Friday, October 9, 2020

Nikmat bebas

 Jummat hari ' ikut suka aku'

Selesai alkahfi aku selak langsir

Matahari dah memanjat langit

Aku masih berbaju tidur

Serebeh dan huduh?

Tak apa, janji aku selesa.

Sampai senja pun tak apa

Tak siapa suruh tak siapa saman.

Bebas ini membahagiakan ku.

Jumaat hari 'ikut suka aku'

Makan pagi jam berapa, aku punya suka.

Angkut roti dan susu ke depan tv

Atau makan cereal di anjung rumah

Ada siapa kisah?

Bahagia itu bukan nya payah.


No comments:

Post a Comment

Thanks for the thought and for dropping by.
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan jejak.