Cukup lah,
tidak perlu terus bertanya khabar jika sapaan2 itu,
sekadar rutin yg memenatkan.
Sebenarnya kita tidak pernah hirau,
samaada aku begini atau engkau bagaimana.
tidak ada bezanya walau jawapan apa pun.
kerana soalan itu bukan dari hati.
Kita ini sudah lama mati rasa.
diantara kita harus ada yg berani buka mata.
Sudah sudah lah lena dalam khayal.
Celik dan hadapi kenyataan.
Cukup lah,
Kita langkah lah ke arah yg bertentangan.
Biar semakin jauh dan tidak menyesakkan.
Kau tidak perlu hafal nama ku,
sebagaimana aku juga tidak akan berbuat begitu.
Masa akan merawat segalanya.
Bukan payah mana pun
kerana sebenarnya kita hanyalah
boneka di pentas pura2
yang kita reka.
Khas buat kawan baik saya Nor..
Assalamualaikum Puan Hani,
ReplyDeleteAllah menduga kita kerana Dia tahu kita boleh menghadapinya, Dia mahu kita merasainya untuk kita sentiasa kembali kepadaNya.
Semoga sahabat Puan sabar dan tabah menghadapi segalanya.
kenapa sajak itu ditujukan khas kepada kawan baik pulak ?
ReplyDeleteNor itu bukan kakcik, kan?
ReplyDeleteSebab kakcik juga disapa dengan nama Nor... hehehe.... :)
pentas kehidupan penuh drama. huhu
ReplyDeleteMieza,
ReplyDeleteInsyaAllah, dia seorang yg tabah.
Al lavendari,
ReplyDeleteSaya cuba untuk berada di tempat dia dan tumpang rasa apa yg di rasa melalui puisi untuk dia.
Kakcik, hahahaa,,,sah bukan kakcik tau.
ReplyDeleteSalam Kak Hani...
ReplyDeletePuisi yang penuh makna,
Menyusuk jiwa
bagi yang ada rasa....:)
Azi, itulah yg di rasakan oleh kawan baik kak Hani sewaktu dirinya sudah tidak di ambil peduli lagi..
ReplyDeletepuisi yg menarik.. gaya bahasa yg sempoi dan mudah difahami.. mesej yg nak disampaikan saya dapat rasa... simpati pada sahabatmu yg bernama Nor itu..semoga dia tabah dan sabar..
ReplyDeletewah...pilu rasanya.
ReplyDeletemoga kita semua sentiasa sabar & tabah menahan segala jenis dugaan..
ReplyDeletepenuh makne tu....
ReplyDeletemak aiiii, mendalamnya maksud...
ReplyDeletepandai la akak karang...kagum!!