Sunday, January 15, 2012

Ombak tidak lagi rindu


Aku adalah camar yg tidak lagi mau singgah di pantai mu.
Sudah jemu menjala ombak yg datang dan pergi.
Bayu resah sudah bermukim.
Pantai mula tenang
Air pasang di muara
Tersenyum mentari jingga.
Kamu terus lah meredah lautan.
Hanyut bersama pasang surut arus.
Pendayung sudah di tangan.
Nakhoda terbilang seperti kamu
tidak kan tenggelam.

Maaf, aku sudah tidak sanggup mabuk laut.
Hari ini aku mau pulang,
Tanah daratan tidak semasin kuala,
namun tidak juga memedihkan mata
Selamat tinggal pasir pantai ku.
Semoga ombak kembalikan rindu mu.

17 comments:

  1. assalamualaikum..
    terpikat ngan kata2nya..
    sgt puitis..

    ReplyDelete
  2. begitu puitis sekali..
    sy ni mmg xreti la nk wat puisi bagai,
    sekolah dulu science stream lagilah ayat straight fwd huhuhu

    ReplyDelete
  3. wah cikgu Hani, mendalam sungguh puisi ni. nice poem.:)

    ReplyDelete
  4. papa mifz lak tak sabar nak jumpo ombak..hehe

    ReplyDelete
  5. Camar..
    tanpa hadirmu aku resah,
    bagai nakhoda tidak berkemudi..
    bagai kapal tidak berlaut. 
    bagai pintu kehilangan kunci

    tanpa hadir mu aku gundah
    bagai lagu tanpa irama.
    pincang menerpa
    bagai langit tidak berbintang
    suram lara.

    ReplyDelete
  6. ...dan mudiklah nakhoda keseorangan, dengan dayung di tangan, menuju matahari mati dan dia mati bersama-samanya...


    (ending kena ada mati-mati tak? hahaha)

    ReplyDelete
  7. akak ingat tajuk dekat2 dengan ombak rindu, rupa2nya sajak puitis penuh makna.. akak x brapa nak pandai menulis tp minat tengok org pandai cipta sajak cam ni.. tahniah dan teruskan ..

    ReplyDelete
  8. lina,
    setakat nak merapu mcm akak ni tak perlu jiwa puitis pun...heheeh

    ReplyDelete
  9. Deru ombak,
    wahh...ni baru puitis namanya..

    ReplyDelete
  10. Aku,
    hahahaaa...macam cerita tamil, matikan watak itu pasti.

    ReplyDelete
  11. aimaniman,
    tq..saya ni bukan penulis, mendapat ilhan dari hati yg berkecamuk saja.

    ReplyDelete
  12. MUNNA SAMPAI SKRG TAK TGK PUN LAGI FILEM OMBAK RINDU

    ReplyDelete
  13. Sallam Cikgu Hani,

    Terbuai dengan kata2 yang indah
    lagi puitis. Pandai Cikgu bersajak.

    ReplyDelete

Thanks for the thought and for dropping by.
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan jejak.