Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, September 25, 2012

Cerita hantu part 2....

Pagi ni nak cerita pasal hantu jugak.
Bukan hantu yg semalam tu.
Ni pasal hantu yg tengok TV lewat malam..
Setiap pagi, atas meja depan TV bersepah.
Ada gelas, mug, mangkuk bekas maggi, roti, tin biskut dan coklat.
Ada bantal, selimut dan laptop.
Ada sweater, getah ikat rambut dan kadang2 ada kupiah.
Dari bahan bukti ni saya boleh agak hantu mana yg berjaga malam.
TV pun tak off...
Aircon di biarkan berkerja untuk sejukkan kerusi meja,
Kadang kadang saya naik hantu jugak.
Tapi bila kita jenis hantu yang bukan jenama Dracula ni,
Mengamuk macam mana pun,
Orang buat derkkkkk saja.
Buat bazir sound effect dan buang tenaga saya saja.
Bik, ko kemas jer lah...

Monday, September 24, 2012

Eleh, sedap mulut yer kata kita ni penakut..Memang yer.

Ingat tak saya cerita yg saya tidor kat sekolah hujung minggu lepas?
Ingat tak yang saya cerita saya nak tido dalam khemah?
Ingat tak yg saya kata saya ni penakut.
Ingat tak yg saya kata kalau saya nak ke tandas saya akan kejut semua orang dan mesti teman kan saya.
Ingat tak yg saya kata kalau nampak apa2 yg pelik jangan gitau saya.
Ingat tak?
Tak ingat yer....
Itu pasal lah korang cerita pasal benda hitam berbulu tebal mengekori seorang cikgu tu.
Itu pasal lah ada budak yg pucat ketakutan dan matanya melirik tajam ke arah lorong dekat tandas tu.
Itu pasal lah ada murid selisih dgn saya di tandas sedangkan saya tak masuk tandas pun lagi.
Itu pasal lah ada lembaga yg melompat2 dari khemah ke khemah tanpa baju dan mata bersinar merenung cikgu bila terserempak dgn cikgu yg nak check murid....
Itu pasal lah meremang bulu roma saya dibuatnya ...
Itu pasal lah saya lari balik rumah .....
Lain kali kalau nak ajak saya tidor kat sekolah saya tak nak.
T.A.K N.A.K =TAK NAK SE TAK NAK TAK NAK NYA..

Saya tak ada kat situ.....

Seronok baca pasal 'Gathering Bloggers' di Bandar Baru Bangi semalam.
Saya duk tengok foto2 yang di upload oleh mereka.
Ada wajah2 yg saya kenali di alam cyber ni.
Sayang sekali saya tak dapat hadir.
Dah la jarak memisahkan,
masa pun tidak menggizinkan.
Ikut hati memang lah nak jumpa di alam maya.
Hmm..Lain kali jer lah.
Tapi kan,
Saya ni pandai ke bawa diri di tempat yg macam tu?
Berada di antara orang2 yg tak pernah saya jumpa?
Saya kenal siapa saya.
Seorang yang cukup payah nak rasa selesa bila di dalam kumpulan baru di kenali.
Rendah diri kerana saya tau siapa saya.
Takut juga kan, saya ni hanya melukut, serba kekurangan.
Hmm...Nampak gaya nya saya lebih seronok tgok orang lain berseronok.
Begitu lah saya selamanya.
Tumpang gembira.

Sunday, September 23, 2012

Puisi copy paste.

Tuhanku,

Aku tidak meminta seseorang yang sempurna,
Aku hanya ingin dipertemukan dengan,

Seseorang yang kan kusayangi kerana kelembutan hatinya,
Seseorang yang kan kucintai kerana keindahan akhlaknya,

Seseorang yang kan kukasihi kerana kehalusan budinya,
Seseorang yang kan kukagumi kerana kesantunan sikapnya,

Seseorang yang kan kupuja kerana kerendahan hati dan kesederhanaannya,
Seseorang yang mahu menerimaku seikhlas hatinya,

Yang tidak akan pernah menduakan cintaku hingga akhir hayatku tiba,

Seseorang yang kan ku hibur hatinya bila dia sedang bersedih,
Seseorang yang kan ku sapu air matanya ketika dia menangis,

Seseorang yang kan ku jadikan bahuku tempatnya bersandar saat dia penat,
Seseorang yang kan ku dengar segala keluh – kesahnya,

Seseorang yang kan ku pertaruhkan nyawaku demi menjaga kehormatannya,
Seseorang yang ketulusan dan kesetiaan hati ini hanyalah untuknya,

Yang kan selalu kujanji membersamanya hingga malaikat maut menjemputku tiba.


( Ni puisi yang saya copy paste dari pemilik fbook yg bernama I.S.A.(Ihsan Sivam Abdullah) Dia dah bagi kebenaran untuk di paparkan di sini..Sedap kan luahan hati nya..Bertuah lah isteri dia. Cer teka apa nama isteri dia...HANI. hehehe, kebetulan saja tu...)

Saturday, September 22, 2012

Opsss...Dah nak Magrib ni..Syaitan iblis berkeliaran.

Sabtu yang lesu
Tidur seharian.
Dari semalam begini.
Tidak bermaya
Banyak sangat yang berkejaran dalam kepala
Minda letih
Hati bercerita.
Lepas satu, satu..
Banyak rupanya.
Kadang kadang kelmarin yang manis,
lebih mengundang tangisan.
Yang pahit itu,
Semakin kita cuba hapuskan dari ingatan,
semakin galak bermain di fikiran.
Aduh...Senja begini,
tak ada kerja buat,
Itu pasal lah,
menaip ikut sedap.
entah yer entah tidak.
entah sekadar tarian jari
bukan mengikut rentak hati.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...