Saturday, June 18, 2011

Bila baca ni saya teringatkan 5 org anak saya yang mempunyai 5 ragam yg berlainan.

Duk belek belek N3 lama2. Terbaca balik puisi yang entah saya dapat dari mana tapi sangat berkesan di hati bila membacanya. Ok, kita kongsi sekali lagi...

Anak anak ku,

Jika kau tak mampu menjadi
seperti air hujan
yangmenyegarkan tumbuhan,
yang menyuburkan tanaman,
cukup lah jika kau menjadi
seperti air di pancuran
yang menyihatkan fikiran.






Jika kau tak mampu menjadi
seperti bulan
yang menyinari alam,
yang menerangi malam
cukuplah jika kau menjadi
seperti dian
yang menyuluh kelam
yang membunuh seram





Jika kau tak mampu menjadi
seperti rumput permaidani
yang memberi kelembutan,
yang memberi kecantikan
cukuplah kau menjadi
seperti lumut di perigi
yang memberi kehijauan
yang menjadi makanan
ikan ikan





Jika kau tak mampu menjadi
seperti bunga di jambangan
yang menghias laman
yang menyeri taman
cukuplah jika kau menjadi
seperti bunga di hutan
yang mengindahkan
persekitaran
yang menyamankan
pandangan






Anak ku,
Jika kau tidak dapat menjadi apa apa pun
cukuplah jika engkau menjadi anak anak
yang tidak melukakan hati kedua orang tua.

10 comments:

  1. yessss...
    anak-anak yang tak melukakan hati kita yang tua ni...
    anak-anak yang berjaya pun belum tentu tak melukakan hati kita...

    ReplyDelete
  2. Ibu dan Abah,
    memang betul tu..semoga anak2 berkat dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  3. PR,
    Akak pun suka, itu nak share ni...

    ReplyDelete
  4. sgt mendalam puisi ini..huda suka :)

    ReplyDelete
  5. "kak,best lah puisi ni,sgt indah dan memberi makna yg sgt dalam..."

    ReplyDelete
  6. Huda,
    harapan semua yg bergelar ibu bapa begitu lh

    ReplyDelete
  7. piasara,
    semoga kita pun begitu jugak untuk ibu bapa kita..

    ReplyDelete
  8. puitis dan maksud mendalam, yg penting peranan anak2 dan ibu bapa perlu seiring

    ReplyDelete
  9. Yang penting biarlah anak2 yang meceriakan kehidupan kedua ibubapa dan last but not lease biarlah anak2 yang membawa ke syurga.

    ReplyDelete

Thanks for the thought and for dropping by.
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan jejak.