Ajarkan aku
Cara melupakanmu
Padam semua kenangan
Hilangkan semua bayangan.
Bagaimana boleh aku melangkah ke depan
Jika mindaku sentiasa mengulang tayang
Hatiku sentiasa merindukan
Ingatan demi ingatan
Berputaran di akal fikiran.
Lebih menyakitkan
Bila aku sedar
Hanya aku yang tidak mampu melangkah ke depan
Hanya aku.
Hanya aku.
No comments:
Post a Comment
Thanks for the thought and for dropping by.
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan jejak.