Wednesday, November 6, 2013

Hujan membasahi hati

Langit bocor..
Bumi setia menadah
Tangisan langit membanjiri daerah
Sejuk membekukan hati.
Basah kelopak
Rumput mengeliat.
Haiwan hilang dahaga
Ku hulur tangan menadah
Sejuk hujung jejari
Kalau boleh mau saja aku
Menangis
Teriak dari hati,
Sedu sedan yg ku genggam,
Lebur bersama hujan.
Biar esakan tenggelam,
ditelan suara lebat nya
tangisan dari langit.

1 comment:

  1. assalamulaikum...saya datang zirah..menjengah akak dan anak...dengan irigan doa moga akak tetap tabah dan sabar..walupun perkatan itu sgt ringan di sebt...ingin melakukannya..seberat bumi terhampar....
    moga Allah terus kuatkan kaki akak dan memberi kesembuhan yang empurna kepadanya

    ReplyDelete

Thanks for the thought and for dropping by.
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan jejak.