Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, April 4, 2023

Hati nyala lu lu

 Ya. Terbakar hangus hati.

Tak perlu cakap panjang panjang.

Cukuplah saya katakan yg saya dah muak, dah loya, dah nak termuntah dengan alasan2 yg direka reka itu..

Awak ingat saya ni bodoh? Tak faham2?

Faham sangat.

Enough.

Done.

Sampai disini saja kita. Tak hingin saya rosakkan ketenteraman minda saya dengan cuba bertahan.

Tak perlu. Awak pun bukan siapa2 bagi saya. Tak ada untung apa pun.

Betullah..Dulu arwah suami saya pernah suruh saya berhati hati kerana dia tau siapa awak sebenarnya. Tapi saya tak percaya.

Sekarang saya percaya.

Monday, April 3, 2023

Terima kasih Tuhan

 Masuk ke dapur nak masak.

Bukak dapur gas.

Dush!

Api seperti nak menyambarku.

Rupanya suis dapur gas tak tutup

Agaknya tersentuh dan terbuka tanpa sengaja tadi.

Gas berkumpul bawah tuala yg saya buat tutup dapur.

Bila angkat tuala tu dan ignite, terus jadi api.

Allah hu Akbar

Tuhan pelihara saya.

Nasib baik api tak menyambar diri

Nasib baik saya yg di dapur, kalau anak cucu?

Nasib baik tidak ada kecederaan apa apa

Tidak ada kerugian apa apa.

Takut. Sungguh saya takut.

Mengeletar..hampir luruh jantung.

Terima kasih Tuhan menjagaku.

Saturday, April 1, 2023

Belimbing

Rendam air garam semalaman.
Lepas tu jemur sampai kering.
Sedap
Macam buah asam yg kita beli dlm paket tu.
Cuba la buat.

 

Talian hayat

Bercupak ubat.
Penuh atas meja
Muda2 dulu akat make up takluk meja solek
La ni ubat dan segala jenis minyak urut bersusun di sudut tu
Takper..redha

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...