Monday, June 18, 2012

Sabar lah mentari...

Mentari yg sakit,
termalu malu mengintai di tabir pagi.
Dari beranda ini aku menyapa suam cahaya mu itu.
Kenapa suram benar,
kilauan pincang cahaya..
Siapalah yang mencuri ceria mu duhai mentari jingga..
Kau tetap cuba untuk senyum juga
Tabah walau sudah parah.
Aku seharusnya segagah mentari itu.
Jerebu di hati perlu di sanggah,
Megah meredah angkasa luas
dalam payah pun,
masih ada tabah.

1 comment:

Thanks for the thought and for dropping by.
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan jejak.