Wednesday, March 18, 2015

Kemarau

Daun sudah merajuk
Awan kedekut
Kemboja tunjuk perasaan
Merah menyala
Gembira,
Mentari garang membakar
Bougenvilla ketawa
Meriah bunganya
Kaktus berjemur
Menyerap setiap haba
Kesian si keladi
Melecur  badan
Layu dan memohon simpati redup
Bahasa kemarau di laman adalah bahasa kontang
Dahi ku berkerut, mata silau dan kulit hangus hitam.
Baru pukul 11 pagi tapi aku tak boleh lama di sini
Bilakah akan turun nya hujan?
Menanti
Kemarau di hati terbakar dlm diam.

1 comment:

  1. cantik gambar.Banyak hari dah langit tanpa awan.Panas membahang.

    ReplyDelete

Thanks for the thought and for dropping by.
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan jejak.