Monday, April 11, 2011

Tak seorang pun yang tahu....

Hai lah badan, hai lah nyawa...
Serba tak kena.
Serba salah.
Gelisah.
Duduk salah,
bangun salah.
Sekejap kesana,
Sekejap ke sini.
Nak tidor tak lena
Nak makan tak leh telan
Nak mandi bukan tak basah tapi dah acap kali dah mandi..
Tgok TV tak leh concentrate.
Ngadap laptop ni pun tak leh lama lama..
Rasa nak berguling guling tujuh buah bukit mcm filem Bollywood tu
Hai lah nyawa, Hai lah badannn....
Begini rasanya digoda 'Teh Herba Pelangsingan'
Kan dah jadi penggunjung setia bilik air.
Nak kurus punya pasal lah ni.
Ini penyakit yg di tempah khas.
Dah lah mahal, azab sengsara pulak tu.
Adoiiii....dia datang lagiiiiiiiiiiiiii..................

12 comments:

  1. cikgu hani....
    selamat mencuba produk melansing ...
    muga berjaya capai 'tahap kelansingan' yg di idamkan.... :-)

    ReplyDelete
  2. So sekarang siapa yg baca n3 ni semua dah tahu..hehehh

    Take care..

    ReplyDelete
  3. Ehehe.. teh kurus le tu ya..
    sabar sabar... nak kurus punya pasal mesti kena samangat! :)

    all da best!

    ReplyDelete
  4. fiz,
    kes teh herba lah ni...serik!

    ReplyDelete
  5. Ibu dan abah,
    tua2 ni bukan nak langsing pun, sekadar nak turunkan sikit berat badan yg seberat 'paus biru' ni..

    ReplyDelete
  6. kella,
    bukan kurang lemak ni, kurang air ada lah...adoiii

    ReplyDelete
  7. Sally,
    rasanya macam biasa lah...sekerat jalan berkuburlah angan2 nak kurangkan berat badan ni..moral support pun tak ada langsung ni.

    ReplyDelete
  8. Teruskan perjuangan. Biasalah, halangan ada di mana-mana. Heret rebo, piko bewok iduk dan kesusahan yang sewaktu dengannya. Kak Nie BOLEH!!!

    ReplyDelete
  9. MakCu,
    Ni nak kurangkan berat badan kerana nak kurangkan sakit tumit lah ni..kan kita serupa...

    ReplyDelete
  10. Selamat berjuang cikgu. Cikgu cubalah g salam2benua.blogspot.com. Husband n wife dah jd kurus. Cuba cara dia tak yah pakai slimming tea. Saya nak gemok......whooaaa. Payah tul nak naik berat badan ni. Kalu lah cikgu leh transfer lemak kat saya sikit.....

    ReplyDelete
  11. Anonymous,
    Kalau boleh transfer...saya bagi semua.

    ReplyDelete

Thanks for the thought and for dropping by.
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan jejak.