Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, April 30, 2021

Bahagia itu subjektif

Wajah seorang perempuan berusia 21 tahun.
Ini 40 tahun yang lalu.
Foto ni merakam kenangan yg sarat.
Malam pernikahan saya.
Sedang bersiap untuk disandingkan.
Saya perhatikan riak wajah saya dan saya masih ingat perasaan saya di waktu itu.
Kita hanya merancang.
Tuhan menentukan masa depan.
Tidak perlu kesal
Tidak ada rasa terkilan.
Biarlah apa yang berlalu itu lah pengalaman.
Cuma satu nak ingatkan anak cucu...
Jangan tergesa gesa tamatkan zaman bujang.
Enjoy life dulu.
Hati hati buat pilihan 
Dan
Sekiranya apa yang kamu lalui selepas itu tidak seperti yang kamu harapkan,
redha saja lah kerana itu lah pilihan kamu di waktu Yang baik jadikan kenangan manis untuk dikenang.
Yang melukakan jadikan kenangan untuk disimpan jauh2 di sudut hati yg paling dalam.Apa apa pun dan bagaimana sekali pun perjalanan hidup kamu,
Pesan pada hati
Jadi lah kuat
Dan
Senyummmm
Hidup ini hanya sementara.

 

Thursday, April 29, 2021

Rindu

 17 Ramadhan.

Nuzul Quran.

Subuh ini damai dan tenang.

Suara azan tadi kedengaran sayup.

Tiba tiba hati disapa rindu.

Teringat yg pernah ada tapi kini tiada.

Sepi menghulur salam si awal pagi.

Sejadah itu menadah tangis.


Wednesday, April 28, 2021

Rapuh

 Sudah berapa kali mencuba.

Melepaskan dan membebaskan.

Masih tiada daya untuk lupa

Seperti ditambat diikat, rasa itu melekat.

Aku tidak mau terus mengepung waktu mu 

Cerita kita, 

biarkan saja berakhir di titik ini.

Kita adalah dua makhluk pengukir mimpi.

Walau sedia tahu sampai bila pun,

bulan dan matahari hanya mampu 

berselisih di dinihari.




Tuesday, April 27, 2021

Selamat pagi semua

 Dah 15 hari dah berpuasa Ramadhan.

Cepatnya masa berlalu.

Tahun ni raya tak?

Syawal tetap menjelma dan kita tetap akan menghadapi bulan syawal kalau panjang umur.

Cuma sambutan tu mungkin suam suam kuku saja.

Takper lah, redha dan bersabar saja lah.

Semua ni Cobaaaaaaaaaaaaan.



Monday, April 26, 2021

Dakapan laut.


Anak anak....
Tenang damai lah di sana.
Tidak apa lah jika jalan pulang 
tidak kau temui..
Tidak apa lah jika laut itu memisahkan hati.
Tidak apa apa jika sudah tertulis begitu.
Kepergian di bulan mulia ini 
menamatkan kepulangan.
Sudah tertulis nafas terakhir mu di sana.
Biarkanlah semangat mu selamanya 
berpusarakan pekat dan dalam nya 
sebuah lautan.
Anak anak ku,
Jika pelabuhan itu tidak lagi menjadi 
tempat kembali mu,
InsyaAllah Syurga lah destinasi terakhir mu.
Selamat belayar ke tanah abadi.
Kami kirimkan Al fatihah.
Innallilahhiwainnailaihirojiun.

(Rindu yang paling menyakitkan ialah rindu pada orang yg telah pergi dan tidak akan kembali lagi)

 

Sunday, April 25, 2021

Mengapa dan kenapa

Saya memasuki kawasan perkampungan melayu yg tak pernah saya jejaki.
Dari jalan besar agak jauh juga ni.
Saya ke sini untuk cari rumah seorang kenalan.
Memandu dgn hati2 kerana jalan nya sempit dan tak muat untuk berselisih. Bahu jalan pun sempit.
Tiba tiba terpandang benda ni .
Perkuburan lama.
Kiri kanan jalan.
Macam jirat cina atau mungkin juga peninggalan zaman jepun.
Maklum lah di Sabak ni lah tempat mendaratnya Jepun di waktu perang dunia kedua dulu.
Kuburan ni betul2 terletak ditepi rumah2 kampung.
Bukan banyak pun, dalam 10 kuburan adalah.
Macam tak kena saja lokasi nya.
Penduduk kampung 100% melayu.
Tup tup ada pulak kuburan2 lama ni.
Heran jugak, selama ni tak ada ke siapa2 buat kajian
Macam mana kubur2 tu boleh ada di situ.
Apa sejarah nya..
Kubur terbiar ni macam dah tak dihiraukan langsung.
Budak2 jadikan tempat bermain
Bagi orang asing macam saya pemandangan ini agak pelik.
Tak apa lah, jangan usik, biarkan saja di situ.
Tapi kan kalau malam hari tanpa lampu jalan,
menakutkan wei!

 

Saturday, April 24, 2021

Selesai sahur ini kerja ku..

Melukis diri sendiri
Seperti melihat cermin
Sambil melukis sambil membilang garis kedut.
Mencari terik kulit yang sudah tiada
Pipi kendur dan mata suram.
Tidak ada manis di senyuman.
Pensil ku letakkan,
Pemadam ku lepaskan dari jari.
Tidak usah terus lakar dan padam.
Lakar lagi dan padam lagi,
Kerana wajah di kertas putih ini,
hanya seorang perempuan biasa biasa.
Tidak ada apa2 kelebihan.
Walau beribu kali ku cuba perbaiki wajah nya,
hasil nya tetap sama.
Kekurangan nya terserlah juga.
Ini lah cermin wajah ku.
Kamu kenal kah wajah ini?
Siapa dia sebenarnya bagi kamu?


 

Friday, April 23, 2021

Ni nak cakap sikit..

Abaikan model purba ni.
Perhatikan baju dan mask yg dia pakai.
Sedondon kan?
Bijak sungguh orang yg cipta pesen ni
Tau musim pakai mask, di bekalkan mask yg sedondong.
Tarikan tu.
Macam macam cara nak lariskan barang dagangan.
Bijak.
Saya kagum dengan reka cipta mereka yg ikuti peredaran masa.
Tabek buat mereka.
Saya pun nak reka baju untuk musim covid ni jugak.
Nak reka yang keluarkan bunyi siren.
Bila tak jaga SOP, baju akan bunyi mcm ambulance tu..me mo me moo....
Geram sungguh dengan orang yg suka datang duk dekat2, rapat2.
Tak reti reti nak jaga SOP.
Bila kita undur jauh sikit, dia rapatkan pulak.
Syuuh..syuhhhhh.. gi main jauh jauh.
Saya denda baru awak tau.


 

Thursday, April 22, 2021

Wednesday, April 21, 2021

Mardhiah

Thank you anak.
Mardhiah datang rumah saya 2 kali seminggu.
Dia fisioterapis yg dah 8 tahun duk urus anak saya yg terlantar tu.
Mardhiah,
Setiap kali mummy sebut nama mu,
Kisah lama berulang dalam kepala.
Mar tahu tak,
Kakja yang Mar saban hari duk bantu tu,
Sebenarnya pernah dinamakan Mardhiah.
Tapi atas sebab2 tertentu,
Nama kakja ditakdirkan menjadi Hafeeza.
Tuhan menemukan seorang Mardhiah lain buat mummy.
Alhamdullilah, Tuhan hadirkan Mardhiah semula ke sisi mummy.
Dan kerana itu lah setiap kali mummy sebut nama Mardhiah,
mummy rasa senang sekali.

 Ni foto Mar yg sukarela bantu urus seorang sedara yg baru lepas surgeri di kaki. Rajin betul la Mardiah ni, tak perlu di suruh pun dia senang hati bantu. Terima kasih anak, atas keikhlasan kamu.

Tuesday, April 20, 2021

Ada nampak mummy happy?

 Nak tiok wehhhh!! Harapan musnah. Frust nonggeng. Buat bazir peluh jer lah.

Tittle 'penanam sayur' dah ditarik balik.

Baru ni satu Malaya tahu saya tanam sayur.

Dah seentaro dunia saya canang pasal sayur mayur saya ni.

Nasib baik belum bayar sewa lot di pasar utk jual hasil tanaman sayur ni..

Mujur lah makcik yg jual sayur tu masih jual sayur sampai hari ni..

Kalau nak diharapkan sayur2 saya ni, alamat warga Kale Cepo tak bersayur lah.

Sakit hati. Geram.

Taknak tanam sayur lagi lah!


Ni pokok lada saya.

Toksah cari mana lada nya, cuba cari daun nya dulu..Nampak?

Belakang tu pokok terung saya.Ya, betul lah tu..yang menyembah tanah tu, yg kuning garing dah tu..Jari siapa yang patahkan pokok tu menang nak kena potong...

Mana poko labu? Pokok bendi? Pokok tomato?Mana? Jangan banyak tanya lah, luka dihati ini dah cukup parah dah ni...

Gelak la...




 

Monday, April 19, 2021

Cepat sembuh ya Cho.

 Ujian ini hanya sedikit.

Sakit ini hanya senafas.

Bertabahlah Cho.

Kamu termenung, berbedak murung.

Sekali sekala senyum pahit mu melintas juga.

Kau cuba sembunyikan kelat rasa resah itu.

Tapi setiap kali aku menjenguk mu,

Mencuri lihat kurus nya tubuh mu,

Kau memandang ke dalam mata ku seakan berkata..

Kenapa aku, Lagi2 aku, asyik2 aku......

Begitulah liku hidup kita ini Cho.

Kamu begitu aku begini..

Bertenang lah dan berehatlah.

Larutkan sakit mu di katil itu.

Semoga esuk lebih baik dari hari ini.

Kita hanya berikhtiar, berdoa dan percaya

Tuhan lebih tahu apa yang terbaik buat kita.

Redha itu penawar luka dan duka.


Laa yukallifullahu nafsan illa wusaha-surah alBaqarah 286.

( Allah tidak membebankan seseorang itu dengan dugaan yg diluar kemampuan nya)


Selain dari ada pertalian darah, Cho adalah teman sepermainan sewaktu kami kanak2..Sampailah sekarang kami masih rapat. 

Minggu lepas Cho terpaksa mendapat rawatan kecemasan akibat dari komplikasi penyakit kencing manis. Sedang dalam proses pemulihan dan luka surgeri dan luka di hati..Siapa tak sedih bila terpaksa berpisah dengan anggota badan kan? 

Sama2 kita berdoa semoga Cho kembali ceria seperti dia sebelum ini.Sengaja saya kongsi foto lama ini kerana saya sgt berharap dia akan kembali begini..

Sunday, April 18, 2021

Baka

Tak apa lah cucu.
Biarlah apa orang kata.
Nenek dah lali dengan kata2 itu.
Kamu pun harus begitu.
Menerima dengan redha.
Ya betul lah kamu nampak macam cina
Bukan hanya kamu, semua kita pun.
Tak apa, anggap lah itu kelebihan.
Bukan kekurangan.
Hidung penyek pun tak apa
Mata sepet pun tak apa.
Huduh pun tak apa.
Pandangan orang tidak akan merubah apa2.
Apa nak buat, dah keturunan kita dari baka itu.

Dah nenek moyang kamu memang asal nya dari benua besar itu.

Syukurlah mereka terbuka hati untuk menerima islam

Syukurlah kamu dilahirkan dalam islam.

Atas pilihan mereka dan terbukanya hati mereka, kita bergelar muslimin dan muslimat hari ni.

Jadi, jika ada yang tegur kamu..

"Eh, macam cina la, mata sepet..."

Just give then a good look and say..

"So what?".

Friday, April 16, 2021

Musuh ketat saya.

Kerana se ekor lipas.
Habis sheltox sebalang.
Selagi saya tak tengok dengan mata saya sendiri,
lipas tu mati,
selagi tu lah saya spray dan buru .
Seeekor lipas kecil mana sekali pun.
Bila berkongsi ruang dengan saya,
tak akan selamat lagi.
Kenapa?
Kerana dia yg buat saya rasa tak selamat. Sebenarnya,saya takut lipas dari azali lagi.
Sangat2 takut.
Kalau ada lipas di dinding, mata saya akan terpaku pada lipas tu.
Perhati dan awasi.
Kerana lipas ni binatang yang dapat hidu siapa yg takutkan dia.
Acap sgt dah lipas akan terbang cari saya.
Walau bukan saya sorang yang ada di situ waktu tu.
Saya jugak yg akan jadi mangsa mendaratnya se ekor lipas terbang.
Benci Benci Benci.
Jadi ini lah senjata saya. Shelltox, fumakila,ridset..
Sentiasa ada dekat.
Nampak lipas, sembur.
Habis orang lain yg ada berdekatan akan lari jauh2 sebab saya sembur tak berhenti sampai lipas mati.
Siapa yg tak lari dari situ pun hampir mati. Lemas.
Saya jugak mujur tak mati, bukan kerana lemas tapi kerana takut.
TAKOOOOOOOOT!
Wahai musuh ku Sang Lipas,
Please laaaaar jauhi saya.




 

Thursday, April 15, 2021

Beg buat kamu (3 Ramadhan )

Kakak ku Kakmah,
Biarpun tak secantik yang siap di print menggunakan teknologi,
kamu terima lah beg ini seadanya. 
Ku lukis dengan tinta kasih sayang.
Buat kakak kesayangan.

 

Aina dan akok (2 Ramadhan)

Kita orang kelantan Aina.
Akok dan nasi dage kena 'pro'
Aina oyak dia tak rajin buak.
Takpo Aina, toksoh gobar..
Aunty ajar.
                               Kira jadi doh tu
First try bagi Aina.
Esuk Aunty ajar masak kueh tradisional lain pulak.
Kita ni Aina, kalu ore tanya asal mana?

Jawap dgn bangga.

Kita asal ore Kota Bharu

Kita dibesarkan dgn 'tepung telor'.

Nasi dage pejam mata pun jaddi molek.

Tupak palah nak2 raya ni kemestian.

Dan kita diajar untuk tunduk seperti padi masak.

Bukan lalang yang di buai angin, melintok liuk gitu.

Ingat tu Aina.

Wednesday, April 14, 2021

Satu Ramadhan

First iftar.
Sederhana dan penuh kesyukuran.
                                         Kami
Bahagia cara kami
Dalam susah ada senang.
Inna maal usri yusra.
Kulat pusu semangkuk.
Masak tomyam
Sekelip mata licib.
Alhamdullilah


Tuesday, April 13, 2021

Anak angkat sementara

Mereka hadir di Ramadhan ini.
Memeriahkan suasana.
Anak anak, nanti kita masak sama2, berbuka sama2, berterawikh sama2 dan bersahur sama2 ya.
Bertabahlah, dugaan Tuhan ini sementara. Di setiap dugaan itu ada hikmahnya.
Jangan risau,  insyaAllah Umi kamu akan pulih dan kembali bersama kamu di rumah semula.
Sementara tu kamu berdua diam lah di sini.
Lena lah tidur mu di sini
Tenang lah anak.
Kita sama2 doakan ibu kamu cepat sembuh ok.

 Mereka anak angkat sementara/segera saya. Sebenarnya ibu mereka (seorang ibu tunggal)tu cleaner di rumah saya. Sekarang ni ibu nya tak sihat. Sedang berada di wad. Saya kesiankan anaknya yg terpaksa duk di rumah tanpa ibu. Oleh kerana ni bulan puasa, saya ajak lah dia duk sini, di rumah saya untuk memudahkan dia nak berbuka dan bersahur. Lagi pun dia masih belajar online( tahun 1 uitm jurusan microbiology). Risau pulak saya kalau dia bersaorangan di rumah dia tu.

Dia menumpang mudah di rumah saya, saya menumpang ceria dia.Seronok ada budak2 ni. Hilang sunyi saya.

Monday, April 12, 2021

Ahlan wasahlan

 Ramadhan tiba lagi..

Syukur masih berpeluang menyambut hadirnya bulan berkat ini.

Juga mengingatkan kembali..

Peristiwa duka itu..

Ramadhan 2 tahun lalu..

Memisahkan saya dari dia

Berpisah dunia.

Di hari kedua Ramadhan itu lah,

saya menyarungkan pakaian seorang balu.

Anak2 menjadi yatim

Ibu mertua kehilangan anak teruna.

Perpisahan yang kami terpaksa redha.

Ramadhan datang lagi..

Semoga Ramadhan kali ini lebih berkat

Cahaya nya sudah bersinar di sudut hati.

Ahlan wasahlan Ramadhan al mubakkak.

Sunday, April 11, 2021

Three stoogers

The three of us.
Having a nice time.
Dont worry, we follow the rule..jaga SOP
Ni nak bergambar sekejap jer duk dekat2.
Kalau dulu kami macam tu suka sakat menyakat,
La ni pun macam tu lah..
Nak posing pun payah, ada jer gangguan.
Haishhhh!
We are the best of friends.

 

Saturday, April 10, 2021

I lab U Owk.


Tiap2 pagi Si Owk dah terpacak depan pintu belah dapur.
Memerhatikan setiap gerak geri saya.
Tiap tiap pagi.
Bukan lapar, makanan dia dah ada pun.
Saja perangai dia suka perhatikan saya bersilat di dapur.  
Owk...Kamu rindu aku ke?
Mujur ada kamu Owk, ada juga la yang rindu aku ni.
 
L

Friday, April 9, 2021

Dia yang pernah ku panggil 'kawan'

 Pernah..

Ku idamkan sambutan ulangtahun kelahiran ku bersama mu.

Tak kira di mana tetap ceria bila kamu ada.

Kamu datang ke esukkan nya.

Terburu buru hulurkan hadiah di tangga.

Tak apalah, kamu sibuk agaknya. 


Pernah..

Ingin sekali meluangkan masa bersama

Sewaktu tirai tahunan hampir dilabuhkan.

Menunggu itu siksa

Kau senyap tanpa ikhtiar utk berjumpa mata.

Tak apa lah kau banyak kerja agak nya.


Pernah..

Tahun baru menjelma

Rindu nak bersua, nak cerita cerita seperti dulu.

Nak kongsi gelak tawa.

Tak mau kah kamu luangkan masa bersama ku?

Jawapan mu seperti selalu

Alasan berjela seperti tidak rela.

Tak apa lah mungkin sekarang hanya aku.

Hanya aku yang masih mencari bayang mu.


Tapi hari ini aku tidak lagi begitu.

Sedar diri dan memahami

Hati manusia berubah.

Bila sudah tidak diperlukan, tidak lagi dihiraukan.

Bila sudah tenang air di kuala, ombak lupa.

Di sini rindu sudah surut.

Hati ku yang kau lemparkan kembali,

pecah bertabur di hujung kaki.




Thursday, April 8, 2021

First time jumpa yg macam ni

Ini team mencuci kawasan yang saya tempah.
Booking nya berbulan bulan.
Jenuh tunggu giliran

 Hati tertanya tanya juga
Apasal que panjang begitu
Ramai peminat team ini kah?
Segalanya terjawap bila mereka datang berkhidmat kelmarin.

Padan la bukan main susah nak dapatkan khidmat 3 org anak muda ni.
Kerja mereka tip top.
Kemas
Cekap
Bersih, licin berkilat kawasan rumah saya tu.
Puas hati sangat sangat.

Mesin rumput, cuci longkang, kemas pasu bunga, susun, tebas, trim dan sapu keliling rumah.
Termasuk juga cuci dinding, pagar, kepala pagar, lantai paving, tile. Mereka guna water jet.
Segala benda mereka urus. Settle semua masaalah yg menyakitkan mata selama ni.

Patut la ramai peminat...
Dah la kerja keras dan mesra alam, budak2 ni handsome tau. Manis jer walau kerja tengah panas.
Anak siapa la ni?
Sejuk perut ibu mereka kandungkan 9 bulan 10 hari.
Pandai mereka cari makan.
Usaha, ikhtiar.
Tuhan berkati mereka, murahkan rezeki mereka dan lindungi mereka.

Wednesday, April 7, 2021

Akhirnya....

Gembira sungguh hari ni.
Terima kasih Tuhan.
Alhamdullilah
Anugerah di hujung usia.
Bagi orang lain ini hanya biasa biasa.
Tapi bagi ku ini dah cukup membuatkan hati berbunga bunga
Di usia 60 ini.. Aku memberanikan diri ke alam 'Sayembara puisi'. (Walau hobi menulis  puisi sebenarnya sejak dari bangku sekolah lagi) Bila nama tercatat dalam sebuah antalogi, hati puas. Sekurang kurangnya sebelum nafas berhenti, suara ku didengari....
Selama ni aku hanya meluahkan isi hati di blog sahaja..Puisi adalah nyanyian jiwa. Dendangan suka duka kehidupan. Berentakkan perjalanan hidup ku.Suka duka ku semuanya, salurkan ke sebuah daerah/blog yang ku namakan 'Aku kah itu' dan namapena penulis nya adalah Debumelukut...
Debumelukut itu lah aku. 
Sebenarnya aku. 
Begitu lah aku...

Hari ni aku hadiahkan dua buah puisi sepontan buat semua yg sedang membaca blog ku ini..













Tuesday, April 6, 2021

Jalan2 cari makan part 2.

 

Tunggu kawan datang ambik.
Macam mem besar, duk belakang pakai supir.Singgah tengok projek seorang kawan.

Ternakan dan kebun sayur
Lunch di sini.Sedap.Ni foto sebelum makan.
Ni selepas makan
On the way back singgah sejukkan tekak dgn semangkuk ABC.
Sedap
Dalam kereta sarat.
Segala benda bawa balik

Monday, April 5, 2021

Kawan kawan

Dah tua tua ni bila keluar dengan kekawan seronok nya lain macam.
Tambah2 kalau kawan zaman sekolah, kawan lama
Tadi kami 'jalan jalan cari makan' ke Tok Bali.
Best dapat keluar dengan kawan2.
Makanan merupakan agenda utama.
Dalam kereta pun makan macam2
Belum sampai kedai lagi.
Kami lunch di kedai Kak Yam yg famous tu.
                    Singgah kat gerai jual buah.
Bila suruh saya yang ambik gambar welfie ni la hasil nya.
Buah tak nampak jelas
Orang nampak separuh.
Failed sungguh.
Singgah beli keropok
Sekali lagi saya gagal ambik gambar cara welfie.
Entah fokus kat mana
Last2 nampak mata saya yang macam nak telan orang tuh.
Haishhhhh!

Kan senang kalau orang lain yang tolong snap.
Baru la boleh posing.
Muka banyak senyiuuuum.

Seronok keluar sekali sekala
Terima kasih kerana meluangkan masa bersama saya, keluar bersama saya.
Ada jugak orang yang puas kita ajak, asyik mengelak saja.
Tak sudi tak apa, tak paksa.
Saya ni kalau dah orang tak sudi, tak akan ajak lagi.

Sunday, April 4, 2021

Hari ni otak masuk air. Semalam tak.

 Saya cukup tak suka bila rasa ini hadir dalam sesuatu perhubungan antara manusia.

Tak kira lah dalam perhubungan kekeluargaan ke, persahabatan ke, percintaan ke, perkahwinan ke...

Cukup cukup tak suka 3 perkara ni.

3 perkara.

1. Rasa tidak dihargai.

2. Rasa tidak diperlukan

3. Rasa tidak diambil peduli.

Kalau hadir 3 rasa ni, baik undur saja lah. 

Tak perlu ucap sayang sejuta kali.

Duk cakap rindu, teringat bagai.

Tak ada makna.

3 ni adalah sesuatu yang merosakkan ikatan perhubungan.

Tunggu apa lagi? 

Saturday, April 3, 2021

Otak tak masuk air hari ni.

 Kalau ikutkan hati, tak leh buat kerja apa dah. Menangis saja duk kenangkan nasib diri. Sampai bila nak macam tu? Hilang segala nikmat yg kecik2, tenggelam dek duk fikir pasal duka lara. Malas laaa Penat layan hati nih. Baik saya buat2 tak kisah, tak apa apa...Fokus pada benda yang menggembirakan  saya saja.

Hari ni semoga hadir nya lebih kebahagiaan buat saya. InsyaAllah byk benda yang masih boleh menggembirakan saya. Syukur itu hadir bila hati redha.

Apa yang membahagiakan saya hari ni? Ni.....

- Syukur gelang pink yang KKM pakaikan pada Bella dah boleh dilucutkan hari ni. Bebas lah kami semua dari ketakutan.

- Hari ni nak shopping pakaian raya anak cucu. Lama dah tak ke pusat membeli belah..Mesti best ni..Nak makan2 sekali.

-  Ada kawan2 nak datang rumah...jeng jeng jenggg...kalau mereka datang mestilah bawa mcm2 cerita, mcm2 hal, terhibur dgn gelagat mereka. Selalunya macam tu lah.

Tiga saja ke bahagia untuk hari ni? Cukup la tu. Mujur masih ada tiga lagi yg masuk senarai. Buatnya tak ada bahagia langsung tak ke mereput dgn tangisan hari2...

Bab kesedihan di hati kita letak tepi dulu.

Bab menangis merintih meroyan dan melalak KIV dulu.

Bab nyala di hati, rasa membara di bibir, mau saja dibakar orang tu dgn kata2, kita padamkan dulu.

Forget it Hani, just forget it.

Saya tau, marah dan sedih itu akan menambahkan kedut di wajah tua ini.

Jangan begitu, rosak sisa2 manis yg ada.( perasan la pulak..haish!)

Jadinya.....

Salam subuh dan selamat pagi dunia....

Semoga kita semua diberkati Allah hari ni.

Friday, April 2, 2021

Nanti tengok laar

Bendi
                                Terung

Cili

Tomato

Labu
Agak2 tak laku ke sayur2 yg berlambak kat pasar Kale Cepo tu nanti?
Pokok2 sayur mokcik dah membesar bagai johan ni..
Harap2 menjadi la nanti.
Kalau ada mokcik duk di tepi tangga pasar Kale Cepo jual sayur tu ambo la tuh.
Hai la angan2 Mat Jenin sengoti la mokcik nih!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...