Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, January 29, 2015

Musim mendung

Kelmarin macam ni
Hari masih serupa
Esuk adakah sama?
Sudah teramat lelah
Membilang harap yg relai
Gugur hari hari, berderai...
Dalam genggaman ini, yg tinggal hanya debu,
Hanya sisa sisa minta yang tewas
Entah bagaiman untuk terus berpaut pada gagah
Bila lantai yang dipijak seakan reput jerlus
Melangkah dalam rebah amat payah
Tenggelam timbul
Lemas.
Tuhan,
Aku di sini.
Di sini
Di sini
Di sini
Masih bersimpuh didepan Mu
Pandang lah aku yg tak berdaya ini
Tengok lah
Lihat lah
Aku amat memerlukan belas ihsan dari Mu.

Monday, January 26, 2015

Terima Kasih

Suka warna nya
Suka bentuk nya
Suka
Suka bila ada yang beri hadiah
Tanda dia ingat kita
Tak kira lah hadiah apa pun.
Tetap suka.
Dia hadiahkan tudung unggu cair
Lilac
Warna kegemaran saya.
Tapi segan lah saya,
Asyik asyik dia yg hulur itu ini
Ada saja buah tangan
Hiasan rumah
Kain baju
Tudung
Tissue bercorak
Makanan tok sah cerita la
Saya tak tau nak bagi apa kat dia
Dia dah ada segala gala nya
Untuk membahagiakan dia memang payah
Sbb dia sememangnya dah mewah bahagia
Mewah segala gala nya
Tu pasal la saya takut nak belikan dia itu ini
Takut tak kena pada taste dia sbb saya tau dia memang bijak membeli
Saya hanya mampu kirimkan
Makanan yang dimasak sendiri
Roti
Lauk
Kueh
Tu aje....
Maaflah kakak, saya sepatutnya lebih berani mencuba.

Saturday, January 24, 2015

Nak jujur pun payah...

Nak isi minyak kereta.
Depan rumah jer pam stesyen tu.
Hbag pun tak bawak.
Lesen, hset dan duit rm50 utk isi minyak saja,
Cam biasa lh bayar dan tuang.
Aik, dah exit rm50 minyak masih mencurah masuk?
Tunggu dn tengok.
Dah jumlah rm100 baru diam.
Tak pasal2 penuh tangki nih.
Saya ke kaunter semula.
"Dik, akak bayar rm50 jer tadi, ni dah masuk sampai rm100.
Akak x bawa duit lebih dik, sekejap akak pulang ambik duit k"
Nak call suruh anak tolong hantar pun malas nak 'perang' .
Budak2 ni kalau kita nak cepat, baik buat sendiri.
Lagi pun dekat jer, 10 minit paling lama
Tapi yang buat saya tersentak dan sedikit malu pada pelanggan lain yg sedang nak buat pembayaran ialah ayat budak cashier di stesyen pam tu.
Patut ke dia pandang saya semacam dan cakap
" Makcik, kalau nak hutang dulu, tinggalkan ic di sini"
Ya Rabbi.....Saya bukan nak berhutang.
Saya cuma kesiankan dia , mana tau dia yag kena top up bila tutup accout x balance nanti.
Saya pun x nak minyak haram yg menggerakkan kereta saya di jalanraya.
Saya repot ni sbb nak bayar bukan nak lari dari buat bayaran.
Kalau saya belah macam tu saja pun boleh.
Tapi saya tak di didik oleh makayah untuk jadi pencuri.
Hadoiiii....
Tak pasal2 dimalukan depan orang.
Kalau ikut hati saya yang berbaka samseng kampung dusun ni nak saja saya cakap.
Awak nak ke tidak belen duit rm50 nih? Tak nak tak payah.....
Tapi bila tarik nafas dan minda menguasai hati,
Saya mengalah jer....
Nasib baik dia hari ni.
Nasib tak baik saya nampak nya.

Thursday, January 22, 2015

Mentadbir negeri bukan mudah

Semenjak galas tugas bibik ni
Saya cukup pantang tengok rumah tak terurus
Bebel saja tak cukup,
Kena ugut lagi...
Wei anak negeri....
Siap la kalau saya dapat tangkap siapa
Yang tak basuh pinggan lepas makan
Siapa tak letak balik apa yang di ambil guna
Siapa yang sepahkan ruang dan tak kemas balik seperti sebelum nya
Siapa yang tak kemas tempat tidur
Siapa yang tak susun buku dan tinggal bersepah atas meja
Siapa yang sumbat segala leftovers dalam peti ais dan forget about it.
Siapa yang guna tandas seperti jakun
Siapa yang jari tu tau bukak suiz tapi x reti nak tutup.
Siapa yang tak reti2 ttup pintu kabinet dan tutup drawers
Siapa yang tak letak baju terpakai dlm mesin
Siapa yang berani buat semua ni?
Buat la kalau berani...
Ingat cerita basikal samseng yg digeruni orang kampung hilang hari tu?
Tau apa samseng itu buat?
Balik jalan laki lah....
Saya pun nampak gaya kalau dah anak negeri buat derk saja
Nak tak nak,
Sayaaaaaaa jugak lah yg kena buat!

Monday, January 19, 2015

Apa benda ni...

Qu putih....
Malu tengok orang promote diri sendiri
Kebodohan tahap gaban.
Apa, orang hitam tu tak cantik ke?
Entah kenapa saya cukup tak suka dengan iklan ni
Nampak macam perasan.
Nampak macam putih itu segala gala nya.
Meh sini nak cakap,
Adakah putih boleh menjamin kebahagiaan?
Putih pun kalau dah wajah tak cantik, tak cantik juga..
Kalau pun putih, IQ tahap tu juga, tak semestinya jadi lebih bijak
Kulit putih tapi budi bahasa dan perangai ke laut.
Putih pun mati
Hitam pun mati
Kan?
Kecik hati orang yg berkulit hitam.


Friday, January 16, 2015

Memahami


Saya dapat berita terkini suami seorang kawan baik di sahkan mengidap kanser.
Kesian kawan saya tu, harap dia kuat dan tabah
Kawan saya yang sorang lagi sedang berulang alik ke hospital jugak
Katanya cucu coma selepas terjatuh dari katil
Satu2 nya cucu dia
Kesian kawan saya tu, harap dia kuat dan tabah
Kawan saya yang ni pulak sakit nya datang lagi
Masaalah saraf yg serius, dah tak boleh berjalan
Dah la ibu tunggal.
Kesian kawan saya tu, harap dia kuat dan tabah
Cerita anak kawan saya yang berkawan dgn dadah dah tersebar luas
Selain dari malu dia juga hidup dalam ketakutan
Anak dah jadi ganas dan sanggup cederakan ibu bapa
Kesian kawan saya tu, harap dia kuat dan tabah
Kewangan menjadi masaalah utama bagi kawan yg sorang ni
Payahnya dia cuba untuk besarkan anak2 dalam kedaifan
Berhutang dan sentiasa mengharapkan simpati orang
Hidup berteman air mata
Kesian kawan saya, harap dia kuat dan tabah...
Dugaan hidup ni macam macam
Setiap orang ada dugaan nya yang tersendiri.
Saya ada dugaan demi dugaan demi dugaan demi dugaan
Juta juta dugaan.
Kesian saya, harap saya kuat dan tabah.
Huhuhuhuhuhuuuu......!



Tuesday, January 13, 2015

jgn pecah di mulut, di blog takper.

Tua itu pasti
Kecuali pendek umur.
Tua usia , tua fizikal dan tua mental biar selari
Hati pun kena ikut serta
Kalau usia 50an, fizikal dah tak berapa nak licin, halus mulus, mental pun dah acap lupa ituini, kira sah ahli kelab 5series.
Hati?
Jangan pulak hati tak puas2 merasa muda
Kita manusia bukan pasu
Pasu makin lama makin mahal, antik.
Sedar la sikit....sedar byk2 pun lagi baik.
Tapi payah sungguh nak sedarkan orang yg tak sedar diri dimamah usia ni.
Biarlah...Malas nak jaga tepi seluar dia..
Biarkan luncai terjun dgn labu nys, kundur nya, timun nya, betik nys...
Lapang sikit perahu tanpa luncai,
Go ahead.

N3 hari ni buat dia yg usia fizikal sebaya saya, tapi 20 tahun lebih muda usia mental nya.
Segan sungguh kalau keluar dgn dia.
Penampilan dia mcm budak remaja
Hadoiii,..camna nI, nak tegur ke tidak
Nak nasihatkan pun tak reti la saya
Maka
Tu pasal la saya zip mulut dan meletup di sini.

Monday, January 12, 2015

Selesai sudah

Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yg menerima.
Saya hanya lah tangan yang menghubungkan tangan atas dan tangan bawah.
Sebagai wakil, saya serahkan bantuan bencana kepada yg berhak menerima nya.
Bukan kerja senang dan bukan juga kerja payah.
Kerja yang memberi kepuasan bila amanah dah dilaksanakan.
Puas.
Puas bila boleh mengurangkan beban orang lain
Puas bila dapat mengadakan yg tiada
Puas bila tangisan mereka bertukar senyuman
Penat memang penat
Tapi berbaloi.
Pahalalah buat si pemberi
Semoga tambah murah rezeki
Saya hanya mampu bantu tenaga
Masa saya terhad tapi saya cuba juga.
Alhamdullilah
Saya dah boleh menarik nafas lega
Dah beres tunaikan amanah dari orang2 yg dermawan
Fuhhh....Lega.
Hari ni saya hirup kopi 0 ais, belunjur depan TV.
Semoga yang memberi sedang minum kopi juga
Semoga yang menerima pun sedang hirup manis nya kopi
Kopi kita mungkin tak sama jenama
Sedap nya serupa.

Friday, January 9, 2015

kecewa

Tidak dinafikan
Ada ketika nya
Sabar menipis
Harapan terhakis
Kerana aku manusia biasa
Bukan malaikat
Aku juga bukan
Nabi yang bebas dosa
Tidak dinafikan
Ada ketikanya
Berputus asa
Kecewa
Kesal
Bernoktah mimpi
Tidak di nafikan
Aku
Ada ketikanya
Rasa seperti
Mau saja mati.
Hati rosak
Minda tersumbat.
Nok tiokkk wehhhh....!

Tuesday, January 6, 2015

Segalanya hanya sampah di mata mereka

Ini lah kelmarin yg di rampas oleh kuasa air
Timbunan kenangan ini bukan sampah
Bukan.
Ini lah kubur cerita kita.
Banyak ketawa dam air mata terpalut di situ
Sarat daki usia dihanyutkan ke tepi tepi jalan
Sejarah siapakah ini yang berakhir begini?
Kenangan siapakah yang terbiar begini?
Alangkah sayunya melihat titik peluh berwarna selut.
Hati bagai di cakar rasa tidak rela.
Meratap lah, menangis lah...
Terpaksa melucutkan segala cerita dari dada
Kenangan kita berkampung di pinggir jalan ini
Dan sampai hati mereka anggap ini sampah
Kita hanya mampu tengok  catatan hidup kita pergi begitu saja
Pandanglah buat kali yang terakhir  sebelum ia di makan lori2 perbandaran
Tataplah bekas2 kehidupan lalu sebelum bomba kikis segenap pusara rasa
Sampah kata kamu
Harta kata ku
Busuk bau selut kata kamu
Semerbak bau rindu kata ku
Jentolak sudah datang....
Ambil lah segala susah senang, suka duka yg hanyut terdampar ini.
Ambil semua..
Esuk, mau tidak mau kita ukir cerita baru
Kita cuba untuk lupakan longgokan riwayat semalam.
Azam baru
Tahun baru
Sampah pun baru.

Monday, January 5, 2015

Cakap mudah, siapa pun boleh cakap...

Satu ketika dulu
Awak pernah pandang ke dalam mata saya dan berkata
Sabar lah Hani
Semua nya ini ujian dari Allah
kerana Dia lah perancang yg terbaik
Jangan kelu kesah, redha saja.
Think positive.

Semalam sewaktu bersalaman
Itulah juga kata2 yg keluar dari mulut saya
Pandangan dia suram
Seakan masih binggung dengan musibah yg menimpa
Dia menangis dan memeluk saya erat
Sekali lagi saya berpesan
Kuatkan semangat k, be strong.
Tuhan pilih kamu sebab kamu kuat.
Sabar dan redha lah.

"Bukan senang nak sabar dan redha.." Kata awak.
Haaa kan?
Kan?
Now you know.
Sekurang kurangnya sekarang awak tau kenapa selama ni saya menangis setiap kali awak
guna ayat begitu.
Welcome to the club dear.
Mata yang memandang tidak akan tau berat nya bahu yg memikul.
Sabar dan redha lah yang membolehkan kita terus melangkah ke depan.
Kalau tak sabar dan tak redha, tak macam ni lah saya ni,
Entah2 dah tak berblog pun...
Who knows except Allah.



Saturday, January 3, 2015

Nasib mereka.

Bumbung menyembah bumi
Dinding berderai menjadi kepingan papan2 usang
Yang tinggal hanya tangga batu
Selut lumpur menyembunyikan retak lantai.
Itu rumah dia setelah bermandikan banjir
Hari ini masih begitu
Ruang dapur yg sempit kebetulan masih utuh,
telah menjadi
Ruang rehat
 menjadi bilik tidur
Menjadi ruang tamu
Menjadi ruang makan
Menjadi ruang berkumpul keluarga
Menjadi ruang menangis dan
Ruang cuba untuk redha
Tin biskut dan 2 kampit gula
Minyak masak dan sebiji periuk
Tikar dan pakaian berselerakkan
Bantuan bencana menjadi hiasan dalaman
Hanya ruang berselut yang layak bergelar rumah
Mungkin sementara mungkin sampai bila bila

Bila melihat kemusnahan kediaman mereka
Tiba tiba pondok kecil saya yang banyak kekurangan ini
 terasa seperti sebuah istana.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...