Saturday, July 16, 2011

Orang tak betul pun adakala nya betul!

Saya masuk ke ruang bercermin untuk keluarkan duit dari teller.
Terkejut beruk saya.
Seorang yg kurang waras berdiri di sebelah teller dan mata kami bertentangan.
Mata bertentang mata...lidah kelu kata Saloma.
Lutut pun menggeletar, mau nya tak takut, tak de orang lain dah, kami berdua saja.
"Berapa juta mau ambik duit ?"
Nak tak jawap kang di ketuk nya kepala saya nanti.
"2 juta"
Jawapan bodoh yg saya harap jadi jawapan cerdik dari saya.
"Eleh, lu mana ada duit juta2 kalau rupa camnih.."
Siap dia jebih2 bibir lagi tau.
Adoiii..orang gila pun tau saya tak ada duit.
Saya cepat2 selesai kan urusan saya sambil dia teruskan kegiatan membelel.
Bila nak melangkah keluar tu dia sapa saya lagi.
"Mintak sehinggit...?"
Saya hulurkan rm2. Kesian jugak.
"Dah tau papa kedana nak derma banyak2 tu wat per..."
Dia kembalikan sehinggit pada saya.
Saya ambik, malas nak berloyar dgn dia.
Saya keluar dan biarkan dia terus duk ngutuk2 saya.
Apa pulak nak marah nya, dah dia cakap benda yg betul.

30 comments:

  1. hehe, kelakar jugak org gila ni..;)

    ReplyDelete
  2. hehehehehehehehe..
    izinkan saya ketawa...
    ingin tergolek-golek saya mengekek...
    tanyanya berapa JUTA nak keluar..
    kita jawaplah dalam juta jugak...
    tapi dia boleh tak percaya....
    hehehehehehehehehehhe
    ekekekekekekekekke...
    betul cikgu...
    dalam tak betulnya orang tu... dia macam boleh pakai gak...

    ReplyDelete
  3. lawak pagi Ahad.gelihati hehe.Baik hati pula si mamat tu...ambil seringgit saja .

    ReplyDelete
  4. sahida,
    pertemuan yg menyedarkan diri sendiri..

    ReplyDelete
  5. ibu dan abah,
    org yg rasakan diri mereka waras tu kadang nya lebih gila dari org gila.

    ReplyDelete
  6. memang saya tersenyum baca entri ini .. orang gila tu bercakap apa yang benar. kita boleh terima.

    tapi kalau orang tak gila, beritahu apa yang benar, kadang2 susah jugak nak terima kan ?

    ReplyDelete
  7. Haa...haa...haa (suko sampai TERBELOHOK)

    ReplyDelete
  8. kelakar tp bijak gak orang tu :)

    ReplyDelete
  9. kak, kadang-kadang sb yang menyamar tu. jangan tak tau...

    apapun lawak sungguh.

    ReplyDelete
  10. al lavendari,
    kita tak sedar diri kita sehinga org lain tolong sedarkan

    ReplyDelete
  11. nidus,
    oyak ko makcu tu, bawa air cepat2..minum perlahan2..tarik nafas

    ReplyDelete
  12. huda,
    akak terlalu takut nak senyum pun tak jadi

    ReplyDelete
  13. cikli, dia ni dah sentisa ada di kejiranan saya, tak per, saya kenal dia dari dia muda2 dulu lagi..hari2 duk ukur jalan dan ceramah pun free.

    ReplyDelete
  14. "fuhh nasib baik dia bg ceramah free dn mintak singgit jer..tp memang kelakar la..dlm tak betul pun betul2 belaka apa yg di kata tu.."

    ReplyDelete
  15. kalau acik agaknya dah ketar.nak jawab pun tak keluar suara...

    ReplyDelete
  16. kat bank mana ni? kat wcy ker? hahahaha.. lawak bab yg dia mintak sehinggit, kak hani hulur RM2, dia pulangkan balik RM1..

    ReplyDelete
  17. org gila ni ikhlas. cakap biar teghang gituh...

    sy pernah dengar org kata, org yg gila akan masuk syurga sebab dia tak de akal..wallahu'alam. logik juga tu sebab dia tak de busuk2 hati.. :)

    ReplyDelete
  18. jujur sungguh dia tu..

    entah-entah malaikat saja nak uji... hah!

    ReplyDelete
  19. minta maaf yer kak...saya mmng tergelak bila baca ntry ni...boleh pulak dia pulangkan duit srnggit tu.......tapi kan kalau dia dop lama2 kat situ...dan mnta sringgit dari setiap orng yg kluarkan duit kat ATM tu...mmng berbaloi jugak...

    ReplyDelete
  20. pia,
    dia iklas, biarlah dia nak kata apa pun

    ReplyDelete
  21. Acik erna, saya pun menggeletar jugak. mana lah tau kann

    ReplyDelete
  22. haslina,
    kat BSN wakaf siku, Dia ni selalu ada kat situ, tak pernah kacau orang tapi mulut mmg laser..kalau budak2 seksi lalu depan dia, mesti kena tegur..suara kuat pulak tu.

    ReplyDelete
  23. Apple Hijau,
    itu akak tabik tuh. Dia saja yg terus terang boleh gitau kebenaran.mmg akak tak der duit pun, kena lah tu.

    ReplyDelete
  24. Aku,
    hahaha...angel in disguise? tak lah, dia sentiasa ada, semua org di kejiranan ni tau dia tak kacau org.

    ReplyDelete
  25. Mulut payau,
    selalunya dia tak minta duit..agaknya sebab dia kelaparan kot..kesian kan?

    ReplyDelete
  26. huh nasib tak diapa-apakan. nape dia pulang balik ek. hehe

    ReplyDelete
  27. kelakor la .. kikiki.
    tapi ada betulnya tu ;) dia jujur ;)

    ReplyDelete
  28. saya takut... bior la apa dia cakap pon.. takut terkenc*** kat situ jugak.. sbb pernah orang gila acu dengan parang dari jauh.. takut sangat2..

    ReplyDelete

Thanks for the thought and for dropping by.
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan jejak.