelete
  18. luahkan segalanya kak...semoga hati kembali tenang....

    ReplyDelete

Thanks for the thought and for dropping by.
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan jejak.