Sunday, April 24, 2011

Hasil seni Imaad yang pertama.

Dah selalu upload foto wajah dia dan badan dia.
Kali ni nak tunjuk kaki dia pula,
Kaki yang gemuk berisi.
Imaad, jaga2 kaki Imaad tu,
Ramai yang nak gigit.
Mak2 sedara tunggu masa saja nak gigit.
Geram.
Telapak kaki sebesar dua jari.
Begitu kata orang tua tua.
diasuh di didik hingga dewasa.
Sehingga telapak kaki sebesar telapak kaki ayah bonda.
Grandmummy rasa nak kekalkan imej kaki tu dalam bentuk lukisan.
Maka terhasil lah yang Grandmummy namakan ' Jejak' ini.
Nak buat macam mana Imaad kan, dah dapat nenek yang suka melukis,
habis telapak kaki cucu kotor bersapu warna...
Sabar jer lah Imaad yer.

20 comments:

  1. Nice!!! Sweet!! What a wonderful way to preserve d grandnanny-grandson moment!

    ReplyDelete
  2. Sally,
    Dah tak ada kerja lain...hehehe

    ReplyDelete
  3. kalau dah namanya pelukis. semua objek dalam dunia ni dilihat sebagai bahan lukis.

    ReplyDelete
  4. Print tapak kaki cucu saya di buat oleh pihak hospital semasa lahir, so menantu bagi kat saya sekeping photostat copy..emmm..ingat nak frame bila2 senang nanti..
    Bagus idea ni, utk kenang2an.

    ReplyDelete
  5. IM, akak bukan pelukis lah dik, saja suka menconteng..

    ReplyDelete
  6. Kak Marina,
    oh yer ke...eluk lh tu. Nanti dia dewasa boleh tengok. Hani frame up lukisan pertama anak sulung Hani sewaktu dia berusia 5 tahun dan di jadikan hadiah hari jadi dia yang ke 27/sebelum dia bergelar suami orang.Priceless kan.

    ReplyDelete
  7. idea yang bagus ni kak....sekurang-kurangnya nanti dia tahu...saiz kakinya besar mana bila dia dilahirkan...

    ReplyDelete
  8. Nak tengok 'jejak boss' pula...hee3.

    ReplyDelete
  9. Pak Nidus,
    jejak Boss berbekas di hati dan tak mungkin hilang selamanya.

    ReplyDelete
  10. Roslaini,
    Ini pusaka dari nenek lah ni..hehehe

    ReplyDelete
  11. Comel betul Imaad ni..huhu..

    grandmummy dia pula memang kreatif.. hehe

    ReplyDelete
  12. Mutalib attholib,
    Nenek tak de kerja, cucu jadi model untuk hasil seni yg entah hapa hapa..

    ReplyDelete
  13. Huda,
    Nak buat dengan tapak kaki sendiri pun tak muat kertas kot.

    ReplyDelete
  14. hehe...comeiii la..

    kretif...nak cuba tapak kaki kazen la..ngeh3

    ReplyDelete
  15. cikgu hani...
    cikgu buat saya 'menggeletek' dihati bagai digaru-garu nak merasa bercucu....
    hmmmmmm lamalah lagi nampaknya....

    ReplyDelete
  16. honeybunny,
    cuba lah, dgn tapak tangan sekali.

    ReplyDelete
  17. Ibu dan Abah,
    Sabar akak, nanti kalau dah bercucu, kita pakat jadikan cucu kita model hasil seni kita..entah2 kita yg jadi model tak..model usang.

    ReplyDelete
  18. Wow!

    Saya pon suka Nenek yang suka melukis! Yeah!

    Hai!


    (Ingatkan painting Picasso dalam blue period nya)

    ReplyDelete
  19. Gedek!
    TQ..Kalau Picaso tengok, pengsan terus.

    ReplyDelete

Thanks for the thought and for dropping by.
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan jejak.