Monday, October 12, 2020

Ribut

 Di luar ribut.

Pokok2 menari seperti mabuk.

Angin memulas dahan dan menggugurkan daun

Buai di balkoni berayun ayun.

Kucing bersembunyi di bawah kabinet kasut 

Di birai jendela ini 

aku membiarkan pipi ditampar dingin angin

Mata mencari bayang yg hanyut bersama hujan

Di dalam hati ada ribut yg belum berhenti.


2 comments:

Thanks for the thought and for dropping by.
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan jejak.