Tuesday, October 14, 2008

Hati


Duhai hati..

Setelah merasa keliru

Baru kau mengalah kepada minda

Sepatutnya dari dulu

kau biarkan minda berbicara

Biarkan saja seribu rasional

Menangkis mengikis

Mengusir emosi dari lubuk hati

bukan kalah pada permintaan diri

Duhai hati

Setelah berada di persimpangan

Bingung dan hilang sasaran

Kau menyembah minda

Merasakan perlunya fikiran

Dalam membuat pertimbangan

Hati dan perasaan

Minda dan fikiran

mengajar kita

menilai keputusan

No comments:

Post a Comment

Thanks for the thought and for dropping by.
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan jejak.