Thursday, July 11, 2013

Anis, Maafkan Mummy

Anis anak mummy,
Ramadhan ini mummy di sini temankan kakak.
Anis pandai pandai lah urus diri.
cubalah untuk memahami keadaan.
Mummy tahu Anis anak yg baik,
Sabar yer Nis.

Anis anak mummy,
Semalam Anis bersahur bersendiri.
Mungkin roti dgn sosej mengalas perut.
Anis masak sendiri kan?
Anis memang anak yg tak membebankan.
Maaf, tahun ni mummy tak mampu utk masak..
Tak upaya utk teman Anis brsahur pun.
Maafkan mummy Nis.


Anis anak mummy,
Waktu berbuka apa yg Anis makan?
Nasi bungkus sejuk dan kueh tunjuk?
Telan lah anak, jangan menangis..
Lupakan kemeriahan biasa di bulan puasa.
Dah begini nasib kita, redha saja lah
Mummy kat sini pun berbuka seadanya,
Air mata penghapus selera.

Anis anak mummy,
Kita insan terpilih kerana Tuhan tahu kita kuat.
Tuhan sayangkan kita dan Dia duga kesabaran kita.
Demi kakak, Anis kena janji dengan mummy,
Janji Anis akan belajar rajin2.
Janji Anis usir dukacita jauh2.
Janji Anis akan sabar bersama mummy.
Janji Anis sentiasa doakan kakak.
Janji yer Nis,
berkorban lah untuk kakak.
Kita sama2 lalui pahit getir ini bersama.
sehingga Tuhan merasakan,
seksa ini sudah cukup buat kita.



4 comments:

Thanks for the thought and for dropping by.
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan jejak.