Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, October 4, 2009

Bantulah aku...

Di sini lebuhraya yang sesak.
Persimpangan yang banyak.
Tersalah lorong.
Destinasi lain yang menanti.
Sedangkan hala tuju ku
bukan di situ..
Aku cuba membaca arah
Pun tidak membantu
Seperti si buta yang kehilangan tongkat
Aku menyusuri jalan tidak tahu.
Kan lebih senang,
kalau aku biarkan minda membawa aku
kesana sini..
Kaki rupanya tali barut hati.
Membuat keputusan yang menyesatkan.
Hendak pulang ke pangkal jalan amat susah.
Di lebuhraya yang sesak ini..
Aku mencari Dia.
Selamatkan aku ini.
Sebelum aku dihanyutkan arus deras
Kerana tiba tiba aku hilang arah
Buntu.


Saturday, October 3, 2009

Semalam di Kuala Terengganu

Indah damai bertemankan Anis, mentari dan Pantai Batu Buruk.












Sarapan nasi dagang Kak Zah..Sedapp!
Tak sah kalau tak makan Nasi dagang Terengganu ni..
Bukan sekali..berkali kali.
Keropok pun sedap..
Sata kat besut tu best giler
Otak otak pun..hmm enak.
Aiskrim Goreng jugak.






Anis makan sea food di Pantai Penarik..
Ikan se ekor rm15 ringgit.
Ingat dah kawasan perikanan murah sikit.
Biasa la dah kawasan tumpuan.
Sotong,
Udang,
mcm2..
Kenyang sungguh..






Wak menda duk sini..?
Main dang ke?
Dok eh..
Dok kang dok tau,
Kita khabor doh kang, kite jalang jalang jah..makang anging ujung minggu..lapang fikirang!

Friday, October 2, 2009

Suke nyer kite....


My sista came back from KL just now. With her comes along a pair of new croc sandals for me. Its a gift from my elders son Hafeez...Thank you son, Sooooo happy to see the sandals and even happier knowing that the sandals are a gift from you. Alhamdullilah, God is listening....
( Not to forget, TQ Kak for bringing those sandals home)

Duhai mentari pagi yang menyapa..



Thursday, October 1, 2009

Ada jugak yang ingat aku ni..

Terima Kasih.
Rezeki melimpah ruah.
Ada saja buah tangan yang aku dapat sehari dua ni.
TQ Pah..Or should I thank ur mum for the cookies. ( Sedap la Mek, nanti ajar kita camna nak buat ye..)
TQ Yam..Belacan dari Melaka, walau harga tak seberapa tapi kak Hani memang cukup suka..
TQ Nida..Kueh karas dari perak..Ini sah berterabur habuk depan TV nih..selagi tak habis selagi tu tak leh henti makan...Ranggup.
TQ Za..Semperit yang ranggup dan tak manis sangat..
TQ Da...Acar buah..Hmm, Tak cukup sepinggan la nasi..
TQ Sheila..tak per, bukan 'Robama' pun tak per..Sedap jugak.Next time nak lagi k.
TQ Wan Nor..Buah mangga dah habis..tapi 'colek buah' tu masih berbaki..masuk peti ais lagi.
TQ Ros..Anis and Iffah suka betul!
TQ Uztaz...Pandai isteri ustaz masak, nak resepi boleh?
TQ Mr Teow...U never forget to send me those chocolates
TQ Kak Zan..Ada lagi?? nak lagi...
TQ My Pupils...Letih nak habiskan biskut dan kek tu..Banyak sungguh!
TQ to all that make me feel that there is always a place for me in your hearts.
TQ TQ TQ
Terima Kasih Daun Keladi..,
Kalau Boleh, Nak Lagi.......dan lagi, dan lagi, dan lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...