Sunday, November 30, 2008

Bahagia itu bagi ku...








Sayang kau tak tahu,

Yang membahagiakan ku adalah setia mu

Bukan nya ikatan janji yang mudah terlerai

Bukan cumbuan dan pujuk rayu

Bukan rindu dendam yang membakar rasa

Yang membahagiakan ku adalah cinta mu

Yang tulus dan menerima ku seadanya

Bukan hanya sekadar nenjadikan ku

Persinggahan sementara

Hargai diri ku sehingga akhir usia

Bukan bermadah penyedap bicara

Di hati penuh dusta

Yang membahagiakan ku adalah

Bila aku merasakan aku tidak kesaorangan

Sokongan dan pengorbanan mu

Tidak kenal erti jemu

Bukan hanya belaian sayang

Tapi dalam pelukan mu

aku merasa selamat dan tenteram

Agar aku bisa terlena

didalam hati mu…

No comments:

Post a Comment

Thanks for the thought and for dropping by.
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan jejak.