Tuesday, November 3, 2020

Kesembuhan buat kakak ku.

Kak
Dia kakak ku
Dia menyaksikan aku membesar dan menjadi dewasa.
Mengajar dan membimbing 
Sekali sekala memegang watak ibu.
Kak
Kelmarin kakak ku mendapat serangan jantung
Sewaktu di rumah dia rasa sesak nafas dan sakit dada.
Mujurlah anak menantu kak ada bersama
Cepat cepat bawa ke unit kecemasan HRPZ
3 hari kak berada di sana.
Wad 8 jadi rumah sementara
Sabar la kak, sakit itu penghapus dosa.
Tanda Tuhan ingat kita, sayang kita.
Kak
Nie belek foto2 kak yang ada dalam simpanan.
Dalam foto ni ada kakak ku yg sorang lagi
Di mata mereka berdua, aku tidak pernah dewasa.
Sentiasa perlu di tunjuk ajar dan sentiasa perlu di selia
Sayang kamu berdua.
Kak
Cepat sembuh tau.
Cepat kembali sihat macam biasa
Nanti kak boleh ke masjid semula.
Boleh jalan2, makan2,isi masa macam biasa
Kak,
I am always here for you.
 
Kak
Kak sentiasa ada dalam setiap doa ku.
InsyaAllah Tuhan akan permudahkan segala nya.
I love u to the moon and back.

3 comments:

  1. Semoga kakak cepat sembuh. Banyak doa dan bersabar.

    ReplyDelete
  2. semoga diringankan kesakitan dan diberi kesembuhan yang tiada berulang sakitnya, Amiinnnn.

    ReplyDelete

Thanks for the thought and for dropping by.
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan jejak.