Sunday, March 6, 2011

Tumpang atau menumpang

Nasi Tumpang.
3 jenis lauk yg berlainan menumpang di antara nasi lembik yg di bungkus kemas semasa masih panas.
Hasilnya jadi lah 'Nasi Tumpang' berlaukkan ikan atau udang, telur dan serunding.
Tumpang menumpang.
Serupa nya nasib saya dan Nasi Tumpang itu.
Saya yang dilahirkan untuk di jadikan anak angkat.
Menumpang kasih orang lain.
Selamanya menumpang di hati orang.
Sekarang pun masih menumpang,
selamanya begitu.
Nasi tumpang beralaskan daun pisang,
bukan pinggan emas suasa.
Tak apa lah, sedar diri menumpang.
Nasi Tumpang dan saya sama2
mangsa tumpang menumpang.

4 comments:

  1. Pn Zuraini,
    dtg lah ke negeri saya ni, insyaAllah saya jamu dengan nasi tumpang ni.

    ReplyDelete
  2. GUANO GITU MO TAHUN NI......

    ReplyDelete
  3. Anonymous,
    Makin bertambah usia makin kita jadi cepat terasa.itu saja...

    ReplyDelete

Thanks for the thought and for dropping by.
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan jejak.