Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, April 27, 2024

Uzur

 Rasa tak sihat

Tak tau kenapa, tak tau puncanya.

Rasa Sakit sebelah kepala. Belakang telinga berdenyut, senak.

Badan asyik letih tapi tidor tak juga lena. Terlelap sekali sekala saja.

Tekanan darah ok. Hari tu buat ecg kat klinik pun ok..bacaan gula tak tinggi mana..habis tu apa?

Hari2 makan panadol. Hari hari telan ubat sakit urat. Hari hari minum gaviston...pastu ?

Ke dah nak mati?

Expired dah kot.


Thursday, April 25, 2024

Yang saya rakam

Tajuk 1: Butir Tere
Siapa pernah tengok pokok dan buah ni?
Zaman dulu2 merata tempat ada.
La ni payah dah nak cari.
Budak2 sekarang kalau kenal pun hanya kenal biji dia saja.
Buah tak pernah tengok apa lagi makan.
Pokok lagi la tak kenal.
Ni, saya share di sini utk anak cucu tengok.
Inilah buah gajus atau pokok gajus.
Org Kelate panggil buah Tere/Ketereh.
Butir Tere

 
Tajuk ke 2: ABC
Ni pulak satu makanan yg saya nak komplen banyak bukan sikit
Tengok pewarna yang digunakan tuh
Takut saya nak makan
Apolaaaaaaa!
Dah la tinggi menggunung dalam mangkuk kecik gitu
Caman nak makan?
Last2 saya tinggal mencair atas meja
Padan muka tuan kedai.
Kalau yer pun, guna otak laaa
Rasa2 kalau KKM check memang tak lulus ni..
Kalau saya makan maunya usus saya jadi hijau jugak
Takooot
Last dah makan ABC di sini
Lagi best ABC AbgLie di Rantau panjang, langsung tak warna warni tapi sedaaaaaap!

Wednesday, April 24, 2024

Senjata

Senyum sorang2 bila tgok foto ni.
Kenangan
Zaman jadi murid sekolah pernah kena baling dgn benda ni
Cgu ngajar kita duk cakap dgn kawan
Padan muka
Kena sebijik, berkapur kepala.
Masa tu tak pakai tudung.
Kalau sekarang budak sekolah tudung putih sah tak nampak kesannya.
Marah cikgu? Tak, itu lah kenangan manis zaman sekolah

 Dah jadi cikgu senjata ni berpindah tangan. Tapi tak lama, papan hitam dah bertukar putih maka senjata ni dah tak digunakan lagi. Tapi sempat juga la sekali dua baling ke arah murid laki2 yg memang nakal takleh brain!..Haduhhh..bukan apa, warning jer tu..tak sakit pun, malu lebih besar. Bila tahun berganti teknologi bertambah baik, benda ni dah ditelan zaman. Budak sekarang dah tak kenal ni...Tambah2 sekarang ni mak bapak pun dah takcserupa mak bapak zaman dulu..silap cgu sikit nak saman..itu ini komplen...Murid dah tak takut guru, x hormat guru..Hmm...apa apalah, janji tugas saya dah saya lakukan dgn baik dan saya bangga bila ada org tegur saya dgn ucapan " Ticer ngajar saya dulu". Cukup bangga dah.


Tuesday, April 23, 2024

Suka

Sehari dua ni entah kenapa saya jadi malas nak menulis.
Ke disebabkan oleh terlampau beraya?

 

Monday, April 22, 2024

Masih beraya

Hari ni beraya lagi.
Nasi himpit dan kuah kacang berlauk
Nal ajak kawan2 yg baru hari ni beraya puasa 6
Datang makan makan biarpun hanya hidangan simple macam ni
Lama tak habiskan masa dgn mereka.

Ni hadiah dari seseorang yg dekat di hati
Cantik kan?
Suka sangat sangat
Warna nya lembut jer.
Tq you know who you are.
Alhamdullilah.

 

Sunday, April 21, 2024

Puasa 6/beraya

Alhamdullilah
Hari ni saya beraya.
Raya puasa 6
Suka sangat
Kemenangan melawan nafsu makan.
Untuk raya hari ni saya masak special la sikit utk breakfast
Nasi dage gulai ikan aya/ude/aye/daging.
Acar
Telor rebus
Saya juga buat spaggeti bolognise
Jommm...makannn

 

Friday, April 19, 2024

KakMa

Dia pernah mengajar di bawah bumbung yg sama dgn saya.
Entah kenapa kami serasi bersama
Dari hari pertama mengenali dia, saya rasa selesa berkawan dgn nya.
Dia pendengar yg setia.
A Sister.

 

Thursday, April 18, 2024

Tiap tiap tahun begini..


 

Bff

Kawan lama
Dari bangku persekolahan
Dia pendengar setia
Sedikit lucu perwatakan nya
Suka jadi pemerhati
Suka bagi ulasan selari jugak
Tiz, l luv u.
Always
Forever.

 

Wednesday, April 17, 2024

Cerita semalam

Adik baru dpt balik beraya.
Dia singgah beraya di rumah saya marin.
Hadoii..kenapa tak cakap nakcdatang
Kaklong tak masak apa2 hari ni sbb kaklong puasa.
Terpaksa hidang biskut raya yg dah bercampur campur dalam balang.
Tu pun sib baik ada.
Maaf ya dik, lain kali kaklong masak.
Just remember to give me a call earlier.

Pastu dia orang gi melawat masjid di Pulau Gajah yg sohor tu. Di makan di acutra. Punya la ramai orang yg makan kat situ.

 Tapi sian la adikku ini..kereta pancit pulak. Nasib baik cepat dpt bantuan..hadap jer la dik, dugaan beraya.

Dari yg dekat di hati

Macam macam buah tangan saya terima
Sepanjang Ramadhan dan Syawal.
Alhamdullilah syukur masih ada yg sayang.
Terima kasih dari sudut hati yg paling dalam.

Duir raya pun saya dapat tau
Kalah cucu
Nenek laaagi byk dpt dari cucu.
Rezeki dari orang baik baik.
Tq anak, menantu, adik beradik, anak2 sedara #an worih waroh yg murah hati.
Semoga rezeki kamu melimpah ruah.
Aamiin.

 

Monday, April 15, 2024

Dah habis beraya


Kosong.
Sarang yg riuh sudah hilang suara
Ruang tanpa bayang tawa
Kerusi kaku berteman meja bisu.
Kosong tanpa kamu
Hati ibu....,
lebih kosong dari itu.


 

Sunday, April 14, 2024

Masih mood raya



Ni foto di bawah ni paling mahal.
Apa tidaknya,
Bertemu mata hanya selepas bertahun tahun tak jumpa
Terima kasih Ciknor dtg beraya dgn famili.
Suka tgok ciknor happy dgn anak menantu dan cucu.
Begitula hidup kita ini, bila dah tak ada dia di sisi, sepi itu hadir walau dalam keriuhan.
Semoga kita tabah ya CikNor.

 

Wednesday, April 10, 2024

Confirm esuk raya

Aktiviti malam raya 
Masak
Semua masak sendiri
Tak pernah tempah.
Nasi dagang gulai ayam, ikan, udang.
Rendang. Nasi himpit
Kuah kacang, sate
Tara.....Pagi raya dah terhidang dah.Puas masak sendiri. Sekarang anak dah besar2 saya turunkan ilmu masak kepada mereka.Menantu pun saya ajar cara saya masak. Alhadullilah, mereka dah boleh masak semua ni walau tanpa saya.

Selamat Hari Raya .. Maaf Zahir Batin


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...