Sunday, December 11, 2011

Kehilangan


Sewaktu memandu dari Ampang ke Kota Bharu,
di Daerah Merapoh saya terima khabar duka.
Kakak dgn suara tersekat sekat.
Mengumumkan kehilangan.
kakak sulong saya kehilangan suami,
anak2 saudara saya kehilangan bapa,
saya kehilangan abang ipar,
Kami kehilangan orang yang tersayang.
Tak sempat lah saya berada di sisi dia di hembusan nafas terakhirnya.
Tak apa lah saya redha, sudah ketentuan Tuhan begitu.
Masih ada 3 jam lagi untuk saya terus memandu ke kediaman mereka.
Wajah kakak dan anak2 saudara menjadikan pandangan acap kabur.
Mau cepat sampai ke destinasi, memandu dan sekali sekala menelan tangisan.
Terimbau juga kenangan bersama Arwah.
'Father figure' yg amat saya hormati.
Dia lah penaung setelah saya kehilangan ayah sewaktu di bangku sekolah lagi.
Pendiam dan sentiasa tenang..Tidah pernah meninggi diri
Kak Zah pula macam mana lah dia nanti,
Tabah kah dia, kuat kah dia..
Sepi kah dia, sunyi kah dia....
Rumah besar itu terasa kosong nanti.
Sebagaimana kosong nya hati kakak ku itu bila sudah hilang tempat mengadu.
Bila kematian hadir, sekian yang di tinggalkan ini
turut merasakan kehilangan yg panjang.
AlFatihah, semoga roh Abg Mad di cucuri rahmat dari Tuhan,Amin.

20 comments:

  1. alfatihah, semoha rohnya dicucuri rahmatNya

    ReplyDelete
  2. Alfatihah...salam takziah untuk Kak Hani dan seluruh keluarga. Ketentuan yang pasti tiba untuk kita semua...

    ReplyDelete
  3. Alfatihah untuk roh almarhum abang ipar Cikgu hani. Takziah kepada Cikgu dan keluarga.

    Semoga semuanya tabah menerima takdir Allah ini.

    ReplyDelete
  4. al Fatihah..moga rohnya dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  5. Al-fatihah.... Moga rohnyer dicucuri rahmah....

    ReplyDelete
  6. "Alfatihah...takziah utk kakak kak hani...smga kakak akak,ank2 buah akk dan seluruh keluarga redha dgn ketentuanNya.."

    ReplyDelete
  7. Al-Fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat..
    Takziah utk kak Hani dan keluarga..

    ReplyDelete
  8. hanya jangan kehilangan sabar dan doa..

    ReplyDelete
  9. AlFatihah buat arwah..semoga rohnya dicucuri rahmat.
    Salam Takziah buat hani dan keluarga

    ReplyDelete
  10. Cikgu,
    AlFatihah..
    Semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin.

    ReplyDelete
  11. Salam
    Innalillahiwainailahirojiun
    Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
    salam takziah pada kak hani sekeluarga.

    ReplyDelete
  12. Al-Fatihah semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..
    redhalah diatas pemergiannya sesungguhnya yg hidup pasti akan mati..kita juga akan menyusul nanti.. takziah dari saya

    ReplyDelete
  13. Takziah dari kakak buat cikgu. Itulah suratan Allah... dari Dia kita datang kepadaNya juga kita kembali.

    Moga Kak Zah (kakak cikgu) tabah menghadapi ujian ini.

    Buat arwah abang mad alfatihah...

    ReplyDelete
  14. alFatihah.
    semoga dia selamat di sana. kebaikannya telah nyata di sini.

    ReplyDelete
  15. Al-Fatihah buat arwah abang ipar kak hani... dan salam takziah buat seluruh ahli keluarga arwah....

    ReplyDelete
  16. Al Fatihah ...

    Semoga diberi kekuatan ....

    ReplyDelete

Thanks for the thought and for dropping by.
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan jejak.