Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, June 3, 2010

Dia menoleh kearah saya dan merubah segalanya..

Saya pernah rasa saya ni macam ombak.
Kelmarin pun masih rasa begitu.
Malah saya memang suka jadi begitu.
Suka pada kebodohan ombak yang tak jemu menghempas pantai.
Selalu bandingkan diri saya dengan ombak.
Sama bodoh macam ombak.
Membiarkan di jadikan bodoh.
Tadi dia mengajar saya untuk menjadi diri saya sendiri.
Bukan ombak.
Bukan bodoh.
Dia mengajar saya untuk menerima diri sendiri seadanya.
Melihat secara positif apa yang saya ada
dan tidak kesal atas apa yang tidak kepunyaan saya.
Hati lebih tenang begini.
Jiwa tidak menderita.
Saya yakin dengan aura positif yang ada pada dia,
saya akan lebih bahagia.
Terima kasih kerana hadir di waktu saya anggap saya sudah menjadi ombak.
Rupanya saya tidak akan pernah menjadi ombak.
Saya adalah saya.

( Kehadiran dia dalam hidup saya amat saya hargai..Terima kasih Tuhan...)

Banyak tul Hadiah hari ni...TQ

Hari ni sambutan hari guru peringkat sekolah.Orang lain dah lama sambut, sekolah saya ketinggalan. Sebenarnya kami nak tunggu hari akhir penggal persekolahan. Lagi meriah sebab bersempena sambut kedatangan cuti pertengahan tahun.
Banyak juga saya dapat cenderahati dari anak murid. Terharu jugak la, kita hari hari duk marah marah dia orang, duk pot pet pot pet macam mak nenek..kadang kadang ringan tangan nak cubit jugak kalau melampau tu...Tapi anak anak ini 'innocent'. Dengan tulus, mereka hulurkan hadiah dengan ucapan sekali. Saya cuma berharap mereka faham yang setiap cikgu tidak ada lain dalam hati kecuali hendak memberi bimbingan..Hendak mengubah mereka dari tak tau kepada tau, dari kertas kosong pada kertas bercorak.
Kami hanyalah membantu sedaya kami, yang menentukan masa depan mereka adalah hak Allah di samping usaha dan keberkatan masing masing.
Hari ini selain dari mendapat ribuan ucapan 'Selamat Hari Guru' dan 'Terima kasih cikgu', saya juga ingin ucapkan 'Terima kasih anak murid ku' dan semoga ilmu yang diberi dapat di manafaatkan nanti..Salam penuh ikhlas dari Cikgu Hani.

Wednesday, June 2, 2010

Clarinese, vicks, ubat batuk cap kelapa laut?


Adakah anda batuk selsema?
Batuk dan batuk lagi...
Hidung tersumbat dan muka rasa panas.
Kepala pusing.
Badan rasa lemah.
Sakit urat sendi.
Lemah, rasa nak tido
Suhu badan naik.
Demam la tu..
Dah.
Gi main jauh jauh..
Berjangkit!


Ok Ok, tau awak tak sihat..Saja jer nak put a smile on that sulking face. Cian tengok awak tu,suara pun dah ngalahkan kodok..Jangan lupa makan ubat dan rehat sepenuhnya. Senyum la sikitttt.............

Tuesday, June 1, 2010

Satu malam Si Yap tak leh tido...

Saya terima SMS dari seorang kawan.
"Kak Nie, doakan saya tidak mati"

Selepas satu jam...Ini yang saya terima
" Tak mati...fuhh lega!"

Saya ingatkan saya saja yang takut dengan dentist.
Rupanya kawan saya ni laaaaagi takut.

Ni E3 untuk saya

Saya tak apa apa.
Saya bukan tak biasa hadapi situasi begini.
Saya harus sabar..Sepatutnyalah.
Tapi saya ni tidak begitu
Namun dalam hati saya tetap berdoa,
Tuhan, selamatkanlah saya dari bencana hati
Mungkin saya terlalu takut pada kemungkinan,
maka saya cepat membuat andaian.
Mungkin saya salah,
dan sememangnya saya berdoa agar andaian saya salah.
Tapi bagaimana kalau saya betul?
Runtuhlah langit menimpa kepala.
Takut nya saya..bimbangnya saya..

Ini lah saya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...