Thursday, December 17, 2009

Pungguk yang rebah


Terima kasih bulan.
Hari ini aku sudah menemui jawapan.
Sudah aku bungkus segala rindu
Aku mau pulang.
Aku tidak perlu berlama lama lagi di sini.

Bulan jauh di langit malam
terang benderang.
Tanpa aku pun bulan tetap berseri.
Aku bukan lagi mau mengait mu
menggapai mu..
Disini hanya ada aku
dan kedukaan ku
Diamlah kau di atas sana.
Biar aku saja yang terjelepuk di bumi
membilang kesal yang tak sudah.
Selamat tinggal bulan ku,
Pungguk ini sudah terlalu lama merayu rayu.
Suara sudah tidak ada.
Sepatutnya dari dulu aku tahu
Bulan tidak harus ku tunggu.

4 comments:

  1. kuatkan semangat, salam maal hijrah

    ReplyDelete
  2. touchin tol...
    sy ske evry word yg akk tulis..
    =)

    ReplyDelete
  3. Hye..jom terjah Kizhanie Miscshop,menjual macam2 pakaian murah dan berpatutan serta tawaran menarik+temphan edit gambar..TQ

    sila kelik
    www.variatykizhanie.blogspot.com

    ReplyDelete

Thanks for the thought and for dropping by.
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan jejak.