Friday, February 15, 2019

Penamat nya hanya lah bila nafas terhenti.

Sepatutnya di usia saya, bila dah pencen,
saya dah boleh menarik nafas lega.
Saya dah boleh fokus kepada keperluan diri sendiri tanpa batasan
Saya boleh rehat minda dari urusan dunia yg tak wajib
Saya boleh berhenti cari duit, kumpul harta dunia dan menabung.
Saya boleh letak tepi kebimbangan pasal anak2, semua pun dah besar panjang kann.
Sepatutnya laa...
Tapi tidak macam tu sebenarnya..
Tidak macam tu sekali kali.
Tak tau lah samaada nasib saya tak serupa orang atau pun
memang orang lain pun macam saya juga....
Tak habis habis....
Tak tau mana penghujung,
Ada saja yang perlu di fikir dan si selesaikan.
Duit masih banyak yg mengalir keluar.
Sekejap nak settle benda tu, sekejap nak urus benda ni.
Melangkah jer, duit.
Tarik nafas jer, duit.
Banyak lagi urusan yg saya galas.
Berat tak terpikul dah.
Masih sibuk dgn urusan keluarga dan urusan2 sunat kedunian.
Masih tak sempat buat apa yg saya nak buat dari dulu lagi
Yang saya nak masih K.I.V.
Diri sendiri masih terabai.
Anak pun ada yg masih belum berdikari.
Tak cukup sel otak nak fikir pasal anak2...
Tak habis habis.....
Saya dah tua laaa....
Saya penat.
Saya nak berehat.
Saya nak bancuh kopi, duduk depan tv.
Makan biskut cicah kopi dan bersandar di kerusi.
Tanpa perlu senarai kerja memaksa otak ligat bekerja.
Saya nak jadi orang tua, org pencen yg seratus peratus pencen.
Pencen dari urusan duniawi dan tumpu pada kumpul bekalan mati.
Tolong lahhhh....
Please.....


2 comments:

  1. macam sama saja luahan hati saya. Nak pencen 100 peratus. Tapi masih terbelenggu dgn segala maknenek urusan..

    ReplyDelete
  2. Hari ni dah hari Jumaat.
    Dah hari Jumaat laa...
    Stress mengenang keja tak habis2
    Keja kat opis tak habis
    Keja kat rumah lagi la tak habis2..
    Kejap lagi nak balik..
    La ni dah pukul empat.
    Dah pukul empat laa...
    Stress mengenang keja tak habis2
    Keja kat opis tak habis
    Keja kat rumah lagi la tak habis2..
    Kejap lagi nak balik..

    Ingat balik barang2 dalam fridge
    Kut sempat singgah kedai cari brokoli
    Sedap gak buat bihun sup bodo petang2 nti
    Tukar nasi sekala sekali
    Ishh.. tambah keja lagi..
    Nak basuh baju sat g
    Ehhh sabun abis blum beli..
    Baju sebakul marin x lipat lagi
    Ko dah kenapa ni..

    Ye ker.. tapi happy jer
    Nak makan.. ada bihunnya
    Nak minum.. ada kopinya
    Nak tdo.. ada katilnya
    Memang tak habis keja
    Memang ler penat gler
    Tenang2 kata deme
    Kalo kumpul summe resah belaka
    Meh minum kopi secawan..

    ReplyDelete

Thanks for the thought and for dropping by.
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan jejak.