Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, April 30, 2017

Musim ini

Panas.
Kemarau.
Dah 2,3 minggu tak hujan.
Pokok kehausan
Kucing terjelir jelir melepas haba
Kita ?
Mujur ada aircon.
Pasang aircon setiap ruang.
Sejuk nyaman dan lupakan bahang di luar rumah.
Nak keluar pun malas berhadapan dgn panas.
Kalau boleh nak masuk ke kereta tanpa perlu turun dari rumah.
Dalam kereta pun aircon bekerja keras menyejukkan badan.
Haduhhh..bila la nak hujan?
Langit masih tinggi.
Biru tanpa awan.
Ini baru panas dunia, belum gelegak api neraka lagi
Pun dah bising.
Nauzubillah....
Ya Allah aku tidak layak untuk syurga Mu.
Tapi aku takut untuk menghuni neraka Mu.
Terimalah taubat ku...

Thursday, April 27, 2017

Kerana dia pergunakan keikhlasan hati saya....

Geram
Marah
Beransur menjadi benci.
Tak puas hati.
Rasa x adil.
Rasa terhina
Tertipu.
Kannnnnn?

Bukan saya sengaja menternak benci di hati.
Tapi benci ini  benci bersebab,
Benci sangat sangat.
Lebih lebih lagi bila saya tau dia x tau tahap kebencian saya.
Dia ingat saya mudah memaafkan dan melupakan.
Hellooooo......
Padan muka, cari pasal sangat dgn saya.
Awak,
Sila jangan hadir lagi dalam hidup saya
Tak hingin saya berurusan dgn awak lagi.
Sakit nya hati!

Tuesday, April 25, 2017

Jangan salahkan burung hantu.

Mati itu pasti.
Yang tak pasti tu tarikh mati.
Tempat mati.
Sebab musabab mati.
Makin bertambah usia makin berkurang baki nyawa
Makin lama hidup makin byk terkumpul dosa.
Nak panjang usia supaya sempat kumpul pahala banyak2.
Disamping supaya sempat bertaubat.
Sempat ke?
Hanya Tuhan yang tau.
Manusia tak boleh lari dari membuat kesilapan dan dosa.
Kalau boleh nak cuba elak.
Dosa kelmarin tu semoga Tuhan ampunkan.
Pintu taubat masih terbuka, insyaAllah.
Semalam orang yg pernah saya kenal rapat meninggal dunia.
Semoga roh nya di tempatkan bersama orang2 yg beriman.
Sudah putus lah dia dari kehidupan dunia.
Tinggal lah kita.
Owttt owttt bunyi burung hantu.
Siapa pulak yg mati nih?
Giliran kita akan tiba.
Ingat ke tak ingat,
Mati juga akhir nya.

Monday, April 24, 2017

Paksa diri.

Rasa2 saya tau sebab utama kenapa malas berblog akhir akhir ni.
Dulu masa mula2 berblog, idea byk benar.
Berlumba lumba nak di suratkan.
Sekarang pun idea byk lagi, x surut2 lagi tapi,
Sekarang banyak saluran.
Dulu hanya ada blog.
Sikit2 curah kat blog.
Apa2 pun blog yg tadah
Sekarang ni dah ada facebook yg setia menelan segala luahan.
Ada group2 wassup untuk di bincangkanisu semasa
Ada instagram utk share selfie ke welfie ke..
Kesian blog....terpinggir lah dia.
Tapi sebenarnya tak serupa,
Luaan hati lebih telus d blog.
Kalau di facebook, kena berhati hati di jalanraya.
Maklum la woris waroh, sepupu sepapat,bff semuanya ada bertamu di situ.
Tu belum kira yg kaki skodeng, yg spy menyepai, yg mau tapi malu.
Yang siap komen dan hukum ngalahkan hakim negara pun ada.
Tapi kelebihan berblog memang best in the world.
Cerita lah apa saja.
Kalau nak baca, baca...
Kalau x suka tak paksa utk suka.
Itu yg buat saya rasa bebas mentafsir rasa.
Tepuk dada tanya hati nak tulis pasal apa hari ni.
Maka tajuk hari ni sebenarnya bukan paksa diri tapi lebih pada...
Mencari alasan.
Membina sebab musabab pinggirkan blog.
Maaf blog.
Aku kah itu? Yg pemalas itu?
Aku la tu.

Wednesday, April 5, 2017

Dah bersawang ke?

Bukan tak tau, tau sgt.
Dah 2 minggu blog beku.
Dlm batu jemala patek ni byk tajuk sebenarnya.
Terlalu banyak yang tersirat sehingga tak tersurat.
Takper lah, slow2, let it flow slowly.
But not now.
Ni singgah di blog hanya untuk jalan2 ke rumah kawan2 jer.
Tak der mood nak bercerita lagi ni.
Soon but not now.
Ok, bye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...