Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, June 6, 2010

Cuti Sekolah itu maksudnya kenduri.

Hari ni cuti.
Cuti pertengahan tahun bagi sekolah2 di Malaysia
Hari ni saya nak pergi tempat kenduri.
Banyak sungguh kenduri.
Kesian perut saya terpaksa kerja lebih.
Tak boleh ke tukar menu sikit..
hidang la makanan yang tidak nyusahkan perut
Hidang biskut ping pong ke, kerepek ubi ke..
Hidang salad buah dan kueh mueh pun tak pe.
Boring tul lah asyik nasi dan lauk yg itu itu jugak.

Saturday, June 5, 2010

Jatuh yang mengajarku untuk bangun.

Hari sudah senja.
Malam merangkak tiba.
Alhamdullilah
Saya bahagia hari ni.
Saya berfikiran positif dan tidak lagi membilang luka.
Musim luka biarlah berlalu..Sejarah.
Saya membilang nikmat kurnian Tuhan yang banyak.
Dugaan yang sedikit itu seharusnya saya redha saja.
Biarlah orang lain mungkin lebih bahagia dari saya.
Saya tak dengki dengan kelebihan mereka.
Tapi saya tahu ramai lagi yg lebih derita.
yang nasib nya jauh lebih teruk dari saya.
Syukur saya ditahap ini.
Malam ini, jam ini, di sini..
Saya tekad tidak mau lagi menangis.
Dan cuba untuk lebih bahagia.

Tidak membiarkan saya sepi lagi.....

Bangun pagi tengok Hset ada sms.
"Selamat Pagi, semoga ceria hari ni".
Jam sepuluh pagi ada kiriman kuih kegemaran.
Rupanya ada orang tidak pernah lupa apa yang saya suka.
Sewaktu online ada pula yang rajin menyapa, sembang kosong.
Memecahkan sunyi di hati.
Jenaka yang menghiburkan.
Hset berbunyi lagi..
Ada yang menanti di hujung talian.
Tut tut..MMS bergema.
Tersenyum walau dimana pun dia berada.
Bila tau saya kurang sihat,
Rajin bertanya khabar,
Mengingatkan saya supaya rajin makan ubat.
Ada risau di hati dia buat saya.
Doorbell berbunyi dan seorang teman berada di situ.
Katanya saja singgah kalau2 saya sudi keluar.
Kalau2 saya kesepian dan perlukan kawan
Sudi..lebih dari sudi.
Nak kemana? ke bulan, ke bintang?
Oh, ke warung yang saya cerita tu.(Ingat awak dah lupa).
Suka nya saya bila ada yang ingatkan saya..
Syukur...
Kehadiran saya di ambil peduli..
Bukan payah mana untuk buat saya rasa dihargai.
Bukan susah mana pun....

Friday, June 4, 2010

Hari ni cikgu jadi kanak2 kembali...

Kami nak hiburkan mereka ni.
Kerana 'guru' sering di labelkan manusia serba boleh maka kami mesti boleh.
Harus boleh buat apa saja demi mereka.
Paling senang untuk menghiburkan mereka ialah menjadi sebahagian dari mereka.
Hari ni kami jadi kanak2 kembali..
Kami nak hiburkan anak2 murid yang memenuhi dewan.
Persembahan yang tak sehebat konsert di Stadium Bukit Jalil pun.
Tapi kami seronok dan bangga kami boleh buat jugak.
Puas bila dengar sorakan dan tepukan gemuruh dari murid2.
Cukuplah mereka jadi peminat setia.
Ini barisan kawan2 guru yang tukar profesyen buat sementara.
Riuh murid2 gelak tengok guru disiplin yang garang dan tegas menjadi nelayan.
Penolong kanan jadi Tok Bomoh Siam..
Uztazah jadi petani,
Dan cikgu yang diminati jadi tukang sapu..
Hari ni demi anak2 ini kita jadi apa saja asal mereka gembira.

Matahari turut tersenyum bila hati berbunga..

Pagi ni mood saya sedikit 'malas'
Hari pertama cuti..
Rasa nak terus bergolek golek di katil lagi.
Sambil tunggu azan subuh ni.
Saya tengok hset..
Ada sms buat saya.
Tersenyum sendiri..
Ada miss call lagi..
Nombor ini walau baru tapi saya cukup kenali.
Terima kasih kerana rajin singgah menemani
Rajin singgah di hati.
Rajin buat saya rasa dihargai.
Selamat pagi..
Seawal subuh saya hulurkan ucapan ini
Khas buat yang ada di sini diwaktu ini.
Orang berbudi kita berbahasa..
Orang sudi memberi
Kita sudi menerima.
Ops!! Dah subuh..
Bye.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...